Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 24, 2010

Nama Dia Bukan Bulat!

Cik adik ayu bertudung tu adalah kawan baik kepada minah berjersey merah tu. Walaupun gambar ini diambil ketika mereka berdua sedang sibuk menjadi model / duta tak berapa nak rasmi bagi jenama2 beras tempatan di sebuah supermarket ternama di ibu kota, mereka sempat meluangkan masa bergambar perasan bagi memenuhi permintaan seorang peminat yang datang jauh dari Stadhuys. Haha.. (*Sorry Dekno!) :P

Ya, didakwa yang mereka sudah berkawan sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Zaman kanak2 Ribena. Lap hingus pun tak terror lagi. Kalau kalkulator tu tak silap kira, maybe friendship diorang dah berusia hampir 15 tahun. (Alhamdulillah..) Sepanjang tempoh perkenalan, cuma sekali seingat saya, mereka berdua bergaduh sewaktu masing2 di darjah 3. Sebab? Budak yang berjersey merah tu tak mahu join 'main-kutu' dengan minah bertudung dan rakan2 sekelas yang lain. Haha.. Ada ke patut minah bertudung paksa brutal2 budak jersey merah supaya bayar duit kutu! Budak jersey merah kata, 'Buat apa? Konon je bayar tiap2 minggu tapi duit terkumpul tu sedap je pi kasi orang lain!' Ugh.. Ya, budak berjersey merah kurang pandai dalam bab2 main kutu segala tu semua. Namun hanya bersebabkan itu, dua sekawan ini tidak bertegur sapa selama sebulan. Eh tak! Seminggu je.. :P

Kemana-mana mesti nak berdua. Ke toilet, kantin, padang, library.. Hmm.. Tak berenggang! Kena lantik jadi prefect garang pun kira rezeki sama2. Sampai waktu mereka berdua menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, masih lagi akrab berkawan. Betul, sangat happy tapi itu semua hanya sementara. Budak berjersey merah terpaksa berpindah ke sekolah lain demi mengikuti keluarganya yang turut sama berhijrah. Terputus seketika tali persahabatan itu. Sedih? Haish.. Tipu-lah kalau kata 'TAK' tapi nak buat macamana.. Mereka berdua sekadar bertukar khabar melalui sepucuk surat 2 kali sehari! Haha.. (*Gila old-fashioned method ni sebab time tu tak pakar lagi dalam subjek sms2!) Hehe..

Mubarokah, nama sebenar minah bertudung tu punya-lah exotic lagi classic, namun 'Bulat' juga yang diminta untuk dibuat nickname. Nak kata yang badan dia bulat, takde rupa-lah pulak. Keding semedang! (Yelah Lat, konon ingat cute-lah tu! Haha..) Takpe, as friends, kita ikutkan saje. Bila ditanya apakah hobi di waktu lapang, budak berjersey merah tolong jawabkan, 'ketawa'. Ya, benar. Minah bertudung tu suka benar ketawa. Sampai level berair air mata. Tak tahu apa yang lawak sangat bagi dia. Sebab tu kat dalam tangan dia wajib 24/7, sehelai handkerchief gambar Pikachu untuk dibuat sebagai kain pengelap. Haish.. Lagi satu, dia lemah lembut orangnya. Style berjalan ala2 perempuan melayu tak berapa nak akhir sangat. Hadeh.. Kontra habis dengan rakannya yang berjersey merah tu! Dan oh.. Dia bukan-lah seorang yang kedekut sebab dia selalu belanja kawan dia air sirap 20 sen kat kantin Cik Milah bila mereka ada kokurikulum. Sebagai balasan juga, budak berjersey merah suka benar belanja rakannya itu makan cendol. Bukan nak kata dia pun sama tak kedekut tapi sebab minah bertudung tu tak suka cendol?! Haha.. :P

Namun begitu, perbezaan antara mereka berdua tetap ada. Misalnya, minah bertudung kata dia tak suka makan cendol. Minah berjersey merah kata cendol itu heaven! Haha.. Dan secara terang-terangan juga, minah berjersey merah itu merupakan supporter kepada kelab bola sepak ter-terror di dunia iaitu ManU (Eceh! Haha..) Manakala minah ayu bertudung tu supporter cap 'lalang'. Dia kata dia fan Chelsea. Tapi keychain hp dengan tracksuit dia ada cap Arsenal! Ugh.. Senang cerita, mereka merangkap title part-time rivals when it comes to football matter. Hehe..

Banyak kalau nak di'kepoh'kan lagi sebenarnya. Tapi, untuk mengelakkan semua dari tertidur di depan screen pc, biar-lah sampai di sini sahaja. Dan untuk apa description berjela-jela ni semua?

Sengaja. Haha..

(*Bulat, eventhough I know that you'll be having no time to view my 'lau yah' blog ni due to kesibukan seorang lawyer-wannabe, whatever it is, this post is for you dan juga bersempena dengan our 15th friendship anniversarry. Haha.. Hopefully friendship kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. And the time that we've spent last week was like drinking teh ais manis sebanyak 5 gelas. It's unforgettable, okay! Haha.. A pleasure to have known you, babe.. And of course.. Happy birthday yeah!) :D

From.. Budak berjersey merah tu! Blek! :P

Thursday, February 18, 2010

I Want Nobody But You

"I want nobody, nobody but YOU!"

*And I just can't stop humming the song when I read THIS.. Relieved tu! :'D

*sweat

3.45 am, yesterday. Haish.. Seriously, kan. Jantung rasa macam nak tercabut. Gila nervous mengalahkan Van Der Sar pulak. Hoho.. Tambah2, bila tengok muka action si Ronaldinho yang perasan rambut menawan. Haha.. Kira kalau tangan ni boleh masuk kat dalam tv tu haa, hmm.. Dah lama dah gigi dia tu kena siku. Eceh.. Ingat dia score-kan goal before ManU boleh menang game malam tadi ke haa?! Hehehe.. (*riak-lah pulak!) :P
Nevertheless, I was still sweating! Habis Ribena tertumpah. Kalau sekali tu takpe-lah jugak. Ini kalau dah masuk dua tiga kali? Haa.. Tak ke lima jadi-nya? Membazir! Dah satu kerja lagi nak buat part-time mop lantai tengah pagi2 buta! Ini semua sebab Ronaldinho tulah! Memanjang buat orang suspens! Si Nani pun lebih kurang sama jugak! Haish.. Mamat ni nasib baik jauh. Kalau tak kira free je dia kena siku. Eceh.. :P
InsyaAllah.. We'll meet again in a few weeks time kat Old Trafford pulak. Haish.. Semput je tengok game ni. Si Beckham ingat dia nak buat 'history' after 7 years since he left ManU. And oh.. Referee tu kira 'terlebih' excited okay. Carrick di-kasinya kad merah. Alaa.. Kasi-lah chance sikit. Dah-lah game nak over lagi berapa saat je lagi! Haish.. Tak faham betul! (*Ecece..) Yang penting, duit belanja pergi Giuseppe Meazza Stadium tak membazir! Blek! :P
*Glory2 Man United! :D

Sunday, February 14, 2010

Gong Xi Fa Cai


"Tak mau kasi 'angpow? Takpa, tapi lu kasi-lah 'limaw'!
Jangan kulukut!"
:P

Thursday, February 11, 2010

Game 'Masam'

Geram
Tak sepatutnya berjaga semalam
Game tu tak exciting langsung, suram
Geram
Referee? Haish, macam2
Selambe-mambe je bias, main 'taram'
Geram
Dilayang kad merah, Nani bermuram
Kami pun kelam
Tinggal-lah 10 menyambung 'dendam'
Dah tak boleh lagi berdiam
Geram
Puas ditahan, dijaga, dipendam
Akhirnya tersasar jugak se-goal ke dalam
Van Der Sar tergamam
Kurang sikit geram
Bila satu 'own-goal' diorang hentam
Takpe, orang dah bagi, kita gulam
Kembali geram
Bila nampak si Berbatov yang kuat melaram
Eceh! Konon perasan macho-lah tu mengunyah chewing-gum
Lagi geram
Aston memanjang defend, Rooney & Giggs separuh karam
Toleh kejap ke arah jam
Argh! Dah tak sempat, terkilan mengidam
Ingatkan boleh menang, hati tak kusam
Pendek kata, geram!

Breathless


Seems like everyone else has a love just for them,
I don't mind, we have such a good time,
My best friend, but sometimes,
Well, I wish we could be more than friends,
Tell me do you know?

I get so breathless, when you call my name,
I've often wondered, do you feel the same?
There's a chemistry, energy, a synchronicity
When we're all alone,
So don't tell me
You can't see
What I'm thinking of.

I can understand that you don't want to cross the line,
And you know I can't promise you things will turn out fine,
But I have to be honest, I want you to be mine
Tell me do you know?

'Cause I've tried to do this right in your own time
I've been telling with my eyes, my heart's on fire,
Why don't you realise?
Tell me do you know?
Why I get so breathless..

*Ehehe.. Tuan punya blog konon tengah happy sebab baru lepas 'vacum' 2 gelas setengah teh ais heaven. Haha.. But why would this time 2 setengah bukan 3 gelas macam selalu? Well, please put the blame on sepinggan mee goreng mamak and 2 keping roti telur yang anei tu buat untuk budak ni. (Huish! Anei tu gilo hari ni. Sanggup dia membubuh semua bekalan cili dan adik-beradik segala spesis cili ke dalam mee goreng tu! Pedas woo!) Perut dah senak + sendat + pedih jugak and I just had to 'bazir-membazir' lagi setengah gelas teh ais (which was my 3rd glass, actually!) Haish.. Okay, saya sedar saya dah gemuk! Blek! :P

*Current activity.. Waiting for Aston Villa VS ManU game at 3 something (late morning, okay!) Habis-lah esok tak boleh nak bangun! :'(

Sunday, February 7, 2010

Five!


Kinda lazy to 'make' my full review on the previous match between ManU and Portsmouth. Few of 'own-goals' took place but hey.. They're still considered as GOALS, kan? Huhu..
Kesian jugak bila tengok muka 'bersalah-yang -tak-berapa-nak-salah' si Wilson. Agak2, kalau mamat defender Portsmouth ni ada hajat nak 'clorox-kan' kaki dia tu, haa.. Sila-lah datang ke rumah. Goalie James yang muka macam nak sama dengan Ferdinand tu pun sama jugak. Oh ya, O'hara.. Anda bagus tapi cara main tu agak kurang-kasih-sayang ya. Next season nak join team 'glory2' for free tak? Ecece.. Perasan jadi Fergie kejap.. :P
Okay-lah.. Bantal dah panggil banyak kali dah tu. Dah tak sabar nak berdengkur dah ni tapi sempat je update Blogxygen sebab 5 goals punya pasal. Haish.. Tekak bertambah perit sebab banyak sangat menjerit. Tulah, mengada! Jerit2 lagi! :'/

Monday, February 1, 2010

Arsenal 1 - ManU 3

Well.. The title says it all.. :)
Thanks to Nani, Rooney and Park for their goal contributions! And oh, niat nak cekik2 si Brown dah terbantut. Nasib baik menang. Kalau tak.. Lunyai dia! Style defend macam tengah main galah panjang kat kampung je! Huh.. Vidic, please come back cepat! :'(
*Arshavin memang pakar buat suspens. Habis tertumpah Ribena kat lantai tadi sebab dia-lah! Haish.. :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...