Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 25, 2009

Acceptable Cases

Salam all..
Just a minor update. There were several things that had happened to me. Ugh.. Seriously, mula2 tu rasa macam nak give up je. Tapi, nak buat macam mana.. Kalau nak merasa 'snow' atau nak jumpa Vidic secara live (Ehem.. one day!) kenalah bersabar. Ececeh.. Takpe, I'm sure not all of you can understand what I'm writing about here.. Huhuhu..
Hari ni rasa macam tak betul sikit. Sebab? Several acceptable cases. Cecewah.. Dah macam kat hospital lah pulak. Hihi.. Tak tahulah kenapa lately ni, asyik demam je. Ceh! Takkan demam rindu kat Vidic kot? Huhu.. Asal kena hujan je, demam, asal hujan je demam, asal demam je hujan.. Aha! Kesimpulannya, sediakanlah payung yang besar sikit saiznya sebelum hujan! ;p (Haa.. See! I'm rambling for nothing again.. Ceh!)
Acceptable case no.2 ialah sebab game ManU yang baru2 ni. Draw pulak dengan team si Maurinho tu. Ceh dan ceh lagi.. Takpe.. Nasib baik draw. ;p
Acceptable case no.3 pulak, I've no time to update my blog (again).. Huhu.. Yeah! Level kronik betul. Sehari kalau tak update rasa macam tak minum teh ais seminggu tau! Huish.. Hmm.. Apa boleh buat.. (*sigh)
Acceptable case no.4, like usual.. I'll ramble something about TEH AIS! Argh! Rindu gila kat teh ais yang mamak tu buat.. Bila nak pergi lagi ni? :'(
And here is the last acceptable case. TEST! The rest, no comments.. Huhu..Last but not least, to you guys who might be reading this post right now, a minor sorry from me for posting a 'bebel' type of post kali ni. Hehe.. Otak saya tengah tak berapa stabil ni due to fever yang tiba2 datang attack. Cecewah.. Okaylah, gotta stop here. A BIG smile for you guys.. ;D
Psst.. Siapa boleh buat delivery teh ais? Hehehe.. WANTED, okay! Hubungi saya segera. Hihi.. ;p

Friday, February 20, 2009

A Short Argh!

Salam all..
Huhu.. I miss updating my blog a lot! Seriously, no time for that nowadays. Ceh! To make things even worse, I totally feel frustrated for missing the ManU game last Wednesday. Huhu.. Tak boleh bangun daa.. 4 pagi game tu start and I was still berdengkur tahap tak ingat dunia. Nasib baik menang. Kalau tak lagi frust! Anyway, many congrats to myself and other ManU buddies of mine. Cecewah! Macam kita pulak yang main! Hihihi.. ;p
Actually, there are few things to tell but hey, MASA memang selalu jealous dengan saya! Hmm.. It's okay. I'll find some other time to be more kepoh here and updating this Blogxygen with more things to tell to you guys.
Aha! I guess, that's it for now. I have to rush back kalau tak nak kena backhand dengan 'badan berkuasa' tu sebab lambat masuk hall. Ceh! Hehe.. Anything, just drop any of your comments or even a 'HI' kat Blogxygen ni, okay? =p
Psst.. I miss updating my blog. Do you guys miss me too? Ecececece.. ;)

Sunday, February 15, 2009

Another Tag..

Actually, this tag is from one of my ManU buddies Ms. Puspa (Ehem2.. She's still single, okay! Huhu..) Sebenarnya, dia dah kasi tag ni berkurun zaman tapi I had no time to update my blog. Huhu.. Sorry again Ms. Puspa for the late reply and post. Hehe..
And the tag begins..
1 - Do you think you're hot?
Hmm.. Nope. Super duper hot baru betul. Ececececeh..
2 - Upload a favourite pic of you.

3 - Why do you like this picture?
Obviously, it's because of the TEH AIS! Hehehe.. Tapi, yang paling kanan tu dah kena 'vakum' sikit sebelum gambar ini disnapped. Hehe.. Sebab tulah, gelas tu nampak cetek sikit. Ya, ini semua saya punya. Tak percaya? Tanya mamak yang buat tu.. ;p
4 - When was the last time you ate pizza?
Last month. Domino's.. Huish, HEAVEN!
5 - The last song you listen to?
Beyonce - Single Ladies (Huhu.. Buat semangat untuk diri sendiri sebenarnya ni! Kihkihkih..)
6 - What are you doing right now besides this?
Kunyah roti.. Ek, sekali dengan Kit Kat..
7 - People to tag?
a) Mr. Areef aka a6
b) Mommy Wiwi
c) Mr. Branson
d) Susu
e) Ms. Yul Liverpool

8 - Who is no. 1?
A cool dude from Brunei. He's one of my ManU buddies. A cool photographer too. Hehe..
9 - Say something about no. 5
She's currently at Liverpool. Nice blogger buddy of mine but we're part time rivals when it comes to ManU and Liverpool. Oh yeah, kami gang dalam bab Harry Potter! ;p
10 - How about no. 4
Susu aka Sze Wei.. An old friend and she's a cute ah moi.. Plus, she has a nice voice. =)
11 - Who is no. 2?
Mommy Wiwi or shall I call her Kak Wiaam. Hehe.. The one who introduced me with this blogging thingy in the first place.
Well, I guess that's all from me, Ms Puspa! *hi-5 =p

La + Bu + Zy = ?


This picture was taken when I was 4 at Vietnam. Naik beca or we called it 'siglo' dalam bahasa diorang. Huhu.. Gaya macam travel sorang2 lah pulak! Hihi.. ;p
Salam all.. Sorry for the late update. Eceh.. Macamlah berbelas orang yang baca Blogxygen ni pun. Huhu.. Perasan! Anyway, lately ni memang takde masa langsung nak update or even bukak blog sendiri. Ceh.. Kinda busy and lazy actually. Sebab itulah, title kali ni, La + Bu + Zy = Lazy & Busy! Huhu..
Bukannya apa, kalau nak succes kenalah korban sikit waktu main2 tu. Kalau dulu selalu selalu selalu dan selalu sangat lepak2 tengok YouTube, ym, reading blogs, tidur, minum teh ais kat mamak favourite dan entah apa lagilah. Sekarang nak fokus memproses taik mata pun rasa macam dah tak sempat je. Bilik pun dah serupa tongkang pecah. Huhu.. Takpe2, InsyaAllah akan dibereskan sebelum Ibu mengamuk! :P
Talking about ManU pulak, kira nasib baik jugaklah.. Sebab diorang ada game mostly during weekend lately ni. Weehaa! Tak payah sesusah nak berjaga malam sampai pagi. Kalau tak, maybe muka ni dah serupa dengan panda bear! Mata berbelang hitam bin legam, hmm.. kira cute lagilah tu!.. Hehe..
But now, rasa macam craving for durian pulak.. Elemek, sebut durian pun dah meleleh-leleh hingus ni. Huhu.. Oh durian! Teringat masa cuti Gong Xi Fa Cai hari tu. Alaa.. Time tu baru balik dari picnic kat sungai yang ada *bab_ tu! Ingat lagi? Hmm.. On the way back dari Sg. Chongkak that day, sempat je kitorang semua attack durian yang ada dijual kat tepi2 jalan tu. Huhu.. HEAVEN! Haduh.. Rindu ni! So, barangsiapa yang ada stok2 durian (yang sedap dan lemak sahaja!) boleh je kalau nak share2 makan atau poskan kat sini ye.. Takpe, MMS kan gambar kulit pun jadilah kalau isi dia dah takde. Hehehe.. ;p
Last but not least, a BIG smile for you guys and enjoy doing your things ya! Ek.. Sebelum tu, I don't feel like I wanna wish you guys a Happy Valentine's Day sebab err.. Sebab.. I don't even have a valentine myself! Huahuahua.. Takpe2.. Vidic ada! So, Happy Valentine's Day, Vidic.. Heee.. =)

Saturday, February 7, 2009

A Big *SMILE

Salam and a BIG smile to all..
Finally, it's weekend! Huhu.. Time untuk qada' tidur yang tak cukup during weekdays. Hehe.. Rindu gila nak tengok ManU main. Rindu gila kat teh ais mamak. Rindu gila nak berjamming dengan guitar. Rindu gila nak buat concert Guitar Hero lagu Black Magic Woman by Santana dengan Kakdik. In conclusion, semua pun rindulah! Tahap kronik! Hehe..
Yesterday, 6th Feb.. Ibu & Ayah keluar date! Ceh.. Yang kitorang ni bertapa jelah dalam rumah. Huhu.. Nak pergi tengok PGL kat Istana Budaya. Hadoi.. Jealous! Mau tak best.. Duduk kat VIP seats lagi tuh! Huhu.. Double jealous dah ni! Anyway, glad that they were havin' fun there.
This Monday, Hari Thaipusam. Yay! Cuti lagi.. Tapi ada banyak kerja yang nak dibuat. Hailo2.. Takpe, asalkan cuti! Hehe.. So, Happy Thaipusam Day to anyone who's celebrating it! =D
Oh yeah.. Saya okay je dengan 'benda' yang SELALU saya buat. Sebab, saya suka buat 'benda' itu. Walaupun ia membosankan. Heh.. =)
A BIG *SMILE for you guys and enjoy doing your things! Weehaa! ;p

Thursday, February 5, 2009

Siapa Yang Buat?

Salam all..
Hari ni dirasakan sangat sangat sangat panjang! Rasa mengantuk je. Menguap? Huh, sepanjang masa. Pantang setiap 2 saat sure mata ni automatic akan tertutup! Ceh.. Dahlah hujan, sejuk. Tambah2 pulak dengan suhu air-cond kat hall yang sampai tahap boleh bekukan kulit. Darah kat otak pun macam tak jalan. Hadoi! Teruk gila pagi ni.

Tak kurang jugak si ah moi2 yang sudah surrender dengan keadaan sekeliling. Selambe-mambe berdengkur siap meleleh air liur. Ceh! 10 kali disiku pun belum tentu boleh sedar.

As for me, mulut ni tak berhenti mengunyah gula2. Entah berapa biji gula2 Iced Lemon Tea tu ditelan. Huish.. Kalau takde benda alah tu, dah lama dah join ah moi2 tu dengan Kelab Berdengkur diorang!

Few minutes later, semua orang macam kena pukau. Ek? Ada yang dah tutup hidung masing2. Orang2 kat barisan depan dah mengomel-ngomel. Kenapa ni? Saya dan ah moi kecik itu, kebetulan duduk di barisan paling belakang serentak memandang antara satu sama lain. Angkat bahu. Ek?

  • Siapa kentuuuuuuut???!!!
  • Busuk wor!
  • Cepat mengaku, siapa yang buat!
  • Haiyoh..
  • Berapa tahun tak kentuuuut ni?

Then everyone started to laugh. Ceh! Ingatkan apa.. Tapi memang betul! Bau 'gas-beracun' tu gila busuk.. Ceh! Siapalah yang melepas and simply buat2 tak tahu.. Sula karang baru tahu!!

Psst.. Tapi semua orang tak boleh accuse 2 budak yang duduk kat barisan paling belakang sekali tu sebab obviously bau kent_t tu tadi datang dari barisan paling hadapan sekali! Haha.. Dan siapa yang paling hadapan dan sibuk tersenyum-senyum macam kerang busuk tu? Cheit! Nak kena sula ni.. =p

#Nasib baik duduk kat belakang! Huhu.. Tak boleh nak accuse, okay!

Saturday, January 31, 2009

Okay..

Salam all..
Aha! An update after a short break. Huhu.. Not a short break actually, it's just that I've been quite occupied with my daily routine. So far, alhamdulillah.. The 'OKAY' aura is on my side and yeah to be honest, I kinda like being in this way. Busy.
Before this, I tend to update Blogxygen oftenly, ym and YouTube'ing most of the time. Aha! Mamak teh ais! 'Agak' lama tak jumpa jugak. Haha.. I mean, during weekdayslah. I won't be able to ENJOY the heaven teh ais too often like before. Tapi, takpe.. Sebab sekarang ni dah masuk musim DURIAN! Hahaha..Gong Xi Fa Cai mood plus demam limau mandarin + sakit perut hari2 sebab hentam limau banyak sangat dah pun berakhir. Haha.. Bila difikir-fikir balik, there were so much things had happened during this Chinese New Year. From a 'crazy' picnic at Sg. Chongkak, attacking the durians kat tepi jalan on the way balik ke KL, barbeque di Gombak, ayam panggang cap Afrika yang not bad rasanye cuma colour saje yang hitam legam dan jamming ala2 Concert Hotel California. Haha.. Great moments!
And oh.. Glad that the boys are on the top of the list so far! Hahaha.. Gila best! *hi-5 amongst my ManU buddies who's reading right now. Eceh! Glory2, Man Utd! Weehaa..
Dan akhir sekali..
January, dah pergi
February dah mari
Detik demi detik masa berganti
Sikit pun tak kita sedari
Macam2 yang dah dilalui
Macam2 juga yang keluar bila diselongkar cari
Beginilah hidup sehari-hari
Tak dapat nak elak tak dapat nak lari
Ya, kita bukannya 'angels' mahupun pari-pari
Magic sana magic sini ala.. macam kat dalam tv
Sesedap rasa sesuka hati
Menukar, mengelakkan si realiti
Betul, life isn't a fantasy
Of course, mesti ada part yang sappy dan happy
Mahu tak mahu kena jugak diharungi
Buat keputusan itu ini
Kena betul2 confirm dan pasti
Sebab sekali bulatnya hati
Sudah tiada lagi penalti
Untuk kita berpatah kembali
P/s - Happy b'day to Mak Long. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.. Mak Long, jom kita jamming lagi! Aha!

Tuesday, January 27, 2009

Betul.. Tak Tipu Punya!

Tak tahu macam mana nak mula
Satu alkisah yang agak 'gila'
Tak mampu ku berhenti dari terus memikirkannya
Mungkin nanti korang tak percaya
Tapi, ini bukan rekaan semata-mata..

26 Jan 2008 adalah harinya
Semua bercuti menyambut Tahun Baru Cina
Hati gembira tak terkata
Kami sekeluarga dapat berkumpul bersama
Pak Long, Mak Long, Pak Lang semuanya ada
Sepupu sepapat, sedara-mara tak ketinggalan juga
Bukan selalu dapat bersua
Bukan main happy bergelak tawa..

Cadangan berkelah dipersetujui sebulat suara
Nak berkonvoi beberapa biji kereta
Budak-budak menjerit-jerit tanda suka
Yang tua ikutkan saja
Nak buat macam mana
Dah cuti namanya
Tapi, tentang lokasinya bagaimana?
Nak ke Perak, oh agak jauh perjalanannya
Acu kata "Ala, kita pergi yang dekat-dekat saja."
"Sungai Chongkak, bolehlah ya?"
Yang lain tersenyum gembira tanda mengia..

Anak-anak sibuk berbual melayan cerita
Ish.. Membebel-bebel entah apa-apa
Sekali-sekala berjumpa sesama sedara
Hmm.. Macam nilah jadinya
Si Ibu dan Ayah pun join sama
Ingatkan KL saja yang selalu 'jam' cap gila
Laa.. Kat kawasan kampung pun lebih kurang sama
Hadoi, punggung pun dah hampir kematu di dalam kereta
Ibu kata "Ha.. Jangan nak mula."
"Ini semua siapa punya idea?"
"Jangan nak komplen2 segala."
"Duduk diam2 buat taik mata."
Huhu.. Yang lain dah tak boleh nak kata apa..

Habis sesi meredah sesaknya si jalan raya
Sibuk pula nak mencari tempat parking kereta
Hoho.. Matahari dah terpacak di atas kepala
Biasalah, sampai2 pun dah tengahari buta
Fuh.. Ramainya manusia
Ada ke lagi tempat nak 'bertapa'
Cari punya cari, sekali ada
Selesai menghidang, semua bersila
Perut yang lapar memang menyeksa
Meleleh-leleh air liur menahan rasa
Hah, time makan semua tak ingat dunia
Tak pandang dah kiri kanan semua..
Sudah kenyang baru sedar sungai di depan mata
Huish.. Tak sabar2 nak bermandi-manda
Air deras sejuk tak terkata
Huh, itu semua tak payah diambil kira
Yang penting, jom kita bergembira
Tak sempat nak toleh jam mengira masa
Masing2 fokus menikmati keindahan ciptaanNya
Sungguh, waktu itu memang gembira
Kalau boleh nak berhentikan masa
Cheit.. Semua itu anganan saja
Bukankah masa selalu mencemburui kita?

Part yang gila kini tiba
Sekali lagi ku ingin berkata
Ini betul2 dan bukan rekaan semata-mata
Sedang kami bermandi-manda
Tiba2 kedengaran teriakan seorang jejaka
Sambil melambai-lambai tangannya tinggi ke udara
Dalam hati, ingatkan mamat ni tak betul ke apa..
"Tepi! Tepi! Ada *b_bi! Tepi!"

Hah!!!!????
Gila???
Ya!!!!
Memang benar kata si jejaka
Dari jauh kelihatan bangkai *b_bi yang sudah kelabu warnanya
Dibawa dek arus air yang laju tiba-tiba
Kacau! Ini semua memang gila
Kami semua bertempiaran lari mengelakkannya
Cuba bayangkan kalau terkena?
Uish, tak ke naya!
Memang tak terlintas langsung di minda
Si bangkai *b_bi yang muncul entah dari mana
Mengganggu-gugat keceriaan semua manusia
Lebih-lebih lagi buat kami sekeluarga
Bau? Uish, tak payah nak kata
Mana ada bangkai yang wangi baunya..

Ya Allah.. Sungguh kami tak percaya
Perkara ini memang luar biasa
Terjadi buat kali pertama
Ya, ia amat gila!
Sungai yang tadi penuh dengan gelak tawa
Kini suram tiada perenangnya
Ada yang sudah berkemas nak balik agaknya
Dan kami keras tanpa kata
Nak mandi kembali dah tiada selera..
Argh! Hati masih lagi tertanya-tanya
Entah siapa punya kerja ini semua
Bikin havoc, nasib baik tak masuk berita
Hadoi.. Tak tahu nak komen apa
Cuma yang pasti satu perkara
Hari itu takkan dapat dilupa
Segar bugar di dalam kepala
Satu kenangan di luar jangka
Kisah suka duka bercampur gila
Yang kami hadapi di Tahun Baru Cina..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...