Related Posts with Thumbnails

Wednesday, December 23, 2009

Mamak Tu Dah Balik!


Berbulan sudah agaknya
Memendam rasa
Terkilan pun ada juga
Bila lain yang diminta
Lain pula yang diterima
Komplen diadu tak terkira
Puas sudah ku berkata
"Anei, kasi buat sedap punya!"
Macam biasa
Dia menganggukkan kepala
Seminit dua
Anei kembali menatang dulang bersama
Tersenyum lebar sampai ke telinga
Gelas diletak di atas meja
Hati berbunga
Air liur berlumba
Tapi, sempat juga ku membeza-beza
Tona
Warna
Tak menepati pandangan mata
Hati cepat dipujuk dengan berkata
"Argh.. Maybe rasanya okay, tiada cela!"
Tanpa membuang masa
Straw dan lidah bertemu-sua
Aisey, seperti yang telah ku duga
Teh ais yang ku puja
Tak sedap rasanya!
Alahai, anei ni memang sengaja
Ini bukannya kali pertama
Bukan pula sekali dua atau tiga
Entah apa problemnya
Entah mana silapnya
Teh ais yang selalu membuat ku gila
Sudah tidak 'normal' rasanya
Mana boleh krimer susu diganti dengan gula
Habis-lah rosak tekstur, warna dan rasa
Gerangan teh ais yang ku 'order'!
Mogok dilancarkan serta-merta
Nah, hampir 2 bulan lamanya tidak 'pekena'
Konon rindu tapi ditahan saja..

Hari ini kebosanan melanda
Abang dan Kakdik mengajak pula
Untuk 'melepak-lepak' di mamak biasa
Nak tak nak diikutkan jua
Mogok yang ku lancarkan kononnya
Sekadar bertahan buat sebulan dua
Sampai sahaja di sana
Dari jauh si anei2 itu semua
Melambai-lambai tangan ke udara
"Ah moi, apa macam, lama tara sini mari juga?"
Haa.. Tulah siapa suruh buat teh ais pakai gula!
Nasib dicuba
Teh ais juga yang di'order'
Dan akhirnya.. Itu-lah dia!
Rasa
Tona
Warna
Dan segala yang sewaktu dengannya
Segelas teh ais yang dirindu, dipuja
Kembali membisa
Fuh, lega
Apalagi, orderlah lagi dua!
;)
(*Dah lama tak mengada-ngada, bergurindam panjang berjela macam ni! Hahaha..)

4 comments:

  1. fulamak boleh nanti kuarkan teh ais u sendiri u nanti...

    ReplyDelete
  2. Haha.. I wish I could! Hehehe.. :D

    ReplyDelete
  3. seriously mantap la..
    letak patent neyh,
    pstu leh gna wat iklan..
    dpt royalti, kaya woo~
    haha..

    ReplyDelete
  4. Ms. Choco - Ahaha.. Mana ada mantap. Kalau nak guna as a proposal before dibuat iklan pun, sure kena reject awal2. Hehehe.. Anyway, terima kasih banyak2! Haha.. (*kembang) Kikiki.. ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...