Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 24, 2010

A Female Force

Watched the 4-goals-match at a kedai makan filled with so-kepohci-ManU-rivals and sheesh.. Being the ONLY female-ManU-supporter and had the FINAL laugh was the best thing I've had experienced just now! Haha.. Love you tonight, Rooney!
*Kat kampung sekarang and the coverage of using the broadband is killing me half-way! Haha.. Malam ni tidur tak payah pakai gebar / selimut walaupun sejuk sebab my heart is warmed enough. 4 goals by the same dude. Mau tak terharu! Ececece.. :P

Friday, January 22, 2010

Nah.. Hambik!

(Saat ini.. Jantung sedang berdegup kencang hampir 'terkeluar'. Tercungap-cungap macam baru lepas lari pusing satu Old Trafford. Peluh pun belum kering lagi. Ini semua sebab..)
Pukul 2.15 pagi. Rasanya dah berdengkur sampai ke Manchester kot. Plan nak visit Vidic kejap dalam mimpi. Walaupun lampu bilik tidur ni sengaja dibiarkan hidup atas 'sebab2' yang tertentu, maka kejadian gila tadi masih lagi fresh dalam ingatan. Eceh!
Sungguh-lah bernasib baik kalau nak dikirakan pun. Sebab selalunya takde-lah nak berani macam ni. Haish.. Agaknya macam tu-lah kalau orang tengah darurat. Bila dah takde sesiapa yang nak tolong dan akan tolong kita bila di dalam kesusahan, terpaksa-lah kita sendiri yang pandai2 'jaga' diri sendiri. Tapi, kenapa 'dia' suka sangat datang buat kacau? Dah tu, pandai pulak pilih time! Time orang tengah sedap berdengkur dan hampir2 nak berdating dengan Vidic kat kedai mamak around Manchester sana tu! Ces..
Walaupun terasa geli-geliman dan peluh kat dahi ni pun masih belum sempat nak dilap, kira macam bangga pulak kat diri sendiri bila terlihat si 'musuh' kecundang. Padan muka dia sadin tersadai kat celah tisu tu. Dalam tong sampah, to be specific. Haa.. Tulah! Siapa suruh kacau orang tengah berdengkur. Siap terbang2 sana sini. Hinggap2 kat muka pulak tu! Ee.. GELI! Haa.. Hambik!
*P/s - Kepada keluarga, sepupu-sepapat spesis si 'mangsa' atau nama sebenarnya, Mr/Mrs LIPAS TERBANG2 GILA MORON yang telah mati dek kerana libasan maut majalah dari tuan punya blog tu, sila tuntut 'jenazah' di kawasan tempat pelupusan sampah sekitar suka hati korang-lah..
*Okay, nak sambung dengkur balik. Mesti Vidic dah tolong order-kan teh ais kat sana! Hahaha..

Thursday, January 21, 2010

Ceh!

Semalam entah kenapa pulak tiba2 rasa tak sedap badan. Kepala pun macam pening2 langau sikit. Pantang nampak bantal, mesti terasa macam nak landing. Mata dah naik kuyu + layu. Aisey! Ini semua penangan ubat batuk dengan panadol yang selamat ditelan berikutan batuk yang berpanjangan sampai tekak naik sakit! Hahaha.. (Bahasa jiwang-bawang!) Kuikuikui.. Tapi sebelum berdengkur, Ayah dengan Abang dah pesan.. "Kak, pukul 4 nanti jangan lupa bangun. Ada bola."
(Dan pada pukul 4 pagi, sedang Abang dan Ayah syok mengunyah Roller Coaster Cheese dengan Ribena di depan tv..) - Si kakak masih dia dalam mode dengkur tahap tak dengar apa. Kalau bom meletup kat sebelah pun serius tak sedar! Melepas nak tengok Vidic..
Bila dah pagi.. Mood Abang dan Ayah lain macam. Aisey.. Petanda awal berita tak baik. Tanpa lengah, Ayah diserang soalan 'cepumas' oleh si Kakak. "Game semalam kalah ke menang, Yah?" Ayah buat muka sardin. Tanpa suara, dua jari ditangan sebelah kanan ditegakkan manakala satu jari ditangan sebelah kiri juga ditegakkan. Si kakak dah tak sabar2.. "Yang jari dua tu stands for ManU ke ManC?" Jantung macam nak terkeluar dah time tu. Dan keluhan Ayah seolah-olah MENGELUARKAN jantung si Kakak tadi. Haish!
*P/s - Nasib baik tidur waktu game semalam, kalau tak.. Lagi tekak ni bertambah sakit! Terima kasih Panadol dan ubat batuk cap Ibu dan Anak kerana 'suruh' saya tidur awal! Cheit! :[

Sunday, January 17, 2010

Jadi-lah..

During the first-half time and as the game started, rasanya remote Astro yang dipegang tadi hampir2 'lunyai' dek kerana geram punya pasal. During that period of time, rasa macam tengah tengok bebudak ManU main guli kat atas padang. Dan entah kenapa pulak-lah goalie Burnley tu macam over-energetic! Banyak sangat mamat tu save bola! Ceh.. Tambah2 bila tengok si Berbatov tu 'berjoget-joget' kat atas padang tu ha. Haish.. Kurang selera bila tak nampak bayang Vidic dalam 'barisan' defender. And oh, Uncle Van Der Sar was back in action tadi. Huhu.. Lama gila tak tengok pak cik ni main.
Anyway, as time passed by, hati semakin membuak-buak rasa bengang. Dah-lah kejap2 ada preview goal team 'Chelsehem' dengan Sunderland. Haish! Pesta goal diorang malam ni. Haa.. Yang MERAH kat Old Trafford ni macam mana pulak? Takkan nak balik dengan tangan kosong je?
Well, suka tak suka, I'm forcing myself to thank si Berbatov tu sebab he scored the first goal for us. Ehem.. Few minutes later, Rooney was following his track. Susah sangat tengok dia clogged in kan goal tadi. Phew! Nasib baik masuk! Hahaha.. Caya-lah! Then, Fergie suruh Owen ganti masuk si Berbatov, Anderson with Carrick and Rooney was being replaced by Diouf. Masa nak dekat habis, makin banyak cekadak-lah player2 ni semua. Nani main kelam-kabut. Scholes dengan Brown pun lebih kurang je. Haish.. I need my Vidic back! :'(
Sekali lagi tuan punya blog menjerit macam 'orang-gilak' bila si Diouf sumbatkan goal for ManU. Huhu.. Stylo habis goal mamat ni tadi. Ecece.. Mentang2-lah first goal dia untuk ManU-lah katakan. Takpe, nanti tuan punya blog Fed-Ex-kan 2 bungkus teh ais heaven sebagai hadiah untuk dia! Amacam? Hahaha.. :D


*Tuan punya blog jerit banyak sangat tadi. (Ini semua geram dengan Berbatov punya pasal!) Habis-lah jiran sebelah rumah tak dapat nak berdengkur dengan aman. Ehehe.. Sorry!
*Dan oleh kerana ManU menang malam ni, jom kita lipat baju2 yang 'menggunung' kat atas katil tu ha! Hahaha.. :D

Wednesday, January 13, 2010

A Dream Date

Belum pun mula
Bahang cap konon2 malu dah menerpa
Err.. Kali ni nak berkata-kata
Tentang sesuatu yang agak berbeza
Tapi apa bendanya?
Sampai masuk level merah muka segala
Apa-lah halnya?
Argh!
Takpe
Mungkin sekali ni saja
Hal ini dibicara
Tolak tepi perasaan segan silu itu semua
Yang penting hatiku puas berbunga-bunga
Tapi, apakah gerangan perkara
Yang selalu didakwa
Berpotensi memeningkan kepala
Haish!
Bagaimana harus ku mula
Sedangkan ini semua mimpi belaka
Bukan dari realiti asalnya
Namun, kesannya sungguh menyeksa
Biar di dalam dengkur mahupun jaga
Wajah itu masih tersua
Berlegar-legar di ruang mata
Waa!
Masih tak percaya
Adakah ini yang dikatakan 'cinta'
Uhuk!
Terbatuk 'geli' buat seketika
Hahaha..
Semudah itukah definisinya 'cinta'
Sekadar bersua seminit dua
Di dalam mimpiku yang cukup lena
Aku sudah 'terjatuh-cinta'
Terhadap dia yang entah siapa?
Hmm..
Mungkin sekadar mainan tika nyenyak melelapkan mata
Tidak-lah seserius mana
Tapi, mungkin anda tertanya-tanya
Gerangan siapa
Yang muncul sebagai watak utama
Di dalam mimpiku yang konon macam drama
Haish!
Sekali lagi 'malu' menerpa
Haha..
Wajah yang selalu mengganggu lena
Cuma seorang pemain bola antarabangsa
Tidak-lah se-handsome mana
Tapi, dia istimewa
Ee, gelinya!
Hahahaha..
Nemanja Vidic diberi nama
Haa! Ini-lah dia
Yang muncul di dalam lena
Berdiri tersenyum entah dari mana
Tapi, pelik juga
Bila kadang-kala
Sempat juga si Vidic bergaya
Dengan teh ais yang sibuk interframe sama!
Bila terjaga
Baru tersedar bantalku sudah 'berpeta-peta'
Ini semua sebab mimpi gila
Konon je 'jatuh-cinta'
Kat si Vidic tu ha!
Siap minum teh ais pula?
Argh! Mimpi gila! Mimpi gila!
*P/s - Kawan saya ada cakap hari tu yang.. A dream date is always the best. Betul ke? I don't think so 'cause for me, it is super duper BEST! Hahaha.. :D

Monday, January 11, 2010

Dan Sebenarnya..



I've been one of her huge fans since she started introducing her very own, 'Dan Sebenarnya' on YouTube. Her awesome talent in playing some musical instruments mainly guitar is just superb! Love all of her self-composed songs. Dah-lah lawa, suara pulak merdu macam Norah Jones tu ha! Haish, Yuna.. Yuna.. And oh, tadi saya lompat macam orang gila bila diorang announced Yuna dapat 2nd place dalam AJL! Huhu.. Happy for her! Yay..
*And oh.. Guitar Yuna tadi super duper + smart gila + saya dah jatuh chenta kat design guitar tu, okay! Hahaha.. Anyway, congrats Yuna! :D

Sunday, January 10, 2010

10.01.10 (Part I)


Hari ni adalah hari jadi seseorang yang saya sayang dan akan sayang sehingga ke akhir hayat. Seseorang yang tiada galang gantinya. She's the one and only.
There's no better word in this world that I can use to describe how 'super-duper' she is to us.
----------------
Happy birthday, bu!
Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki, sihatkan diri dan selalu happy.
Amin..

From Ayah, Kakak, Abang, Kakdik and Adik..

(*Walaupun ibu selalu marah kitorang sebab malas vacum rumah, we still LOVE you to the MAX! Haha..)

10.01.10 (Part II)

This shall be my first 'report' for ManU game since the new year of 2010 started. Heh.. And I suppose, this report won't 'sound' as nice as it should've been. Ugh.. Serious tension je bila tengok game ManU VS Birmingham tadi. Memang rasa nak gigit2 je remote tv. Haish.. Ingatkan, bila main dalam keadaan bersalji, adalah sikit harapan nak menang. Tapi? Habuk pun tarak! Memang budak2 Merah ni sengaja nak kena 'clorox' dengan tuan punya blog! Haha.. Lama dah tak 'clorox-kan' diorang ni pun. Sebab tu lemak diorang ni jadi tebal! Ee..

Tak ke sikit punya 'cantik' date hari ni (10.01.10)? Tak pernah tuan punya blog tengok game ManU yang 'bersalji'. Haha.. First time hari ni tengok diorang main dalam kesejukan yang extra dari kebiasaannya. Setiap kali diorang inhale and exhale, mesti ada kepulan 'asap' dari mulut dan lubang hidung tu. Ee.. (Macamana pun, I just can't start to delete this frustration sebab draw tadi!) Anyway, macam biasa-lah, yang dapat kad kuning adalah si Rafael, Scholes and Fletcher. And things got even worst bila si Fletcher ni dapat red card for free, few minutes away before the game ended. Haish! Brown dengan Evans defend macam nak tak nak. Bila tengok diorang defend, mula-lah tuan punya blog terasa rindu kat buah hati, si Vidic tu. Mamat ni tak main pulak hari ni. Ceh..
And oh, lupa nak cakap.. Referee kali ni tersangat-lah lorat! Ceh! Sikit2 nak tiup wisel tu. Ee.. Pigi daa..

Rooney pulak, he had so many chances to 'squeeze-in' some goals tapi.. Haish.. Valencia pun satu! Haa.. Ni lagi satu mamat yang tersangat eligible kalau nak masuk dalam kategori player2 malas macam Berbatov. Dia ni suka sangat lengah2-kan masa bila bola ada kat kaki dia. Lepas tu, cara passing pun tak berapa nak accurate. Entah arah mana dia tendang pun tak tahu. Berterabur bola kalau kasi kat dia ni! Argh! Takpe, kejap lagi tuan punya blog akan 'clorox-kan' dia! :P

Kali ni, Evra became the captain. (Love you, Evra! Hehe.. Sempat je!) Giggs masuk during the 2nd half-time, replacing Park's position. Ada satu mamat baru dalam team ManU, came all the way from one of the clubs in Norway. Tak tahu macam mana describe prestasi mamat ni lagi sebab dia main kejap je tadi after being instructed to replace si Scholes. Haish..

Nak marah panjang lebar pun rasa macam bazir masa jugak sebab whatever it is, result of the game was a DRAW! Seri je si ManU dengan si Birmingham tu. A goal for tuan rumah contributed by Jerome, jersey number 10 and as for the Red Devils, tuan rumah jugak yang kasi satu goal sebagai 'hadiah' kepada ManU (own goal from Dann). Haish.. Diorang ni memang-lah..

*Vidic.. Cepatlah balik! :'(

Wednesday, January 6, 2010

Random

(*To the '4-eyed' Suganti di India! Will be missing you like hell, babe!) :'(
Salam + a BIG smile to all..
Last weekend, an unexpected thing happened. Sambil melayan tahap kebosanan yang dah hampir sampai ke level kronik, I played Cafe World. And at the same time, I visited my friend's profile. Tengok je profile pic dia, mata terus berair. Aha! Cheesy je! Haha.. Benyek sangat tuan punya blog ni bila kena 'deal' dengan perasaan rindu towards her best buddy, Suganti. Haha.. (*Haish, suka hati you-lah Suganti kalau nak ketawa depan pc while reading this!) Huhu.. Then suddenly, tergerak hati nak tulis 'status' which sounded like, "To Suganti di India. Jom I belanja you tengok movie with an extra of Big Mac. I wish she could say yes. Miss you so much, amoi!" Dan tak sangka she replied, "Suganti dah ada kat M'sia!" Ek.. At first, ingatkan amoi ni sengaja nak buat prank, but actually she was telling the truth. Huhu.. And on the next day, we dated. Apa lagi kalau bukan kat MidValley tu ha! Hehe.. Dah takde tempat lain agaknya, asyik2 kat situ je! Haha.. But at least, we were spending our time happily after months si amoi ni tercampak kat India sana tu! Huhu.. Alhamdulillah! :D
And yesterday, amoi ni dah kembali 'bertapa' kat India sana. Huhu.. Sedih tu! Sob2! Wish you all the best, babe! Take care and jangan lupa 'bribe' mana2 toke restaurant yang ada jual papadom kat sana. Minta diorang resipi! Hahaha.. :'(

Friday, January 1, 2010

Welcome 2010!


Dedicated to everyone! :D
And today, we're officially entering the brand new year of 2010. And definitely, all of us are hoping for the best in everything which pertains to our future undertakings. InsyaAllah, may those unsettled 'businesses' that we had last year or even last last punya last year can be settled down smoothly and successfully this year. Amin!
And oh.. Tak lupa jugak for the Red guys kat Old Trafford sana. Thanks a lot for the 5 goals 'collected' from the Wigan dudes that day! Hahaha.. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...