Related Posts with Thumbnails

Monday, March 30, 2009

Tagundi..?

Tagundi..?
Ahaha.. Please don't try to find this word in any dictionaries because there is no such word. Melainkan 'tagundi' ni adalah nama spesis bagi nyamuk malaria. Huahua.. Apa2 jelah.. :)
Tagundi ni maksudnya tag + undi. Ada sebabnya.. Aha! Ini semua berpunca dari salah seorang ManU buddies saya, whom I prefer to call him Mr. Bulans. Tadi pergi singgah blog dia and then baca punya baca, sekali kena tag daa.. Siap dapat vote yang agak tinggi pulak tu.. Haduh.. Memang tak boleh nak elak dah.. Huahua.. Tag about displaying your wallet and its inner part! Hugh! Seram betul.. Dahlah sikit punya 'lawa' rupa wallet tuan punya blog ni! Eceh.. ;p
So, Mr. Bulans.. Nah, answers for your tag.. Sorry for the late post. Sebab tak perasan kena tag hari tu! Hehe.. :)


Haa.. Yang ada bunga2 tulah walletnya. Dah lama dah beli benda ni. Hmm.. So far, I've been using it for 3 years. Harga, tak murah.. tak mahal.. Hihihi..

The inner parts (ikut number):
1 - Koyok! Haha.. Serious, memang kena ada benda ni sebab selalu sangat dapat shoulder pain.
2 - Plaster aka Handiplast. Saje buat spare. Manalah tau kot2 ada sesiapa yang terluka ke cedera ke.. Haa.. Boleh je kasi tampal dengan benda ni! ;p
3 - Getah rambut. Err.. Kalau tak guna untuk ikat rambut pun boleh je gunakan untuk jentik2 orang! Hehe.. Pedih kalau kena woo.. Nak rasa? ;)
4 - Sepit rambut. Aha.. Ni pun sama jugak! Boleh sepit2 hidung orang. Heh..
5 - Pick guitar. Oho.. Ni adalah antara benda favourite and quite compulsory dalam wallet ni. Dari zaman dahulu kala lagi, pick guitar kena bawak kalau pergi mana2. Cheit! Bukan sebagai tangkal azimat ye.. Hehe..
6 - Duit. Ehem.. Taklah banyak mana pun. Seringgit dua je. Cukup buat beli teh ais! ;)
7 - Kad X-Cut (gunting rambut). Ni sebenarnya kad diskaun kalau nak gunting rambut kat salon X-Cut. Haha.. Entah macamanalah boleh terselit kat dalam wallet ni. Huhu..
8 - Kad IT - Hmm.. Kad point kalau beli IT merchandise kat satu kedai di Low Yat, KL. Entah apalah kad ni. Syarat boleh guna ialah bila kita purchase barang RM100 and above. Tu pun baru boleh dapat 1 point yang 'cenoet' je! Cuba kalau kita beli barang yang harganya RM99.99. Haa.. Belum tentu boleh dapat 1 point tu! Ceh.. (Ehem.. Sempat je merungut! Hehe..)
9 - Jusco Card.
10 - Tesco Card. Uish.. Dapat point banyak tuh.. Haha.. Cukup bulan diorang pos free coupon! Hehe..
11 - Maxis 3G sim card.
12 - IC. Ehem.. SAYA ANAK MALAYSIA! Hehehe..
Oh ye.. Kad2 untuk SWAP dan SWAP tu memang takde. Haha.. Betul, takde! Ecece.. Haa.. I guess that was all from the wallet. Nothing special pun.. Huhu.. Aha, next time nak tukar wallet ManU pulak! Nak join tak..?
I would like to 'attagged'.. Ehem..
*Mr. Branson

*Ummi Dedek

*Abi Dedek

*Ms. Puspa

*Mr. Arif Brunei

*Vidic lah! ;p

Sunday, March 29, 2009

Ahaha.. Tagged?

That day (lama dah..) the chubby Sarra punya ummi 'attagged' pulak! Huahua.. Sorry for the late post! Huhu..
Oho.. Here comes the tag.. :)
1 - Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog - Oxygen.. Things On Me.
Sebab memilih nama tu - Hmm.. Sebab ada satu sebab! Hehehe..
2 - Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Link blog - http://oxygen-me.blogspot.com
Idea - Adalah satu hari tu, tengah dengar cd Colbie Caillat. 1st lagu that I like from the album tajuk dia, Oxygen.. Haa.. Apalagi! Eceh.. ;p
3 - Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Entahlah.. There's no limited method sebenarnya sebab most of the posts kat Blogxygen ni tentang tuan-punya-blog's daily routine and experience. Teh ais, ManU, guitar punya cerita memang tak miss! Hahaha.. Ala.. Bedal je apa nak taip! ;p
4 - Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Pernahlah.. Sebab ada SEKALI tu ManU TERkalah! Hahaha..
5 - Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?
Oho.. Blog Cik Puan ummi si Dedek memang cute! Haha.. Macam tuan dialah jugak.. Cewah2.. Cik puan ni selalu tukar header blog pulak tu! Jealous! Wuhuhu..
6 - Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
    • Mr. Bulans
    • Ms. Puspa
    • Isteri Alex Ferguson
    • Van Der Sar pun boleh jugak sebab dia malas pergi training!
    • And oh.. Rooney! Sebab dia tengah free duk rumah, hari tu kena red card! ;p

Aisey..

Salam + a BIG smile to all..
You guys.. Amacam? Okay ke hari ni? :)
FYI, tuan punya blog quite busy lately ni. Takde masa langsung nak date dengan Blogxygen ni! Ceh.. Baru balik dari Old Traffordlah katakan.. Hihi.. ;p
Aisey.. Loads of thing came up within this week. Macam2 nak kena settle. Rindu kat bantal! Huhu.. Tahi mata belum sempat proses lagi pun, dah kena bangun! Wuhuhuhuhu.. :'(
Aisey.. Lama dah tak tengok wayang! Huahua..
Aisey.. Next game bulan 4 nanti. Takpe.. Mesti boleh menang punya sebab hari tu dah pergi cloroxkan kaki2 bebudak ManU tu.. Hihi..
Aisey.. That day, sempat pulak sakit bahu level kronik. Aduh! Rasa nak tergolek-golek je. Entah kenapa sejak dahulu kala lagi penyakit ni suka sangat datang menyerang. Eceh! Hari2 nak kena tampal koyok. Hari2 nak kena beli koyok. Lagi2 koyok.. koyok.. koyok.. Kaya Apek tu sebab hari2 beli koyok dari dia. Huhu.. next time, kasilah free ice-cream! :)
Aisey.. Apa2 jelah yang saya merapu ni? Aisey..
Apek! Nak koyok satu kotak!
Mamak! Nak teh ais!
Nak bantal! :')
Isk3.. Maaf, saya merapu-rapu ni sebab.. Rasa macam nak makan.. Nak makan.. Makan.. Nak makan.. Nak makan.. Nak makan..
CENDOL ni!

Bestlah..!

Just an hour..
By turning off all the lights..
We can actually reduce the rate of global warming towards our one and only mother earth..
Magic, kan? :)
Ala.. Satu jam je nak kena duduk dalam gelap. Kipas bolehlah on.. Hehe.. Lampu je yang tutup.
Dan semalam.. Satu jam yang kinda cool for us. Ayah pun awal2 lagi dah standby few sticks of candle. Cecece.. "Semangat tuh!", Kakdik cakap.. ;p
Dan semalam.. after 30 minutes (atau lebih sikit..) berada di dalam gelap, kami masih lagi support Earth Hour. Lampu maintain lagi tak pasang2 except for the kipas.
Dan tiba2.. Satu bunyi yang agak kuat mengejutkan kami semua.. Masing2 dah keras. Cuak! Ayah pun sambar sebatang lilin yang dah memang ternyala tadi dan survey keadaan sekeliling (ruang tamu)..
Cari punya cari..
Laa.. Bunyi tadi datang dari Abang! Selambe-mambe syok berdengkur!
Ceh..!
p/s: Earth Hour BESTLAH! :)

Sunday, March 22, 2009

Nak Kena Clorox!?

Aha..! Kejap lagi.. Nak kena kejar the earliest flight. Jantung dah macam nak terkeluar. Sendi2 semua dah lemah longlai. Hati tengah panas membara-bara. Tak kira! Mesti jugak pergi ke sana! Mesti! Mesti!
Tapi sebelum tu.. Nak kena pergi ke kedai runcit yang terdekat dulu. Nak kena beli sesuatu.. Biar berkotak-kotak.. Biar berbotol-botol.. Takpe! Yang penting hati puas!
Oh ye.. Kepada sesiapa yang nak ikut, boleh je contact PA saya. Okay.. I don't wanna be late. Takut nanti bebudak tu lari pi merayap ntah ke mana. Payahlah pulak karang nak cari. But before that, lebih baik saya check dulu barang2 penting yang nak kena bawak ni.
Passport, luggage, okay. Camera and laptop, okay. Teh ais dah suruh mamak tu bungkus. Oh ye.. Papadom, dah letak dalam tupperware. Apalagi ye.. Hmm.. Aha!
50 kotak CLOROX (cecair pelunturlah..) Oh.. Benda alah ni amat penting untuk dibawak ke sana. Sebab takut kat sana tak banyak sangat jual benda2 macam ni. Mana lagi bagus, berus plastik ke, berus sabut ke, berus dawai?
Okay2.. Flight saya dah diannounce. Nak kena pergi dah ni. Err.. Mungkin bila dah sampai kat Old Trafford nanti, saya tak dapat nak contact sesiapa pun sebab nak focus dengan matlamat asal saya! Dan matlamat itu.. Nak sental2 kaki2 bebudak ManU tu dengan Clorox yang berkotak-kotak ni! Hugh..!
Okay.. Bye2! ;)

A Wish That Came True





A dream is a wish your heart makes

When you fast asleep

In dreams you will loose your heart aches

Whatever you wish for you keep

Have faith in your dreams and someday

Your rainbow will come smiling through

No matter how your heart is grieving

If you keep on believing

The dream that you wish will come true..

After almost 10 years of waiting and dreaming, yesterday night, that wish came true! Seriously, that 'thing' was totally awesome and I can't stop thinking about it.

Oh, Cinderella..! ;p

*Hehe.. Bukannya apa, semalam pergi tengok Disney On Ice je! Huhu.. Gila best! Dah tak peduli lagi dah apa orang nak kata. And maybe for certain people, benda ni biasa2 je but for me.. It means a lot as I've been dreaming to watch this Disney ice-skating perfomances since a long time ago! Ceh.. Actually, bila sampai je sana, of courselah almost 80% of the crowd was kids aka children tapi uish.. Dah tak peduli dah tu semua. Budak besar like me pun boleh tengok apa! Haha.. Nasib baik pergi dengan Kakdik and my 2 other young cousins. Kalau tak.. ;p

Yeah, maybe it sounds a lil' childish but hey.. There's still a 'childish' + 'babyish' aura within me! Ececece.. Dah hampir 10 tahun menunggu nak tengok 'benda alah' ni. Huhu.. Alhamdulillah.. This year, dapat! And plus.. The theme of the night was 'A WISH THAT COME TRUE'. Aisey man.. Macam tau2 je! Haha.. Therefore, to Cinderella, Mulan, Ariel, Aurora, Snow White, Belle and Jasmine.. Disney Princesses Rules! Weehaa!

And last night, my wish had come true! :)

Tuesday, March 17, 2009

Teh Ais VS Kinder Bueno

Salam + a BIG smile to all..
Lately ni, otak still lagi terbayang game 'chikai' hari tu! Ceh.. Almost everyday kena bahan dengan fans team 'ehem2' tu! Ugh.. Therefore, kira macam nak kasi reduce sikit level 'pening' ni, ada 2 benda yang seriously 'mujarab' for me (pix di atas). Lebih2 lagi kalau tengah depressed pasal tidur yang tak cukup, 2 benda ni really help me out! Huhu.. See! Tuan punya blog ni sedang merepek-repek! Hehe..
Anyway, back to the main subject here.. Kinder Bueno VS Teh Ais? Hmm.. Lagi satu dilemma! Ceh.. Mana satu nak pilih ni? Which one do I prefer the most? Argh..! Satu soalan yang lagi susah dari equation E=mc2! Kelmarin, si Kakdik ada tanya..
"Sebenarnya, kakak ni 'gila' yang mana satu? Kinder Bueno ke.. Teh ais!?"
Puas fikir.. Hailo2.. Sampai sekarang tak dapat nak decide. Ceh.. Sebab dua-dua HEAVEN! Hehe.. Yelah.. Of course tak boleh ambik selalu bende2 ni. Haa.. Karang free2 je kena potong kaki! Tak pasal2 turun sikit level 'cute' ni haa.. Huhu.. Tak mau2! Tapi.. I like BOTH! Mana satu nak pilih ni? ;p
Then, I came up with one answer.. Tak kira! Nak jugak dua2! Haha.. Kalau boleh, kan.. Kena tambah satu lagi perkara which is papadom! Hehe.. Sebab Kinder Bueno dengan Teh Ais (bagi saya) bukannya rivals macam si ManU dengan Liv'ehem' tu! Kinder Bueno dengan teh ais, partnerlah, Kakdik! Haha..
P/s.. *Maaf kerana merepek-repek.. Hehe.. Tuan punya blog ni masih lagi tak boleh lupa pasal game hari tu! Hihi.. That's whylah semua benda nak kena ada term 'VS'! Huhu.. Oh btw, kita battle baliklah nanti! We'll see siapa champion of the league! Baru real..! Hehehe.. ;p

Saturday, March 14, 2009

An Advance B'day Wish


A true story..

Dulu2.. There was a little girl yang memegang 'title' KAKAK. Pergilah mana2 pun, semua orang panggil dia kakak. Itu tak kisahlah.. Tapi, nak pegang title ni, ugh.. It wasn't that easy. Lebih2 lagi masa tu, she was only 10 years old. Macam2 nak kena handle. And one of the things that she had to handle is her little brother whom was younger than her. Si kakak akan panggil adik lelaki dia, 'Abang'.

Masa time sekolah dulu, si kakak was a prefect kat satu sekolah rendah tu. Si abang (adik si kakak tadi) kebetulan belajar kat sebuah tadika yang bersebelahan dengan sekolah si kakak. Every morning, before going to school, Ibu akan pesan pada si kakak, "Kakak, tengok2 kan abang tu nanti." Si kakak angguk saje. Bila dalam kereta on the way nak ke sekolah, Ayah akan pesan pada si kakak, "Kakak, please look after your brother, okay." Si kakak angguk lagi. Pendek kata, hari2 si kakak akan dengar ayat2 ni dari si Ibu dan Ayah. Takpe, si kakak ikutkan saje..
Then, pada satu hari..
Pengawas: A, Cikgu Salmah tadika tu panggil youlah!
A: Ek..? Yeke? Dia nak apa?
Pengawas: Entahlah.. Pergilah tengok!
Si kakak terus berlari ke arah satu-satunya pagar besi separa karat yang memisahkan kawasan sekolah rendah si kakak dan tadika si abang. Sedang si kakak tercungap-cungap dek berlari tadi, seorang wanita yang berkebaya ketat menghampiri. Terserlah tahi lalat yang tak kurang besar saiznya kat tepi bibir berlipstick merah pekat tu.
A: Ye, cikgu. Cikgu ada panggil saya ke?
Cikgu: Ha'ah.. Saya yang panggil kamu. Kamu ni, kakak Azril kan?
A: Ye, saya. Kenapa dengan dia cikgu? (Dah separuh cemas dah ni!)
Cikgu: (Sempat pulak membetulkan kain tudung yang kononnya tersenget sikit tu! Ceh..) Haa.. Adik kamu.. Adik kamu.. Si Azril..
A: (Dalam hati: Eh2.. Cikgu ni.. Gunting tahi lalat cap Phua Chu Kang tu karang baru tahu!) Kenapa dengan adik saya tu cikgu? Dia terjatuh ke?
Cikgu: Tak2.. Dia tak jatuh. Ada tu ha.. Kat dalam toilet. Dia buat 'cake'!
A: Laa.. (Dah agak dah..) Habis tu cikgu panggil saya ni sebab nak suruh 'settle'kan adik saya ke?
Cikgu: (Tahi lalat cap Phua Chua Kang si cikgu dah terangkat-angkat dek kerana sengihan ala2 kerang busuk cikgu tadi!) Ye.. Macam tulah kiranya. Tangan cikgu hari ni entah kenapa. Rasa sengal2 pulak. Boleh kamu tolong?
A: (Heh.. Bukan tangan cikgu je yang sengal2!)
Nak tak nak, si kakak dengan pantas menyelak kain uniform sekolah dan berlari-lari melintas sempadan pagar di antara tadika si abang dan sekolah rendah si kakak. Dalam toilet, kesian pulak si kakak tengok si abang yang letih mencangkung dengan muka sembab + lembab dek air mata.
Kakak: Jangan nangis2. Pandang tembok tu. Kenapa tak basuh sendiri? Ini bukan rumah tau. Kalau kat rumah, bolehlah kakak yang tolong cucikan. Ni tak.. Memang expert sungguh kasi orang buat kerja overtime!
(Bebel dan bebel.. Tengah2 'cuci' tu pulak sabun buku LUX tu takde! Ish3..!)
Abang: Tak payah sabunlah, kak. Balik rumah baru sabun!
Kakak: (Ceh..!)
And since that day, nama si kakak akan dipanggil oleh cikgu tadika tadi bila si abang selesai memproses 'cake'! Tak payah pakai walkie-talkie ke apa2 ke.. Cikgu tu cuma jerit nama je dari pagar sebelah. Apadaa punya cikgu tadika.. Suara mengalahkan corong speaker! Si abang ni pun satu jugak. Macam tau2 je. Bila masa si kakak tengah REHAT kat kantin ke apa ke, haa.. time tulah dia suka benar buat 'cake' dia! Ceh..
Tapi, ini semua cerita beberapa tahun yang lepas. Dah lebih dari sepuluh tahun dah cerita ni. Ibu dengan Ayah pun tak tahu lagi pasal hal si kakak dengan si abang yang satu ni. Hehe.. Bila fikir2 balik, time flies! Cepat sangat! And now, budak kecik yang dulu2 tak pandai 'cuci' punggung sendiri, yang belajar kat tadika, yang suka buli si kakak dah pun besar panjang! Tak payah si kakak nak jaga dia 24 hours macam masa kat sekolah dulu. Hey, bro.. You're already 16 by next week daa.. ;p
Oleh itu, I dedicate this post to this dude, Azril. A lil' bro to si kakak tadi. A son to Ibu and Ayah. A big bro to Kakdik and Adik Azrul. A percussionist that has a big appetite! Hehe.. Sorry, bang! That has turned up to be a grown-up dude.. Happy 16th Birthday, Abang and may Allah swt bless you.
P/s.. B'day present takde. Teh ais mamak favourite, okay? Extra papadom! Hehe.. ;p

Argh.. Nak baldi, please!


Argh...!!!
Anyone, pinjam baldi boleh? Mangkuk ke?
Sekali bedal 4? Ceh! Budak2 Merah! Apasal sebelum main tadi tak cuci kaki? Kut ya pun, rendamlah dulu kaki tu dengan clorox ke! Nah.. See! Dah frust! Ugh..
Vidic! Kan hari tu dah suruh datang rumah ambik ferum powder. Haa.. It's okay, since you're my 'manja' (Nemanja), you're fully forgiven even if the RED card is now yours. Cheit.. Apasal tak rendam kaki dulu?! ;(
Haa.. Ni lagi satu.. Van Der Sar! Apasal before game tak rendam kaki jugak? Ish3..
Takpe2.. It's alrite.. The pain will heal as soon as I get to 'belasah' 5 gelas teh ais esok! Mamak!!!!
P/s to my ManU buddies.. "Hey.. It's not the end of the world, kan? Hehe.. We're still the M.U.F.C!"
Tapi.. Nak jugak pinjam baldi! Anyone..? ;(

Friday, March 13, 2009

The Reunion Of Guitar

Salam + a BIG smile to all..
Actually, I wanted to post this entry few days ago but grrr... Had no time to do it! Heh.. Oh well, just wanna upload this one pic that I took last weekend during my family members gathering. Hehe.. Had a great time that night as we were jamming and singing! ;p
First, I thought that I was the only one who'll bring along my guitar to that gathering. Nah! Rupa-rupanya.. Yang lain2 pun sama jugak! Hahaha.. Good2! Macam2 brand, colour, shape yang ada. Hadoi! But, one thing for sure.. Guitar yang colour merah tu memanglah type yang paling 'chikai' sekali! Hekhek.. (Saya punyalah tu!) Cheit! Itu yang paling cute, okay! Sebab dia yang paling kecik! Huhu.. Takpe.. Bunyi sama je.. ;p
Seriously, we had fun with the guitars. And like usual, yang tak pegang guitar akan menyanyi dan menyanyi. Yang pegang guitar, uish.. Sampai naik bengkak2 jari2 ni dok menekan kod! Huhu.. Nevertheless, we had joy! Ek.. Tak lupa jugak pasal guitar yang lagi satu ni. Haa.. Guitar Hero! Hehehe.. Sempat jugak tu main PS2 malam tu. And macam biasa jugak, Guitar Hero (ops.. salah!) Guitar Heroin of the night ialah tuan punya blog ni! Hehehe.. Betul! One girl vs 9 guys! Cececece.. (Azin, Azam, Aziz, Azril, Azrul, Izzat, Fariz, Haziq, and Abg Rizal.. Jangan marah haa..!) ;p
Last but not least, just hope that this '2in1' reunion of family and guitar will be held more often. Hehe.. Bukannya ape, bolehlah kita buat Guitar Hero battle lagi! Hekhek.. Practise more ar, you guys! Huhu.. ;D

Thursday, March 12, 2009

Top Up!

ManU vs Inter Milan
2-0
(*Yay!!!!)
But..
What about..
ManU vs Liverpool?
Ugh..! Can't wait for the really really really BIG game! As for it, the REDS has to do some 'top up' thingy to defeat the 'not-so-top-Liverpool' to be at the top! Ops.. Sorry.. Hihi.. Top up the energy, top up the spirit and top up everything. As for me, I'll get ready as well.. I'll save my voice to shout out loud for the game. I'll save my energy to jump around for the game. And I'll 'tapau' some teh ais from the mamak for the game! And oh.. Don't forget about the 'papadom'! Huhu..
To all my ManU buddies.. You guys have to get ready jugak! Hahaha.. ;p
P/s.. To my 'manja', Nemanja Vidic aka kepala ferum.. Please top up the ferum powder in your head. Kalau you takde, siapa pulak yang nak 'tanduk' bola masuk straight ke dalam goal? Kan? Hehehe.. Don't forget ar! Kalau tak cukup ferum powder, meh sini datang rumah. Cecececece.. ;p

Monday, March 9, 2009

Lama Daah..

Salam + a BIG smile to all..
Post kali ni nak upload few 'chikai' pix. Lama dah tak upload gambar kat Blogxygen ni. Asyik membebel-bebel pasal teh ais dan teh ais dan teh ais je. Dah lama tak pegang camera and shoot pix yang cap entah apa2 tu. Huhu.. This time, ambik.. Pix yang tuan-punya-blog ni 'tangkap' sendiri. Haha.. Cheit! Jangan gelak2 tang mana2 yang tak lawa tu. ;p







*Salam Maulidur Rasul :)

Saturday, March 7, 2009

Smile!

Salam + a BIG smile to all..
Finally, it's weekend! Weehaa..! *senyum lebar + lebar + lebar lagi.. ;p
I've had a super duper GILA week since last Monday. Ugh.. Seriously GILA, I repeat! Hehe.. Bukannya sampai level dah tak betul lagi dah, cuma beberapa perkara yang berlaku within this week memang boleh bagi penyakit kuning pada bahagian serat otak! Huhuhu.. Bahasa doktor tuh..! Dahlah asyik kena marah je dengan 'pihak2 & badan berkuasa tertentu' then siap kena kutuk pulak tu! Ceh.. Takpe2, being rational is more respectable than being sarcastically *mangk_k ayun. (Ehem.. Sorry, terlepas geram pulak. Huhu..)
Siapa tengok game ManU yang lepas sila angkat kaki. Aha! Ni lagi satu hal. Boleh pulak malam Rabu hari tu ter'miss' tengok. Ceh.. Nasib baik menang! Ehem.. ;p
Lots of work to be done. SANGAT BANYAK! Ugh.. Bila malam sampai hampir2 nak pagi, jadi pak guard tak rasmi kat dalam bilik sendiri. Huhu.. Ngantuk tuh! Oh well.. Apa boleh buat.. Apalagi, ganti saja time tidur yang tak cukup tu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin! Hehehe.. Rindu level kronik kat bantal busuk tu! Huhu..
Cakap pasal rindu level kronik, apalagi.. TEH AISlah! Hehe.. Yay2! Nanti boleh date dengan teh ais yang mamak favourite tu buat! Yes! Berapa gelas nak bedal ek..? Haa.. Tu belum tambah dengan roti canai dengan papadom dia lagi! Hmm.. ;p
Okay, gotta go now sebab tadi dah janji dengan bantal busuk nak date dengan dia awal sikit hari ni. Haha.. More of stories to be posted soon, I guess.. Hehe.. So, smile BIG2 ar, you guys! ;D

Tuesday, March 3, 2009

Macamana..?

Salam + a BIG smile to all..
Now, I realize more that I like weekends.. A lot! Seriously, weekdays for me can be a bit stressful and joyful sometimes. Yeah, it depends.. But not this week. Starting from last Monday till today. Huhu.. Pening kepala! Macam2 nak kena settle. Hmm..
One more thing, masalah tidur pun satu jugak. Huhuhu.. Asyik rasa mengantuk je 24 hours. Bangun pagi, alarm phone berbunyi pun tak sedar2 lagi. Snooze je.. Haa.. Bila dah lambat, panic time! Hoho.. The best part kalau ter..overslept! Uish.. Sedap je tengok jam dah pukul 9.45. Haa.. Macamana..?
Honestly, I'm admiring those people out there who can deal with this PROBLEM (tidur) ni.. Especially, pak guard2, orang2 yang kerja sampai lewat malam, ibu, ayah, mamak teh ais tu dan yang sesiapa yang sewaktu dengannyalah. Haha.. Suspect + respect betul kat diorang. Entah macamanalah boleh tahan ngantuk ni. Eeh.. Apa rahsia ni? Tak rasa mengantuk ke? Macamana..? Ugh.. Ngantuknya!
p/s.. Tuan punya blog ni sedang merepek-repek kat sini sebab dia rasa mengantuk level kronik tapi tak boleh nak proses taik mata dia sebab.. Banyak kerja daa.. Ehem.. Harap maaf.. Huhu..;p

Monday, March 2, 2009

"Ling..! Ling..! Ling..!"

Weehaa..!
Kali ni nak terpekik lebih kuat dari biasa
Melampiaskan rasa hati yang melonjak suka
Ugh.. Pusingnya kepala mula2
Tak sorang pun mara menjaringkan mata
Penat berlari ke sini sana
Masing2 letih kehabisan tenaga
Oh.. suntuknya masa
Si referee lantas menghembus wiselnya
Ugh.. Memang sudah dijangka
Tinggal penalti satu-satunya cara
Untuk tentukan siapakah juara
Entah di mana silapnya
O'hara dan rakan balik dengan kecewa
Goalie Foster tersenyum bangga
Yang lain2 lebih kurang sama
Rasa happy bagai nak gila
Bila berjaya menggenggam piala
Weehaa..!
Carling Cup tu, ManU yang punya!

*hi-5 amongst all my ManU buddies.. Huhu.. This victory is like an instant cure for my forever headache + fever that I had along this week.. Weehaa! ;p

Sunday, March 1, 2009

Ek...?!

Salam + a BIG smile to all..
Huhu.. Weird? Kat manalah tersesat ni, kan? Tulah! Kat mana ni?
It's okay.. Don't worry.. You guys are still looking at the same old, 'chikai' Blogxygen. Tuan punya blog yang sama jugak. Ala.. Yang die-hard teh ais tu! Aha.. Just a new look for my Blogxygen. Cecewah! Sebenarnya jealous tengok 'diary' orang lain yang colourful, bersinar-sinar, 'lip-lap-lip-lap'.. Template Blogxygen yang lama maybe ala2 pucat lesi sikit. Haa.. Sekarang dah 'sihat' dah.. Huhu.. But, still rindu jugak dengan gambar awan + rumah api kat template yang lama tu! :( Ehem.. Anyway, that's whylah I decided to change the template. Tapi, colour theme mesti nak sama macam yang dedulu, turqoise (biru laut).. Hehe.. So, amacam? Manis macam teh ais tak? ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...