Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 21, 2010

Ceh!

Semalam entah kenapa pulak tiba2 rasa tak sedap badan. Kepala pun macam pening2 langau sikit. Pantang nampak bantal, mesti terasa macam nak landing. Mata dah naik kuyu + layu. Aisey! Ini semua penangan ubat batuk dengan panadol yang selamat ditelan berikutan batuk yang berpanjangan sampai tekak naik sakit! Hahaha.. (Bahasa jiwang-bawang!) Kuikuikui.. Tapi sebelum berdengkur, Ayah dengan Abang dah pesan.. "Kak, pukul 4 nanti jangan lupa bangun. Ada bola."
(Dan pada pukul 4 pagi, sedang Abang dan Ayah syok mengunyah Roller Coaster Cheese dengan Ribena di depan tv..) - Si kakak masih dia dalam mode dengkur tahap tak dengar apa. Kalau bom meletup kat sebelah pun serius tak sedar! Melepas nak tengok Vidic..
Bila dah pagi.. Mood Abang dan Ayah lain macam. Aisey.. Petanda awal berita tak baik. Tanpa lengah, Ayah diserang soalan 'cepumas' oleh si Kakak. "Game semalam kalah ke menang, Yah?" Ayah buat muka sardin. Tanpa suara, dua jari ditangan sebelah kanan ditegakkan manakala satu jari ditangan sebelah kiri juga ditegakkan. Si kakak dah tak sabar2.. "Yang jari dua tu stands for ManU ke ManC?" Jantung macam nak terkeluar dah time tu. Dan keluhan Ayah seolah-olah MENGELUARKAN jantung si Kakak tadi. Haish!
*P/s - Nasib baik tidur waktu game semalam, kalau tak.. Lagi tekak ni bertambah sakit! Terima kasih Panadol dan ubat batuk cap Ibu dan Anak kerana 'suruh' saya tidur awal! Cheit! :[

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...