Related Posts with Thumbnails
Showing posts with label Oxy Family. Show all posts
Showing posts with label Oxy Family. Show all posts

Friday, July 5, 2013

The Cendol's Enemy

'Mereka' berwarna-warni
Saling tak tumpah macam pelangi
Tak busuk dan tak wangi
Rupa pun tak-lah berseri
Entah
Mungkin saja mengaburi
Mata tertarik, tidak di hati
Otak mencongak berkali-kali
Patutkah 'mereka' diterima lagi?
Ah! Tekak kebas menjadi-jadi
Lidah kelu bagai dah lali
Entah
Apakan daya kalau begini
Tiada guna mengelak, berlari
Sakit badan tanggung sendiri
Telan saja 'mereka' berbiji
Mudah-mudahan pulih kembali
Bersamamu cendol di kemudian hari!

BIG HI, everyone! :)

It's been a long while since I last wrote my 'typical-konon-perasan-A.Samad Said' kind of poem. Haha. Reminds me of my previous poem/gurindam/sajak/pantun/orwhateveryouwannacallit. How I've retired from all these, it seems.. *sigh*

I hate ubat! Seriously. But I've no choice but to consume them for these past few days. Lost my voice yesterday. Kelakar je. Tak dengar langsung satu patah perkataan when I uttered. Ibu was like "Ah? Ah? Tak dengar kakak cakap apa? Ah? Apa dia?" when we talked over the phone. It was a very frustrating moment that made me cried all day. Gosh! Sucha crybaby, kan? Haish.. Perhaps, saki baki jerebu hari tu that's giving me all these demam, selsema, batuk-macam-apa-entah and nose bleeding. Haa hambik sekali doktor kasi ubat yang kalau dikira-kira, boleh agih-agih satu kampung. Lepas tu, siap cakap, "Haa.. ni mesti makan ais banyak sangat ni?" Eleh. Saja je doktor tu! Sengaja tak nak bagi makan cendol dan minum teh ais lah tu. Huh, lepas ni kita jangan berjumpa lagi! Eceh! *hentak-kaki-konon-mengade-perasan-innocent-macam-budak-kecik*

*Fine! Let me have those meds! :'(

Sunday, June 24, 2012

I'm Everything I Am..

"I'm everything I am, because you loved me.." Celine Dion

I miss home! :'(

Wednesday, August 26, 2009

Takziah

Takziah buat Tok Long sekeluarga di atas pemergian Nek Long semalam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya.
Al-Fatihah..

Monday, June 22, 2009

Man Of The House


This post is specially dedicated to the man of our house, Ayah..
There's no word to describe your ultimate love, time, energy and things that you have spent towards us all.
Happy Father's Day, Ayah! And to all cool dads out there as well! May Allah bless us all, amin..

From us.. :)

Sunday, May 10, 2009

Top Of The World

Top Of The World by Carpenters
Such a feeling's comin' over me
There is wonder in most everything I see
Not a cloud in the sky
Got the sun in my eyes
And I won't be surprised if it's a dream..
Everything I want the world to be
Is now comin' true especially for me
And the reason is clear
It's because you are here
You're the nearest thing to heaven that I've seen..
I'm on the top of the world lookin'
Down on creation and the only explaination I can find
It's the love that I found
Ever since you've been around
Your love put me at the top of the world..

To: Ibu, my oxygen..

There's not a single a word to be said about all of your ultimate sacrifices, kindness, love, love, love and love..

What you have done for me is priceless and unpayable till the end of the time.

There's nothing can beat your love towards me forever even if someone bribed me with 100,000,000 glasses of teh ais to replace your sweetness! :)

May Allah s.w.t bless us all. Hope you're in the best of health, long-life and feeling happy to the max every single day! Amin.. =)

Regards:

Kakak, your daughter..

Monday, April 13, 2009

Happy 1st B'day, Sarra!

HAPPY 1st BIRTHDAY
to..
Our dearest Dedek/Sarra/Alisya Qaireen
Sincerely from the rest of us here..
Ayah, Ibu, Kakak, Abang, Kakdik & Adik
Semoga sihat bahagia, panjang umur, murah rezeki dan chubby! Hihi..
You're always the darling in our hearts! We love you, Dedek! :)

Sunday, March 29, 2009

Bestlah..!

Just an hour..
By turning off all the lights..
We can actually reduce the rate of global warming towards our one and only mother earth..
Magic, kan? :)
Ala.. Satu jam je nak kena duduk dalam gelap. Kipas bolehlah on.. Hehe.. Lampu je yang tutup.
Dan semalam.. Satu jam yang kinda cool for us. Ayah pun awal2 lagi dah standby few sticks of candle. Cecece.. "Semangat tuh!", Kakdik cakap.. ;p
Dan semalam.. after 30 minutes (atau lebih sikit..) berada di dalam gelap, kami masih lagi support Earth Hour. Lampu maintain lagi tak pasang2 except for the kipas.
Dan tiba2.. Satu bunyi yang agak kuat mengejutkan kami semua.. Masing2 dah keras. Cuak! Ayah pun sambar sebatang lilin yang dah memang ternyala tadi dan survey keadaan sekeliling (ruang tamu)..
Cari punya cari..
Laa.. Bunyi tadi datang dari Abang! Selambe-mambe syok berdengkur!
Ceh..!
p/s: Earth Hour BESTLAH! :)

Saturday, March 14, 2009

An Advance B'day Wish


A true story..

Dulu2.. There was a little girl yang memegang 'title' KAKAK. Pergilah mana2 pun, semua orang panggil dia kakak. Itu tak kisahlah.. Tapi, nak pegang title ni, ugh.. It wasn't that easy. Lebih2 lagi masa tu, she was only 10 years old. Macam2 nak kena handle. And one of the things that she had to handle is her little brother whom was younger than her. Si kakak akan panggil adik lelaki dia, 'Abang'.

Masa time sekolah dulu, si kakak was a prefect kat satu sekolah rendah tu. Si abang (adik si kakak tadi) kebetulan belajar kat sebuah tadika yang bersebelahan dengan sekolah si kakak. Every morning, before going to school, Ibu akan pesan pada si kakak, "Kakak, tengok2 kan abang tu nanti." Si kakak angguk saje. Bila dalam kereta on the way nak ke sekolah, Ayah akan pesan pada si kakak, "Kakak, please look after your brother, okay." Si kakak angguk lagi. Pendek kata, hari2 si kakak akan dengar ayat2 ni dari si Ibu dan Ayah. Takpe, si kakak ikutkan saje..
Then, pada satu hari..
Pengawas: A, Cikgu Salmah tadika tu panggil youlah!
A: Ek..? Yeke? Dia nak apa?
Pengawas: Entahlah.. Pergilah tengok!
Si kakak terus berlari ke arah satu-satunya pagar besi separa karat yang memisahkan kawasan sekolah rendah si kakak dan tadika si abang. Sedang si kakak tercungap-cungap dek berlari tadi, seorang wanita yang berkebaya ketat menghampiri. Terserlah tahi lalat yang tak kurang besar saiznya kat tepi bibir berlipstick merah pekat tu.
A: Ye, cikgu. Cikgu ada panggil saya ke?
Cikgu: Ha'ah.. Saya yang panggil kamu. Kamu ni, kakak Azril kan?
A: Ye, saya. Kenapa dengan dia cikgu? (Dah separuh cemas dah ni!)
Cikgu: (Sempat pulak membetulkan kain tudung yang kononnya tersenget sikit tu! Ceh..) Haa.. Adik kamu.. Adik kamu.. Si Azril..
A: (Dalam hati: Eh2.. Cikgu ni.. Gunting tahi lalat cap Phua Chu Kang tu karang baru tahu!) Kenapa dengan adik saya tu cikgu? Dia terjatuh ke?
Cikgu: Tak2.. Dia tak jatuh. Ada tu ha.. Kat dalam toilet. Dia buat 'cake'!
A: Laa.. (Dah agak dah..) Habis tu cikgu panggil saya ni sebab nak suruh 'settle'kan adik saya ke?
Cikgu: (Tahi lalat cap Phua Chua Kang si cikgu dah terangkat-angkat dek kerana sengihan ala2 kerang busuk cikgu tadi!) Ye.. Macam tulah kiranya. Tangan cikgu hari ni entah kenapa. Rasa sengal2 pulak. Boleh kamu tolong?
A: (Heh.. Bukan tangan cikgu je yang sengal2!)
Nak tak nak, si kakak dengan pantas menyelak kain uniform sekolah dan berlari-lari melintas sempadan pagar di antara tadika si abang dan sekolah rendah si kakak. Dalam toilet, kesian pulak si kakak tengok si abang yang letih mencangkung dengan muka sembab + lembab dek air mata.
Kakak: Jangan nangis2. Pandang tembok tu. Kenapa tak basuh sendiri? Ini bukan rumah tau. Kalau kat rumah, bolehlah kakak yang tolong cucikan. Ni tak.. Memang expert sungguh kasi orang buat kerja overtime!
(Bebel dan bebel.. Tengah2 'cuci' tu pulak sabun buku LUX tu takde! Ish3..!)
Abang: Tak payah sabunlah, kak. Balik rumah baru sabun!
Kakak: (Ceh..!)
And since that day, nama si kakak akan dipanggil oleh cikgu tadika tadi bila si abang selesai memproses 'cake'! Tak payah pakai walkie-talkie ke apa2 ke.. Cikgu tu cuma jerit nama je dari pagar sebelah. Apadaa punya cikgu tadika.. Suara mengalahkan corong speaker! Si abang ni pun satu jugak. Macam tau2 je. Bila masa si kakak tengah REHAT kat kantin ke apa ke, haa.. time tulah dia suka benar buat 'cake' dia! Ceh..
Tapi, ini semua cerita beberapa tahun yang lepas. Dah lebih dari sepuluh tahun dah cerita ni. Ibu dengan Ayah pun tak tahu lagi pasal hal si kakak dengan si abang yang satu ni. Hehe.. Bila fikir2 balik, time flies! Cepat sangat! And now, budak kecik yang dulu2 tak pandai 'cuci' punggung sendiri, yang belajar kat tadika, yang suka buli si kakak dah pun besar panjang! Tak payah si kakak nak jaga dia 24 hours macam masa kat sekolah dulu. Hey, bro.. You're already 16 by next week daa.. ;p
Oleh itu, I dedicate this post to this dude, Azril. A lil' bro to si kakak tadi. A son to Ibu and Ayah. A big bro to Kakdik and Adik Azrul. A percussionist that has a big appetite! Hehe.. Sorry, bang! That has turned up to be a grown-up dude.. Happy 16th Birthday, Abang and may Allah swt bless you.
P/s.. B'day present takde. Teh ais mamak favourite, okay? Extra papadom! Hehe.. ;p

Tuesday, January 27, 2009

Betul.. Tak Tipu Punya!

Tak tahu macam mana nak mula
Satu alkisah yang agak 'gila'
Tak mampu ku berhenti dari terus memikirkannya
Mungkin nanti korang tak percaya
Tapi, ini bukan rekaan semata-mata..

26 Jan 2008 adalah harinya
Semua bercuti menyambut Tahun Baru Cina
Hati gembira tak terkata
Kami sekeluarga dapat berkumpul bersama
Pak Long, Mak Long, Pak Lang semuanya ada
Sepupu sepapat, sedara-mara tak ketinggalan juga
Bukan selalu dapat bersua
Bukan main happy bergelak tawa..

Cadangan berkelah dipersetujui sebulat suara
Nak berkonvoi beberapa biji kereta
Budak-budak menjerit-jerit tanda suka
Yang tua ikutkan saja
Nak buat macam mana
Dah cuti namanya
Tapi, tentang lokasinya bagaimana?
Nak ke Perak, oh agak jauh perjalanannya
Acu kata "Ala, kita pergi yang dekat-dekat saja."
"Sungai Chongkak, bolehlah ya?"
Yang lain tersenyum gembira tanda mengia..

Anak-anak sibuk berbual melayan cerita
Ish.. Membebel-bebel entah apa-apa
Sekali-sekala berjumpa sesama sedara
Hmm.. Macam nilah jadinya
Si Ibu dan Ayah pun join sama
Ingatkan KL saja yang selalu 'jam' cap gila
Laa.. Kat kawasan kampung pun lebih kurang sama
Hadoi, punggung pun dah hampir kematu di dalam kereta
Ibu kata "Ha.. Jangan nak mula."
"Ini semua siapa punya idea?"
"Jangan nak komplen2 segala."
"Duduk diam2 buat taik mata."
Huhu.. Yang lain dah tak boleh nak kata apa..

Habis sesi meredah sesaknya si jalan raya
Sibuk pula nak mencari tempat parking kereta
Hoho.. Matahari dah terpacak di atas kepala
Biasalah, sampai2 pun dah tengahari buta
Fuh.. Ramainya manusia
Ada ke lagi tempat nak 'bertapa'
Cari punya cari, sekali ada
Selesai menghidang, semua bersila
Perut yang lapar memang menyeksa
Meleleh-leleh air liur menahan rasa
Hah, time makan semua tak ingat dunia
Tak pandang dah kiri kanan semua..
Sudah kenyang baru sedar sungai di depan mata
Huish.. Tak sabar2 nak bermandi-manda
Air deras sejuk tak terkata
Huh, itu semua tak payah diambil kira
Yang penting, jom kita bergembira
Tak sempat nak toleh jam mengira masa
Masing2 fokus menikmati keindahan ciptaanNya
Sungguh, waktu itu memang gembira
Kalau boleh nak berhentikan masa
Cheit.. Semua itu anganan saja
Bukankah masa selalu mencemburui kita?

Part yang gila kini tiba
Sekali lagi ku ingin berkata
Ini betul2 dan bukan rekaan semata-mata
Sedang kami bermandi-manda
Tiba2 kedengaran teriakan seorang jejaka
Sambil melambai-lambai tangannya tinggi ke udara
Dalam hati, ingatkan mamat ni tak betul ke apa..
"Tepi! Tepi! Ada *b_bi! Tepi!"

Hah!!!!????
Gila???
Ya!!!!
Memang benar kata si jejaka
Dari jauh kelihatan bangkai *b_bi yang sudah kelabu warnanya
Dibawa dek arus air yang laju tiba-tiba
Kacau! Ini semua memang gila
Kami semua bertempiaran lari mengelakkannya
Cuba bayangkan kalau terkena?
Uish, tak ke naya!
Memang tak terlintas langsung di minda
Si bangkai *b_bi yang muncul entah dari mana
Mengganggu-gugat keceriaan semua manusia
Lebih-lebih lagi buat kami sekeluarga
Bau? Uish, tak payah nak kata
Mana ada bangkai yang wangi baunya..

Ya Allah.. Sungguh kami tak percaya
Perkara ini memang luar biasa
Terjadi buat kali pertama
Ya, ia amat gila!
Sungai yang tadi penuh dengan gelak tawa
Kini suram tiada perenangnya
Ada yang sudah berkemas nak balik agaknya
Dan kami keras tanpa kata
Nak mandi kembali dah tiada selera..
Argh! Hati masih lagi tertanya-tanya
Entah siapa punya kerja ini semua
Bikin havoc, nasib baik tak masuk berita
Hadoi.. Tak tahu nak komen apa
Cuma yang pasti satu perkara
Hari itu takkan dapat dilupa
Segar bugar di dalam kepala
Satu kenangan di luar jangka
Kisah suka duka bercampur gila
Yang kami hadapi di Tahun Baru Cina..

Saturday, January 10, 2009

You're My Oxygen..


I Wont Last a Day Without You - Carpenters
Day after day, I must face a world of strangers
Where I don't belong, I'm not that strong
It's nice to know that there's someone I can turn to
Who will always care, you're always there..
When there's no gettin' over that rainbow
When my smallest of dreams won't come true
I can take all the madness the world has to give
But I won't last a day without you..
So many times when the city seems to be
Without a friendly face, a lonely place
It's nice to know that you'll be there if I need you
And you'll always smile, it's all worthwhile..
Touch me and I end up singing
Trouble seems to up and disappear
You touch me with the love you're bringing
I can't really lose when you're near
When you're near, my love..
If all my friends have forgotten half their promises
They're not unkind, just hard to find
One look at you and I know that I could learn to live
Without the rest, I've found the best..

*I would like to dedicate this special post to my IBU. This song from Carpenters which is one of her favourites kinda represents my feelings as a daughter to a great.. great IBU I've ever had..

HAPPY BIRTHDAY to..

A charming woman, a mother who never runs out of love, an awesome chef in the house and most of all.. The one who's like the major oxygen of my family.. Without her, I would never know what oxygen or even clorox really is and probably won't end up being who I am now.. Plus, perhaps I won't be able to be an 'oxygen-me' here! Hehe.. (Ehem.. Cause she pays the internet bill! =p)
A person who has all the descriptions stated above, IBU.. Again, a HAPPY BIRTHDAY wish from the rest of us here.. Ayah, Kakak, Abang, Kakdik & Adik..
*Psst.. Kenal siapa baby yang kat dalam gambar (atas) tu tak? If you guys guess it right, one glass of teh ice + satu mangkuk penuh papadom, boleh? Hihi.. ;D

Sunday, December 7, 2008

Selamat Hari Raya A'Adha!

Salam all..
Pejam celik, pejam celik.. Esok dah nak raya qurban..
Yeehaa!
But for me, perasaan 'happy' menyambut hari raya qurban and hari raya aidilfitri memang berbeza.. Different 'feel' for different thingslah konon.. Huhu..
Anyway, my whole family plan nak pergi holiday ke Terengganu during this raya qurban. Tapi, memandangkan keadaan cuaca yang tak berapa baik di sana, we kinda postpone the plan.. Huhu.. ='( Hmm.. Dok jelah rumah masak rendang, nasi himpit.. Woo.. Dah macam raya aidilfitrilah pulak.. Haha.. Ibu kata "Siapa nak makan rendang raya ni, masuk dapur! Sesiapa yang tak nak, esok silalah beraya makan maggi ye.." Aduh.. Kelam kabut semua orang dalam rumah buat part masing-masing.. Haha.. Nasib baiklah tak sampai tahap kena buat kuih raya! Huhu.. Uih.. Semput! ;D
For the people yang ada kat kampung tu, selamat hari raya ye from all of us kat sini.. Eceh.. Macamlah diorang baca 'ucapan-khas-di-hari-raya' ni! Hahaha.. (Mak Andak, Mak Lang, Angah Ayit, Abang Long, Keno, Pak Long, Kak Tini, Angah Sabri) Takpe2.. Nak jugak interframe nama diorang! Hihi.. Maybe salah satu dari lembu di dalam gambar (bawah) akan dijadikan sebagai qurban esok.. Nilah rupa lembu2 yang ada kat kampung..
And to you guys yang baru visit, ter..visit and dah lama visit this 'chikai' Blogxygen of mine, saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA A'ADHA.. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan hidup dariNya.. Amin..
Okay.. Nak pi makan rendang sat! Daa..

Thursday, December 4, 2008

Volkswagen or Oxygen?

Salam all..
It has been almost 4 days since my last update.. Hihi..
Busylah konon-kononnya.. =P
Speaking of being busy, guppy is one of the reasons why I've been quite busy lately..
Guppy, sejenis ikan yang saiznya besar sikit dari saiz ikan bilis.. Hehe..
Actually, I don't really like benda2 macam ni.. Takut! Haha..
Ini semua berpunca dari Abang, Kakdik and Adik..
They're now crazy about this fishy thingy..
Kakak diorang ni pulak.. Hmm.. Tengok je.. Haha..
This new hobby started when PS2 kitorang rosak.. Huhu.. Selalunya, we spend our time battling with each other via games.. But now, since the PS2 dihantar ke kedai untuk direpair, we kinda like moved our interests dengan membela ikan.. Bermula dengan ikan guppy.. Then, merebak ke goldfish.. Pastu, ikan 'bandaraya'.. Tambah lagi dengan ikan laga! Uih..
Adik (5 thn) pulak kata: Lepas ni, Adik nak beli tortoise. Err.. Kakak, tortoise kena 'pakai' volkswagen ke?
Abang, Kakdik and Kakak (me) looked at each other. Masing2 buat muka blur.. Volkswagen?
Kakdik (13 thn) jawab: Tortoise mana ada 'pakai' volkswagenlah, dik..
Abang (16 thn) dah tergelak-gelak..
Adik mula rasa fed-up: Volkswagen.. Nanti kalau tak pakai, matilah tortoise tu nanti. Tengok guppy, goldfish, 'bandaraya' ni ha.. 'Rumah' diorang ada Volkswagen! (muncung Adik menghala ke arah bekas-oksigen dalam akuarium tu..)
Abang, Kakdik and Kakak serentak pandang muka blur masing2: Oooh.. 'Volkswagen!'
Kakak sambil tergelak-gelak: Oksigen ke, dik?
Adik dah blur.. Hihi..
Kakdik and Abang tak habis2 gelakkan Adik: Tortoise 'pakai' volkswagen! Apalah adik ni..
Aisey.. Volkswagen or Oxygen? Kuikuikui..
Finally..
Adik kata: Cancellah beli tortoise! Nak beli guppy lagi. Nak colour green! Err.. Kak, guppy 'pakai' volkswagen tak?
Kuang.. Kuang.. Kuang..

Thursday, November 20, 2008

Just A Gentle Reminder..

(The respected, beloved father and 'Atok' - Allahyarham Tasphin B. Yassin)
Posted by - His grandaughter, ME! =p
Salam all..
This time, I would like to post a special tale..
This true tale, sent to me last month via e-mail from my Uncle..
It's quite interesting and yeah.. I've decided to share it with you guys here.. (Cecewah.. Macamlah ramai sangat yang visit my blog ni.. Hihi..)
One true story..
Begins..
A gentle reminder to fellow parents yang nak bawak anak-anak pergi sembahyang di surau atau masjid.
Title - Akibat jelingan ayah!
Kisah ini benar-benar terjadi padaku (Aku = my Uncle) sewaktu aku kanak-kanak dahulu..
Ayah aku (in the photo above) selalu memberi amaran padaku dengan menjeling garang, jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya.
Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku. Bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Maghrib.
Ketika sedang rukuk, aku terperasan kain pelikat tok imam tersepit dicelah punggungnya.
Aku yang 'konon' ingin membantunya, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu aku terus memasukkan kain pelikat
tok imam itu ke celah punggungnya semula.
Apalagi, melatah lah tok imam tadi!
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.
Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu. Dengan marah dia mengheret aku
balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral of the story: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam! Hihi..
Nanti dilatahnya tok imam.. Habis batal sembahyang!

Wednesday, November 12, 2008

We'll Always Love You!

Today..
12th November 2008..
A cute little boy turns 5 this year..
Before I type this post, I was thinking..
Should I or shouldn't I..
Wishing this little dude a 'Happy 5th Birthday'..
I just don't know..
Here.. Right here..
We all love this 'naughty' boy..
So much!
Or shall I say, we all used to love him..
So much!
But, Allah s.w.t loves him more..
He left us to be with Him on 25th June 2007..
The rest of us here..
Seems to be like a non-complete jigsaw puzzle..
As we've lost the missing 'piece'..
But, he's here with us..
Everyday..
Every minute..
Every second..
In the best place ever!
Here..
In our hearts..
There lives a boy named, Allahyarham Zarith Armani Bin Zaili..
A son, a 'naughty' brother and a beloved person in our lives..
Al-Fatihah..

Thursday, November 6, 2008

Happy 5th Birthday, Adik!



Thursday, 6th November 2008


Happy 5th Birthday


Muhd Azrul Bin Mohd Aidil




This little fella muncul few years back when I was at a level called level budak2 Ribena lagi. Masa tu tahun 2oo3 nak masuk 2004. At that time, kitorang (Abang, Kakdik and I) langsung2 tak tahu yang we were going to have an 'adik'!! Baik punya nyorok, we didn't even realize yang waktu tu Ibu tengah pregnant. Fuh.. Dahlah kitorang punya ke'naughty'an tu kalau dicampur tambah memanglah boleh kasi Ibu dengan Ayah tension tahap kronik! Ntah macam manalah both of them boleh tahan.. Nasib baiklah tak jadi pape kat Ibu..
Masa tu bulan Ramadhan, kami tiga beradik memanglah puasa sungguh2 ni sebab Ibu cakap waktu berbuka nanti ada makanan special! Hihi.. Apalagi, semangat waja nak berpuasa on that particular day semakin berkobar-kobarlah! Cewah..
Ibu ada mengadu yang dia tak berapa sihat hari tu and she told us that during lunch hour nanti, Ayah akan balik rumah kejap to pick her up. Kami tiga beradik were wondering.. "Manalah Ibu dengan Ayah nak pergi ni?!" Tapi, terpujuk jugak sebab they bribed us with one HUGE reason.
IBU: Korang nak adik tak? (with a weird smile)
KITORANG: Nak3! (penuh excited+pelik at the same time)
IBU: Okay.. Nanti Ibu dengan Ayah pergi beli. (Now the weird smile came from Ayah too!)
ME: Boleh main beli2 ke?
IBU: Boleh! Tapi, kena tunggu turn. Kalau hospital call, cakap ada baby untuk dijual, bolehlah beli.
KAKDIK: Adik tak naklah.. (Muka happy nak tak naklah pulak..)
ME: Eee.. Jealous!
ABANG: Ha'ah.. Jealous. Abang nak! Abang nak baby boy.
ME: Kakak pun.
IBU: Kita tak tahu lagi dapat girl atau boy. Tengoklah hospital nak kasi yang mana satu. Mana boleh pilih2.
ABANG: Yes! Okaylah kalau macam tu.
KAKDIK: (Terus terdiam!) Huhu..
Then, Ibu and Ayah pun pergi ke hospital. Kitorang yang kat dalam rumah ni, tunggu jelah.. Nak makan, puasalah pulak.. Tidur? Dah berapa kali bangun, dah berapa kali tidur.. Hihi.. Boring.. Tak tau nak buat apa..
Bila tengok jam, perut kitorang serentak senak! Elemek.. Dah nak waktu berbuka.. Satu hapah pun belum prepare lagi.. Nak makan apa ek? Ibu belum balik pulak. Fikir punya fikir, kitorang bertiga jadi chef tak rasmi kat dapur tu. Resipinya, MAGGI! Hehehe.. Nasib baik tak meletup dapur tu! Alhamdulillah sempat jugak siap that 'special meal' tu sebelum lagi 5 minit nak azan. Dalam sejarah, that was the first time kitorang tiga beradik berbuka sendirian berhad.. (Without Ibu and Ayah..) Huhu.. Sedih! ='(
Setengah jam kemudian, Ayah balik dengan empat bungkus nasi ayam. Whoa.. Yummy! Tapi, hold on.. Mana Ibu? Eik? Ayah sorang je.. Ayah cakap, makan dulu, nanti Ayah cerita. Kitorang pun apalagi.. Attacklah nasi ayam tu memandangkan maggi yang kitorang masak tadi (2 peket je) setakat boleh buat taik gigi je.. Hehe.. Lupa kejap about Ibu! Jahatlah budak2 ni.. Hihi.. Pentingkan ayam dari manusia!
Lepas je makan, Ayah pun buka cerita.. Konon-kononnya Ibu kena stay kat hospital sebab nak tunggu turn beli baby. Oh.. Macam tu rupanya.. Takpelah, kitorang pun dengan naif terperdaya dan mengiakan saje. And he added yang kita maybe will get a baby boy! Punyalah kitorang melompat-lompat happy waktu tu (psst.. including Ayah! Hehe..). After that, sibuk2lah discuss fasal several names for the baby. Ayah cakap, esok kitorang boleh pergi ke hospital and melawat Ibu. Yay3!
Esoknya.. Kitorang buat rombongan pergi ke hospital. Hehe.. Terpaksa curi2 masuk ke dalam ward macam pencuri first class semata-mata nak lari dari the fierce lagi kedekut punya mak cik guard tuh! =p Masuk2 je ke dalam ward, tengok2 Ibu tengah duduk kat atas katil.. Err.. katil pesakit? Eik? Weird!
Masa tu baby tak dapat nak jumpa lagi sebab nurse baru je masukkan baby dalam incubator (ntahpapelah mende alah tu!) Hihi.. (Dulu kecik2 tak tau pun, sekarang dah besar taulah..) Ibu looked pale and finally she explained to kitorang yang that baby rupanya bukanlah dibeli but.. Err.. She actually delivered that baby yesterday! Terkezut2!
Hehe.. Tak sangka yang all this while kitorang kena tipu! Huhu.. Ibu was actually a pregger sampai sempat masak, kemas, layan kitorang sampai tak cukup tangan! Ya Allah.. Nasib baiklah, takde pape yang jadi.. Eventhough the baby lahir tak cukup bulan sebab Ibu kena operate (Ceasarian) due to her high blood pressure. both of them were in a good condition. Alhamdulillah..
Tak sangka, from three to four! Dari hanya Kakak, Abang dan Adik Lin, now we are Kakak, Abang, Adik Lin (kena tukar jadi Kakdik dah!) and Adik.. 2 girls and 2 boys.. Huhu.. And until today, 6th November 2008, dah 5 tahun that baby yang Ibu cakap dia 'beli' membesar. Dah pandai.. Mintak itu ini.. Ben 10 lah.. Barney lah.. Transformers lah.. Ee.. Pening but entertaining at the same time as he's the only 'budak kicik' in the family! Hehe..
Again.. Happy 5th Birthday to Adik from the rest of us here.. Semoga Allah memberkati dan sentiasa memberikan yang the best for him to be a good son, brother, grandson and friend to the people around.. Amin..

Tuesday, October 28, 2008

Oxygenated Pics

Dedicate to the most 2 important persons in my life..
Ayah & Ibu
They're my oxygen..

Dedicate to these 3 sibllings of mine
who always have the potential to give me a big headache + the cure..

Abang, Kakdik & Adik

They're my oxygen too..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...