Related Posts with Thumbnails

Wednesday, January 13, 2010

A Dream Date

Belum pun mula
Bahang cap konon2 malu dah menerpa
Err.. Kali ni nak berkata-kata
Tentang sesuatu yang agak berbeza
Tapi apa bendanya?
Sampai masuk level merah muka segala
Apa-lah halnya?
Argh!
Takpe
Mungkin sekali ni saja
Hal ini dibicara
Tolak tepi perasaan segan silu itu semua
Yang penting hatiku puas berbunga-bunga
Tapi, apakah gerangan perkara
Yang selalu didakwa
Berpotensi memeningkan kepala
Haish!
Bagaimana harus ku mula
Sedangkan ini semua mimpi belaka
Bukan dari realiti asalnya
Namun, kesannya sungguh menyeksa
Biar di dalam dengkur mahupun jaga
Wajah itu masih tersua
Berlegar-legar di ruang mata
Waa!
Masih tak percaya
Adakah ini yang dikatakan 'cinta'
Uhuk!
Terbatuk 'geli' buat seketika
Hahaha..
Semudah itukah definisinya 'cinta'
Sekadar bersua seminit dua
Di dalam mimpiku yang cukup lena
Aku sudah 'terjatuh-cinta'
Terhadap dia yang entah siapa?
Hmm..
Mungkin sekadar mainan tika nyenyak melelapkan mata
Tidak-lah seserius mana
Tapi, mungkin anda tertanya-tanya
Gerangan siapa
Yang muncul sebagai watak utama
Di dalam mimpiku yang konon macam drama
Haish!
Sekali lagi 'malu' menerpa
Haha..
Wajah yang selalu mengganggu lena
Cuma seorang pemain bola antarabangsa
Tidak-lah se-handsome mana
Tapi, dia istimewa
Ee, gelinya!
Hahahaha..
Nemanja Vidic diberi nama
Haa! Ini-lah dia
Yang muncul di dalam lena
Berdiri tersenyum entah dari mana
Tapi, pelik juga
Bila kadang-kala
Sempat juga si Vidic bergaya
Dengan teh ais yang sibuk interframe sama!
Bila terjaga
Baru tersedar bantalku sudah 'berpeta-peta'
Ini semua sebab mimpi gila
Konon je 'jatuh-cinta'
Kat si Vidic tu ha!
Siap minum teh ais pula?
Argh! Mimpi gila! Mimpi gila!
*P/s - Kawan saya ada cakap hari tu yang.. A dream date is always the best. Betul ke? I don't think so 'cause for me, it is super duper BEST! Hahaha.. :D

4 comments:

  1. heh... x kan first time date dlm mimpi kot?

    ReplyDelete
  2. Ehehe.. Dreams of dating Vidic, is always the 1st time to me eventhough dah entah berapa kali dapat mimpi yang sama. Hahaha.. *Ehem.. Tuan punya blog dah tak berapa betul! Kekekeke.. :P

    ReplyDelete
  3. Ms. Orked Hana - Hahaha.. Tulah, kan.. Tak boleh lari.. Kekeke.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...