Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 31, 2009

Okay..

Salam all..
Aha! An update after a short break. Huhu.. Not a short break actually, it's just that I've been quite occupied with my daily routine. So far, alhamdulillah.. The 'OKAY' aura is on my side and yeah to be honest, I kinda like being in this way. Busy.
Before this, I tend to update Blogxygen oftenly, ym and YouTube'ing most of the time. Aha! Mamak teh ais! 'Agak' lama tak jumpa jugak. Haha.. I mean, during weekdayslah. I won't be able to ENJOY the heaven teh ais too often like before. Tapi, takpe.. Sebab sekarang ni dah masuk musim DURIAN! Hahaha..Gong Xi Fa Cai mood plus demam limau mandarin + sakit perut hari2 sebab hentam limau banyak sangat dah pun berakhir. Haha.. Bila difikir-fikir balik, there were so much things had happened during this Chinese New Year. From a 'crazy' picnic at Sg. Chongkak, attacking the durians kat tepi jalan on the way balik ke KL, barbeque di Gombak, ayam panggang cap Afrika yang not bad rasanye cuma colour saje yang hitam legam dan jamming ala2 Concert Hotel California. Haha.. Great moments!
And oh.. Glad that the boys are on the top of the list so far! Hahaha.. Gila best! *hi-5 amongst my ManU buddies who's reading right now. Eceh! Glory2, Man Utd! Weehaa..
Dan akhir sekali..
January, dah pergi
February dah mari
Detik demi detik masa berganti
Sikit pun tak kita sedari
Macam2 yang dah dilalui
Macam2 juga yang keluar bila diselongkar cari
Beginilah hidup sehari-hari
Tak dapat nak elak tak dapat nak lari
Ya, kita bukannya 'angels' mahupun pari-pari
Magic sana magic sini ala.. macam kat dalam tv
Sesedap rasa sesuka hati
Menukar, mengelakkan si realiti
Betul, life isn't a fantasy
Of course, mesti ada part yang sappy dan happy
Mahu tak mahu kena jugak diharungi
Buat keputusan itu ini
Kena betul2 confirm dan pasti
Sebab sekali bulatnya hati
Sudah tiada lagi penalti
Untuk kita berpatah kembali
P/s - Happy b'day to Mak Long. Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.. Mak Long, jom kita jamming lagi! Aha!

Tuesday, January 27, 2009

Betul.. Tak Tipu Punya!

Tak tahu macam mana nak mula
Satu alkisah yang agak 'gila'
Tak mampu ku berhenti dari terus memikirkannya
Mungkin nanti korang tak percaya
Tapi, ini bukan rekaan semata-mata..

26 Jan 2008 adalah harinya
Semua bercuti menyambut Tahun Baru Cina
Hati gembira tak terkata
Kami sekeluarga dapat berkumpul bersama
Pak Long, Mak Long, Pak Lang semuanya ada
Sepupu sepapat, sedara-mara tak ketinggalan juga
Bukan selalu dapat bersua
Bukan main happy bergelak tawa..

Cadangan berkelah dipersetujui sebulat suara
Nak berkonvoi beberapa biji kereta
Budak-budak menjerit-jerit tanda suka
Yang tua ikutkan saja
Nak buat macam mana
Dah cuti namanya
Tapi, tentang lokasinya bagaimana?
Nak ke Perak, oh agak jauh perjalanannya
Acu kata "Ala, kita pergi yang dekat-dekat saja."
"Sungai Chongkak, bolehlah ya?"
Yang lain tersenyum gembira tanda mengia..

Anak-anak sibuk berbual melayan cerita
Ish.. Membebel-bebel entah apa-apa
Sekali-sekala berjumpa sesama sedara
Hmm.. Macam nilah jadinya
Si Ibu dan Ayah pun join sama
Ingatkan KL saja yang selalu 'jam' cap gila
Laa.. Kat kawasan kampung pun lebih kurang sama
Hadoi, punggung pun dah hampir kematu di dalam kereta
Ibu kata "Ha.. Jangan nak mula."
"Ini semua siapa punya idea?"
"Jangan nak komplen2 segala."
"Duduk diam2 buat taik mata."
Huhu.. Yang lain dah tak boleh nak kata apa..

Habis sesi meredah sesaknya si jalan raya
Sibuk pula nak mencari tempat parking kereta
Hoho.. Matahari dah terpacak di atas kepala
Biasalah, sampai2 pun dah tengahari buta
Fuh.. Ramainya manusia
Ada ke lagi tempat nak 'bertapa'
Cari punya cari, sekali ada
Selesai menghidang, semua bersila
Perut yang lapar memang menyeksa
Meleleh-leleh air liur menahan rasa
Hah, time makan semua tak ingat dunia
Tak pandang dah kiri kanan semua..
Sudah kenyang baru sedar sungai di depan mata
Huish.. Tak sabar2 nak bermandi-manda
Air deras sejuk tak terkata
Huh, itu semua tak payah diambil kira
Yang penting, jom kita bergembira
Tak sempat nak toleh jam mengira masa
Masing2 fokus menikmati keindahan ciptaanNya
Sungguh, waktu itu memang gembira
Kalau boleh nak berhentikan masa
Cheit.. Semua itu anganan saja
Bukankah masa selalu mencemburui kita?

Part yang gila kini tiba
Sekali lagi ku ingin berkata
Ini betul2 dan bukan rekaan semata-mata
Sedang kami bermandi-manda
Tiba2 kedengaran teriakan seorang jejaka
Sambil melambai-lambai tangannya tinggi ke udara
Dalam hati, ingatkan mamat ni tak betul ke apa..
"Tepi! Tepi! Ada *b_bi! Tepi!"

Hah!!!!????
Gila???
Ya!!!!
Memang benar kata si jejaka
Dari jauh kelihatan bangkai *b_bi yang sudah kelabu warnanya
Dibawa dek arus air yang laju tiba-tiba
Kacau! Ini semua memang gila
Kami semua bertempiaran lari mengelakkannya
Cuba bayangkan kalau terkena?
Uish, tak ke naya!
Memang tak terlintas langsung di minda
Si bangkai *b_bi yang muncul entah dari mana
Mengganggu-gugat keceriaan semua manusia
Lebih-lebih lagi buat kami sekeluarga
Bau? Uish, tak payah nak kata
Mana ada bangkai yang wangi baunya..

Ya Allah.. Sungguh kami tak percaya
Perkara ini memang luar biasa
Terjadi buat kali pertama
Ya, ia amat gila!
Sungai yang tadi penuh dengan gelak tawa
Kini suram tiada perenangnya
Ada yang sudah berkemas nak balik agaknya
Dan kami keras tanpa kata
Nak mandi kembali dah tiada selera..
Argh! Hati masih lagi tertanya-tanya
Entah siapa punya kerja ini semua
Bikin havoc, nasib baik tak masuk berita
Hadoi.. Tak tahu nak komen apa
Cuma yang pasti satu perkara
Hari itu takkan dapat dilupa
Segar bugar di dalam kepala
Satu kenangan di luar jangka
Kisah suka duka bercampur gila
Yang kami hadapi di Tahun Baru Cina..

Saturday, January 24, 2009

A.. Ward?


An award..
Courtesy to this dude.. a6statik
First of all, I would like to thank Mr. a6 for awarding me this err.. 'Cute's Blogger Award'.. I was shocked to be honest when I first saw about this posted in his blog. Haha.. Rasa terkejut. Rasa nak ketawa ada. Rasa nak senyum for 3 hours pun ada jugak.. Huhu.. An award for me, a new blogger and she's still 'chikai' in this blogging thingy.. Anyway, many thanks, dude.. Appreciate it a lot.. ;D
(Dari Mr. a6) -Peraturan untuk menerima award ialah:
1. Copy badge '2008 Cute's Blogger Award' di atas untuk diletakkan di blog anda.
Okay.. Done..
2. Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
He's Mr. Areef from Brunei.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya. (anda-di-tag)
-Female
-Gila teh ais
-ManU supporter
-Hari2 KENA makan kalau nak stay alive
-A 'chikai' guitar player
-Disliking Berbatov (Hehe..)
-Still single only for this 2 dudes, Vidic & Potter (Weehaa!)
-A big sis to 2 brothers and a lil' sis
-Sleeps a lot
-A 100% cockcroaches hater!
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
-Ms. Puspa
-Ummi Sarra
-Venise
-Susu
-Rebecca
-Branson Melaka
-You
-You
-You
-Vidic (Hehe..)
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.
Alrite! ;p

Just A Minor Sorry..

Salam all..
Aha! Maybe this post would be a relief for those who have been reading this 'chikai' blog of mine. Hehe.. Why? Lately, I've been rambling and 'highlighting' too often about The Reds. (Saya rasalah.. Huu..) Ehem2.. Takkan tak kenal kot? Huhu.. A minor sorry to you guys who've been annoyed by those kind of posts (OxyteaManU)..
Why minor? A non-complete apology and it's so sudden. Hehe.. Macam dah tak betul je budak ni, kan? Huhu.. Don't worry, saya masih lagi okay dari segi mental dan fizikal. It's just that, these past few days I've been so 'occupied' with un-easy things and that resulted me to become a lazy blogger here. Lately, there's so many things came up at one time. Buat saya rasa nak telan 3 gelas teh ais dan juga gelasnya sekali. Alaa.. Taklah kronik pun 'task' tu.. Eceh!
The tendency for me to ramble about Manchester United lately ni, semakin meningkat. Yelah, game ManU hampir 3 kali seminggu. Nak buat macam mana.. Huhu.. Bila otak dah separuh beku, there's nothing in my head to be 'poured' as a post in this Blogxygen. All I can do (post) is about Manchester United (so far) and usually the happy/gila geram/bengang/dissapointment that I feel after I watch every game, akan di'post' straight away. Haha.. Mungkin sebab otak time tu dah 'refresh'.. Huhu.. Secara tak langsung sejak kebelakangan ni mungkin saya dah terlalu banyak membebel pasal ManU and this thing might annoy the non-ManU. Oleh itu.. A minor sorry from me even maybe you wouldn't need it that much.. Hadoi! Memang sah tuan punya blog ni kekurangan kandungan teh ais di dalam DNAnya sekarang! ;p
And oh, one more thing.. saya dah lama tak post pic teh ais! Hahaha.. Gila rindu kat teh ais hari2! Huhu.. Eik, jangan salah faham ye, adik2.. teh ais mamak, bukan mamak teh ais. Uish, jauh maknanya tu.. Hihi.. A minor sorry from me plus a glass of teh ais for you guys sebab saya 'termalas' updating Blogxygen lately ni. Huhu.. Sila2.. Jangan malu2.. ;D

*P/s - To my primary + secondary schoolmate + a best friend + a good listener + non-ManU supporter (Ceh!).. Mubarokah aka Bulat.. HAPPY BELATED B'DAY, babe!

Wednesday, January 21, 2009

A Sweet Revenge!

Hari tu.. sigh
Hari ni.. Tak nak cakap banyak. Cuma nak jerit je..

WEEEEEEEEEEHHHHHHHHHHAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!

Tuesday, January 20, 2009

'Attagged' From Brunei..

To be honest, I've never been to Brunei before and actually I wanted to. Hehe.. Don't know when.. But lucky me, I kinda 'be-informed' about how the state is like via this dude especially. Visit him here, a6statik. He's Mr. Areef aka a6 from Brunei. (So, to all my girlfriends out there.. Watch out, he's single! Hehe..)
And yesterday, he tagged me! Or in the other words, he kinda 'attacked' me with some questions.. Ceh.. (a6, you ni kan.. Nak kena cubit ni! Hihi..) Okay.. Nasib baiklah this dude is a ManU supporter, kalau tak.. Hehehe.. This would be the 2nd time I've been tagged. And this is the previous one, The 1st tag.
The 2nd tag begins..

1. Where were you 3 hours ago?

Mamak restaurant. Like usual, teh ais! Weehaa..


2. Who are you in love with?

Err.. My 'manja', Nemanja Vidic and Harry. I mean, Mr. Potter. (*blushing)


3. Have you ever eaten a crayon?

Never. But hey, good idea! I can have a try by dipping it in a glass of teh ais! Huhu..

4. Is there anything pink within 10 feet of you?

My 'post-it-note', hair comb and most of all.. My bedroom wall!

5. When is the last time you went to the mall?

Last Sunday.

6. Are you wearing socks right now?

I am! Tiba-tiba demam pulak ni. Ceh.. What a coincidence question! ;p


7. Do you have a car worth over $2,000?

That car.. Err.. Berbatov pinjam dan tak nak pulangkan. Hehe..

8. When was the last time you drove out of town?

Recently. But WEIRD.. Cause the stering was at the back seat where I usually sit. Hihi.. (konon2!)

9. Have you been to the movies in the last 5 days?

Nope. YouTube je..

10. Are you hot?

Hot? Nope! Super duper hot is the right description for me. Kihkihkih..

11. What was the last thing you had to drink?

Err.. You mean, I HAD TO? Oo.. That would be my saliva.. I 'drink' it most of the time.. =p

12. What are you wearing right now?

T-shirt and pants. But.. Do I need to mention the inner part? ;p

13. Do you wash your car or let the car wash do it?

Nope. I cuci my 'car' at the sink je..

14. Last food that you ate?

Roti canai + papadom + teh ais = Hehe.. Just came back from the mamak! ;p

15. Where were you last week at this time?

My bedroom.

16. Have you bought any clothing items in the last week?

Clothes, nope. Cap, yeah!

17. When is the last time you ran?

Last Saturday, at Reebok Stadium. Penat berlari satu padang and battling with Bolton. Eceh!

18. What's the last sporting event you watched?

ManU vs Bolton. Hehe.. Bola je..

19. What is your favorite animal?

I don't have any favourite sebab saya takut! Hehe..

20. Your dream vacation?

Every state in the world, perhaps.. Baru complete!

21. Last person's house you were in?

Err.. My mom and dad's house. But, that would be my home too! Ceh..

22. Worst injury you've ever had?

I broke my collar bone during my self-defend class and I had to stay at home for almost 2 months. Tak pergi sekolah pun waktu tu. Sakit woo..

23. Have you been in love?

Aisey.. Love question! Err.. Pernah, but further details about it you can ask my ex, Fletcher.. Huahua..

24. Do you miss anyone right now?

Aha! I miss Evra.. Hey, betul2 ni! ;p

25. Last play you saw?

On the field - Liverpool vs Everton..

Out of field - Anuar Zain's singing..

26. What is your secret weapon to lure in the opposite sex?

It won't be a secret weapon anymore if I tell you, right? (*wink)

27. What are your plans for tonight?

Keep myself busy right now so I won't feel sleepy. Hey, I don't wanna miss the ManU vs Derby match at 4 o'clock am later! Hehe..

28. Who is the last person you sent a MySpace message or comment?

No one 'cause I blog most of the time.. =p

29. Next trip you are going to take?

Old Trafford. To watch the ManU vs Derby game. Huhu.. Tipu!

30. Ever go to camp?

Yup! It's cool..

31. Were you an honor roll student in school?

(*blushing)

32. What do you want to know about the future?

Future? In my opinion, it meant to be a surprise for all of us and best remains unknown.. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

33. Are you wearing any perfume or cologne?

Yup! What about deodorant? Hihi.. Tak nak tanya ke?

34. Are you due sometime this year for a doctor's visit?

I usually became a doctor to my own self everytime I get sick. And today, I'm a doctor again sebab tiba2 terdemam pulak ni! Ceh..

35. Where is your best friend?

Wait.. I'll call and ask where she is..

36. How is your best friend?

I'm gonna ask her this too.. Heh..

37. Do you have a tan?

Ek? No needlah.. I'm tanned enough, I guess..

38. What are you listening to right now?

Corrine Bailey Rae - Enchantment

39. Do you collect anything?

Yeah! Guitar picks. And oh.. I collect money too! Hihi..

40. Who is the biggest gossiper you know?

So far, Kakdik. She's my lil' sis. Hehe.. Don't tell her this! =p

41. Last time you got stopped by a cop or pulled over?

Hehe.. Never2! I'm a gold-hearted person so I don't do crimes.. Hehe.. (*smiling naively)

42. Have you ever drank your soda from a straw?

Soda? Teh aislah!

43. What does your last text message say?

Huh? =D

44. Do you like hot sauce?

Hot sauce for hot persons only. I ain't hot but super duper hot, remember? Kihkih.. Kita samalah a6! Tak tahan pedas. Nanti perut 'meletup'! Hehe..

45. Last time you took a shower?

Yesterday.. Heh, esok pagi saya mandi lagilah! Huhu..

46. Do you need to do laundry?

Laundry is to be done by hardworking people. I do the laundry. Meaning, I'm hardworking! Kihkihkih..

47. What is your heritage?

Ek? 'Takkan Melayu hilang di dunia'.. I guess! Hehe.. Cincailah.. =p

48. Are you someone's best friend?

Aha.. But never to Berbatov, okay..

49. Are you rich?

Tak kaya.

Tak miskin.

50. What were you doing at 12 am last night?

Attacking the roti canai! Heaven!

51. 5 persons that you're gonna tagged?

-Alex Ferguson

-Park

-Van Der Sar

-The teh ais mamak.. Huhu..

-And Berba.. Ops! Never mind..

Sunday, January 18, 2009

1 Goal = Sakit Tekak!

Manchester United VS Bolton
Result.. 1 - 0
Argh! The game was pretty 'crazy'. Geram je.. Nasib baik goal! Ceh.. The winning goal was contributed by a combination between Tevez and Berbatov. (Sorry.. But, he's still a *mangk_k ayun to me! Heh..) Last minute goal and it was like Phewww! Relief gila! Huhu..
Di depan tv, dah puas ku memekik, memekak.
Mula2 takde mood langsung nak gelak.
Hampir2 si remote tu dicampak-campak.
Bila tengok bola perangai macam separuh memberontak.
Tak tinggal sesi melompat, menghentak.
Bukan reti nak duduk diam buat style "Ah, lantak!"
Memang tak ingat dunia itulah trademark.
Ibu geleng kepala melihat si anak.
Nak buat macam mana dah ini gayanya rentak.
Menonton game si MERAH yang memang gempak!
Geram je bila tengok si Berbatov yang malas berdiri terpacak.
Masih ke hulu-hilir bola disepak.
Sempat bertanya di dalam hati jugak.
Apasal si sepet yang rajin, Park.
Kali ni tak main pulak?
Nasib baik ada Van Der Sar dan Vidic yang tak kurang kacak.
Kalau diorang takde rasa nak melalak-lalak.
Kepada merekalah harapan ditunggak.
Nak harap si Berbatov, ceh.. berlagak!
"Sorry, Berbatov.. Saya memang tak suka kat awak!"
Semakin hatiku berasa cuak.
Semakin api cemasku marak.
Melihat bola bergolek laju diarak.
Oleh si Tevez yang masih belum sain kontrak!
Berbatov menanduk nasib kepala tak retak.
Eleh.. Kalau retak pun okay jugak!
GOAL! Time nilah ku sakit tekak!
Mungkin sebab banyak sangat memekak.
Di ruang tamu tempat melepak.
Pak Teh, si penyokong Liverpool dah buat2 pekak.
Barangkali melayan hati yang bengkak.
Tadi sibuk dia mengagak-agak.
"Ha.. Ni Pak Teh rasa, diorang ni masak!"
Ceh.. Sekarang siapa yang kena asak?
Hati gembira dah boleh tergelak.
Sikit pun tak kisah walau ku sakit tekak..
Apalagi.. jomlah pergi mamak!

To my ManU buddies.. Weehaa! Glory.. Glory.. Manchester United!
(Psst.. Girls, ehem.. like me.. tak patut tengok bola style macam lelaki tengok bola. Betul ke? Ee.. Bukan sama je ke? Nak share macamana style you guys tengok bola pulak, okay? ; )

Friday, January 16, 2009

They Won.. But I Slept..



15th Jan 2009, at old Trafford. There was a game between ManU against Wigan Athletic.

During the first half time..

My eyes were still widely open and so did my mouth.. Hehe.. Macam biasalah, pot-pet-pot-pet in front of the tv. Belum pun sempat tarik nafas, si Rooney dah sumbatkan satu goal! Weehaa! It happened so FAST! And that goal may be considered as the earliest goal ever in this season match! Cool, huh?

Then, I started to feel that the time went so slow. Mata pun dah kuyu layu. Game tak habis lagi ni. Si Rooney dah keluar and Tevez replaced him. Ceh! Bila nak habis ni? Perasaan bila tengok game kali ni tak berapa cuak sangat like I felt during the last game against Chelsea. Haha.. Bukannya apa.. Sebab dah awal2 buat prediction yang ManU will win this game.. Hehe..
During the 2nd half time..
Okay! Dah sampai Old Trafford.. Pergi ambik chewing gum from Alex Ferguson kejap..
P/s 1 - The RED colour sentence means that I've a lready slept at that moment.. Heh! Leaving the tv on and a loud snore in the sofa.. Tertidur daa.. Ceh!
P/s 2 - ManU menang and currently in 2nd place! Yay3!

Wednesday, January 14, 2009

Fuh..!


Salam all.. (P/s - You may skip reading this post if you want.. ;)

For countless time, I sigh again.. Urgh! Hate myself for being that way. Oh well.. Life's like a roller-coaster ride, huh? There are times that we'll be in a good and bad mood. I guess, today would be a turn for a BAD mood to conquer my brain and all. Hehe.. Bunyi macam budak ni dah tak betul je, kan? ;D

Pic above. I like that a lot! Seriously it brings a BIG grin upon my face when I look at it. I took this pic last Sunday. Haha.. On my 'Fuh..!' day, today, this 4 boys 'accidentally' cheer me up..

From left: Aziz (my lil' cousin bro), Azrul (my youngest bro), Fariz (my nephew) and Izzat (my lil' cousin bro). They looked so HAPPY at that moment and I wish I could 'steal' the happy aura from them to 'fix' my emo level today.. Ceh..

I've had a quite 'challenging + lunatic' day (today). As a result, a bucket of unpleasant things to be considered is messing up my mind right now. Then suddenly I heard a voice within saying that, "Hey.. Bukan senang nak senang, kan? Sabar.. InsyaAllah, He'll help.."

I freezed and no words coming out from my lips, the 'usually-a-talking-machine'.. Betullah.. Kena sabar.. Banyak2!
I feel bad today 'cause I lost my guitar pick (I love that pick a lot!), one of my guitar strings terputus pulak (gila geram!), tired, 'some' thing came up (heh.. tak perlu cakaplah..), big headache and I lost my WALLET! (part yang best, bila dah nangis2, peluh2 mencari, that wallet tiba2 muncul dengan 'magic'nya..) Dahlah time tu tengah nak bayar sesuatu kat kaunter! Tebalkan muka and run! Ceh! *mangk_k tingkat mana yang nak buat PRANKS ni, huh? Ish.. Nak beli punching bag sekarang jugak..!
Fuh..!
Err.. Excuse this loony post, you guys.. My brain is kinda lack of oxygen and teh ice now.. Heh.. That's why jadi macam ni.. ;p

Monday, January 12, 2009

Jom Jerit Sama-sama!!!



Tak tahu nak kata apa..
Memang happy gila-gila..
Segala sajak dikarang tadi dalam kepala..
Hilang terus entah ke mana..
Lupa! Lupa! Lupa!
Hari ni mungkin tak sempat nak mengada-ada..
Ek.. Sebab mood baik hmm.. bolehlah cuba!
Hahaha..
Bermula..
Jiwa kini berbunga ceria..
Tangan ni pun menggigil, tak tahu kenapa..
Ish.. Bahaya! Bahaya!
Ini semua bersebab, berpunca..
Haha.. Kalau tak cakap pun, dah tahu apa dia..
ManU baru balik dari berlaga..
Dengan si BIRU yang tak kurang hebatnya..
Aha! Gembira! Gembira!
Sekali 3 goals dibedalnya mereka..
Sekadar O buat si BIRU merana..
Vidic, Rooney, Berbatov si 'pahlawan' setia..
Jaring bergegar bila bola menggila..
Huh! Yang tukang tengok pun sama je gilanya..
Menjerit-jerit tak ingat dunia!
Habis sofa dihenyak sama..
Ugh.. Memang dah tak peduli itu semua!
Yang penting, gembira.. Gembira..
Kalau hari tu berkotak tisu yang kuminta..
Kini, tak payah baldi buat tadahan air mata..
Cuma nak you guys yang sedang mambaca..
Jom kita jerit sama-sama!!!!!!!!!!!
Glory.. Glory.. Manchester United!
To my ManU buddies.. Ayah, Angah Kamal, Mummy & Daddy Zoe, Mr. MG, Mr. Areef, Mr. Branson, Mr. Bulans, Ms. Puspa and others.. Jom jerit kuat2!!! =p
Psst.. Excuse myself from being this 'looonnnyyyyy'.. Hehe.. Bukan apa, happy overdose ni! =D

Saturday, January 10, 2009

Today, We're Famous!

Salam all..
Yeah! Hari ni memang hari famous. I mean, for my family and I lah.. Famous yang macam mana tu? Ada masuk tv ke? Ke masuk paper? Tak pun, di YouTube? Eceh..
Around 1 o'clock in the afternoon, hari ni, kami sekeluarga sedang khusyuk melayan tv di ruang tamu. Then suddenly.. BANG! Oh.. oh.. Ini mesti kanopi rumah telah menghempap kereta manja kami macam dulu2! Alamak..! Tragedi lama berulang kembali..! Huish.. Sounds dramaticlah sikit, kan.. Hihi..
Kami semua lupakan tv dan macam berjanji pulak untuk serentak bangun menuju ke ruang depan rumah. Laa.. Accident rupanya! Ayah keluar dari gate dan cuba check keadaan si driver atau penumpang lain yang mungkin cedera dalam kereta tu.
"Eik! Takde oranglah.." kata Ayah siap dengan muka cuaknya. Kami yang lain2 pun cuak jugak sebenarnya. Aduh! Siapa pulak yang drive kereta ni. Takkan hantu kot? Atau si Invisible Man mungkin? Ish.. Tak masuk dek akal langsung! Siapa punya kereta ni!!!!!
Part famous yang dimaksudkan tadi ialah.. Semua orang, I repeat.. SEMUA ORANG! Tak kiralah yang bawak kereta, bawak kereta baby, bawak basikal, bawak motor, bawak kaki, eh.. jalan kaki akan memandang ke arah kami berenam yang steady berdiri kat depan rumah. Eleh! Apa pandang2? Siap berhenti sengih2 pulak tu! Ceh.. Sekeh karang..
Ayah check lagi kereta tu. Sah2 tiada driver or even passenger. Alhamdulillah.. At least no one is hurt. Check dan check lagi.. Laa.. Rupanya, si tuan punya kereta tak tukar gear P (parking).. Selambe je tarik hand break and keep the gear at 'N'.. Hadoi! So, kereta yang sebelumnya diparking lebih kurang 250m di pinggir jalan telah laju menuruni jalanraya yang agak curam. (One way dan atas bukit). Yang pelik, pandai pulak kereta tu aim port nak 'BANG'! Fuh.. Nasib baik hanya kena kat 'tembok' peti surat + bilik sampah yang kebetulan berada di tepi gate rumah kami.. Kalau kenalah kereta comel kami, hmm.. Mintak ganti balik dengan Volkswagen Beetle! Huahua..
Sampai sekarang pun, owner kereta tu tak ambil lagi kereta dia. Ada lagi kat depan tu hah.. Tersadai dengan bangganya.. Hehe.. Jahat! Baru je lepas Abang Polis datang rumah. Goncang gate rumah macam nak roboh. Aha! Ni mest nak mintak autograph.. =p
Then, Ayah, Abang dan Kakdik keluar.. Uish, berani minah ni buat 'report-tak-rasmi' kat Abang Polis tu. Lupa terus kat Ayah dan Abang di sebelah! Huhu.. Semangat waja je style dia macam tengah baca sajak. Ayah dan Abang dah tak boleh nak cakap apa.. Hihi.. Pot-pet-pot-pet.. Abang Polis tu pun chow sambil tergelak-gelak besar dengan kawan dia yang sorang lagi tu. Cuba tanya dia kenapa..
Kakak - "Kakdik cakap apa kat dia?"
Kakdik - " Cakaplah.. Kereta yang terjungkit kat depan tu bukan kereta kita tapi kereta orang lain. Tiba-tiba je tadi dia (kereta) datang 'turun' ke rumah kita. Lepas tu, letak gear tak betul. Hand break tarik pulak."
Dengan semangat lagi Kakdik berhujah. Kami menahan gelak. Uish.. Dia tengah emo tu, bahaya! Hehe..
Masuk ni, hampir 20 orang datang ketuk pintu rumah sebab nak tanya "Kenapa dengan kereta tu?, "Accident ke?".. Ceh.. Kepoh je! (Heh, sorry..) Yelah, bila dah tanya2, terus chow macam tu je.. Ish2.. Famouslah kami sefamily.. Bila Ayah siram bunga tadi, macam biasalah.. Berderet kereta berhenti sebab nak tengok. Err.. Bukan tengok style Ayah siram pokok! Tapi tengok kereta tulah! Haha.. Ish2.. Bila pandang kereta tu, mesti diorang tengok rumah kami. Tadi, bila saya ambil gambar kereta ni, kereta yang lalu lalang siap hon2 lagi! Ceh! Yang berhenti tu, jangan cakaplah.. Ugh..!
Susah jugak jadi famous ni! Hehehe.. Oh yeah! Mungkin kejap lagi, Karim Singh Wolia (tv35) akan datang rumah buat interview. Bukan Karam Singh Walia (tv3) ye, adik2.. Err.. Saya nak siap2 dulu! Hehe.. Bye!



This is the car that accidentally makes us (my family) famous today.. Huhu.. ;D

You're My Oxygen..


I Wont Last a Day Without You - Carpenters
Day after day, I must face a world of strangers
Where I don't belong, I'm not that strong
It's nice to know that there's someone I can turn to
Who will always care, you're always there..
When there's no gettin' over that rainbow
When my smallest of dreams won't come true
I can take all the madness the world has to give
But I won't last a day without you..
So many times when the city seems to be
Without a friendly face, a lonely place
It's nice to know that you'll be there if I need you
And you'll always smile, it's all worthwhile..
Touch me and I end up singing
Trouble seems to up and disappear
You touch me with the love you're bringing
I can't really lose when you're near
When you're near, my love..
If all my friends have forgotten half their promises
They're not unkind, just hard to find
One look at you and I know that I could learn to live
Without the rest, I've found the best..

*I would like to dedicate this special post to my IBU. This song from Carpenters which is one of her favourites kinda represents my feelings as a daughter to a great.. great IBU I've ever had..

HAPPY BIRTHDAY to..

A charming woman, a mother who never runs out of love, an awesome chef in the house and most of all.. The one who's like the major oxygen of my family.. Without her, I would never know what oxygen or even clorox really is and probably won't end up being who I am now.. Plus, perhaps I won't be able to be an 'oxygen-me' here! Hehe.. (Ehem.. Cause she pays the internet bill! =p)
A person who has all the descriptions stated above, IBU.. Again, a HAPPY BIRTHDAY wish from the rest of us here.. Ayah, Kakak, Abang, Kakdik & Adik..
*Psst.. Kenal siapa baby yang kat dalam gambar (atas) tu tak? If you guys guess it right, one glass of teh ice + satu mangkuk penuh papadom, boleh? Hihi.. ;D

Thursday, January 8, 2009

*sigh..

*Before I start this post, please allow me to have a LONG sigh here..
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
*Heh.. Geez.. Thanks for waiting.. =p
Argh! Kecewa sungguh kurasa..
Match tadi langsung tak ada apa..
Lompat2, jerit2 macam orang gila..
At least scorelah satu mata..
Tapi, langsung tak ada!
Sepanjang game tadi..
Mulut dan tangan sama menari..
Apa orang nak kata memang dah tak peduli..
Selambe memekik di pagi hari..
Bila cuak ku gigit jari..
Bila tension ku hentak kaki..
Bila geram ku bebel lagi..
Yang jadi mangsa si remote tv..
ManU vs Derby County..
Game yang memang menyakitkan hati..
Tambah2, bila si Commons berlari..
Sempat saja satu goal dicuri..
Argh! Semakin kecewa lagi dan lagi..
Rasa nak sekeh2 si gerangan goalie..
Apasal Kuschszack yang jaga goal kali ni?
Si Van Der Sar ke mana pergi?
Tak pasal2 kalah begini..
Wisel ditiup si referee..
Tanda first half mengakhiri..
Argh! Rasa kecewa tak hilang lagi..
Eik.. Krak-kruk-krak-kruk 'dia' berbunyi..
Terhenti sekejap bebelan tadi..
Tangan meraba sana dan sini..
Oh.. rupanya ini!
Perutku menyanyi minta diisi!
Ayah tersandar di sebelah sisi..
Heh.. Sama jugak melayan hati..
Bengang + kecewa barangkali..
Terus dia bangun membancuh kopi..
Si anak pula menawar diri..
"Yah.. Nak makan maggi?"
Sekadar menegak ibu jari..
Siap order "Kak, ayah nak yang kari!"
"Okay" sepatah tanda kuturuti..
Game tadi bersambung kembali..
Walau mata fokus di tv..
Mulut laju menyumbat maggi..
Berasap-asap air kopi..
Sama berasap di dalam hati..
Asyik membebel "Bila nak goal ni?"
Argh! Selera nak makan terus mati..
Eik.. Mangkuk licin tak sedar diri..
Aha! Hati berbunga melihat Rooney..
Ronaldo sama menampilkan diri..
Membebel lagi tanpa henti..
"Hah! Ada chance ni!"
Masa demi masa sudah berganti..
Apasal tak goal2 lagi?
Argh! Makin membara marah di hati..
Ni mesti sebelum main tak cuci kaki!
Harapkan pagar, pagar makan padi..
Apa nak jadi?
ManU vs Derby terus berlaga..
Cuak + cemas penuh di dada..
Semua menanti tanpa kata..
Semakin hampir tamatnya masa..
Semakin kuat volume suara..
Lompat2, jerit2 tengah malam buta..
Argh! Memang dah tak boleh nak fikir apa!
Bola disepak ke sini sana..
"Oit! At least scorelah satu mata!"
Tapi, itu semua anganan saja..
Sebab akhirnya..
Si Derbie pulang dengan gembira..
Banggalah diorang dengan satu mata!
Ceh! Buat penat je berjaga..
Tengok match yang habuk pun tak ada!
Hah.. tengok! Kan, dah mengada-ada..
Berjiwang bawang bermadah pula..
Bila bengang macam nilah jadinya..
Ceh! Lebih baik buat taik mata!
*Heh.. Sorry.. Excuse myself for being this way. Huhu.. To all my ManU buddies, "We should pray more for the next game (against Derby too..) which will be held at Old Trafford soon.." Argh! Can someone tell me how can I reduce this bad feeling outta my head? Geez.. I need some teh ais now.. Mamak!!!!!!

Monday, January 5, 2009

Aha...!

Salam all..

Tonight, I can have a calm sleep + a lil' bit of sweet dreams.. Eceh! Reasons why? Alaa.. Tak cakap pun maybe you guys dah tahu, kan? (*wink) Everytime I post a ManU logo on top of my entry, there must be a ramble (bebelan) about it. Hmm.. Sorry, to non-ManU supporters who might be reading this.. Haha..

A match between Southampton against ManU just over. Aha! Happy gila ni.. Huhu.. Because they won 3-0 during that game. It was the 1st ever ManU game in 2009 and they walked home happily with a victory! Yeehaa!

ManU players (1st & 2nd half time)..
G.Neville (captain), Van Der Sar, Welbeck, Carrick, Anderson, Berbatov, Vidic, Evans, O'Shea, Giggs, Nani, Rooney, Possebon & Gibson..
Ugh.. Bila tengok game kali ni, my feelings all mixed up. Rasa frust, boring, kelakar dan macam2lah.. Frust sebab favourite players si Park & Tevez tak main. Ronaldo, entah mana merayau. Nak harap.. Si Berbatov! Hailo.. Hailo.. Mamat ni pandai jaga rambut je! (Heh.. Sorry.. Entah kenapa saya tak suka dia! Haha..) Rooney pulak masuk padang lambat. Nasib baik menang.. Huhu..
Yellow card? Err.. ManU side, si Evans & O'Shea je yang kena.. Southampton side, tak sure.. Heh! Tak kenal nama diorang pun.. Except for this guy named Patterson. Dia diberi FREE red card tanpa diskaun oleh si ref sebab dia mengasari kaki si kepala ferum + kuprum, si Vidic aka 'Manja' saya.. (Hehe.. Nama dia Nemanja Vidic, apa..!)
3 goals contributed by -
Welbeck (si junior berkaki panjang) - Hehe.. Thanks a lot, dude!

Nani (si mamat kurang zat sebab muka dia cengkung) - Penalty kick had been given to him as Southampton's McGoldrick telah tersiku bola free kicknya! And.. Thanks to Nani's mom sebab bedungkan kaki dia waktu dia baby dulu.. ;D

Gibson (si mamat yang jarang2 turun main) - Kombinasi bola hantaran Rooney kepada beliau telah berjaya menambah 1 lagi mata buat ManU.. Eceh! Style komen dah macam pengulas berita sukanlah pulak! Haha.. Yang penting goal!

P/s - Words in brackets (blue) are my own version of their nicknames. Heh! Takpe.. Diorang bukan tau pun! ;D
Apart from that, Southampton's goalie (Davis) can be said as a good goalkeeper during this match. Nasib baik ada mamat ni.. Kalau tak.. Mungkin dah berpuluh-puluh goal budak2 ManU tu sumbatkan! Eceh! Tapi, dia still tak boleh beat goalie ManU, Uncle Van Der Sar saya tu.. Hihi..
Lastly, macam biasa I will congratulate my ManU buddies di akhir post saya.. To Ayah, myself, Angah Kamal, Mummy & Daddy Zoe, Ms. Puspa, Mr. Areef, Mr. Branson, Mr. Bulans, Mr. MG-Beck and other ManU supporters who's reading this, congrats.. Hehe.. Penat kita semua main tadi, kan? Takpe2.. Menang dah pun.. :D
Aha! Lupa nak cakap.. Sir Alex Ferguson ada kirim chewing gum cap ManU sorang sekeping. Sekeping je tau! Any enquiries, boleh je call or sms isteri dia.. Hmm.. Email pun boleh kot! Jangan lupa ye..
Glory.. Glory.. MANCHESTER UNITED!

Friday, January 2, 2009

Selamat 2in1..

1 of 2 'Selamats' - SELAMAT BERTUNANG!

To Angah and Angah.. Hah, ambik! Dua2 title 'Angah'.. Hehe.. Selamat bertunang diucapkan to both of you.. All the best in your relationship and may your love unite sooner.. Hey, the sooner the better, eh! Haha.. A sincere message from me, the 'penggubah-hias-hentam-dulang-hantaran'..

P/s.. Amacam? Cantik tak dulang2 tu, Kak Ngah Yati? Maaf sebab 'ia' terlalu cantik.. Eceh! Hehe.. Tak tidur satu setengah hari sebab dok focus 'mengerjakan' benda alah tu semua! Kalau ada yang tersenget-benget, terlebih glue ke hapa ke.. Ampunlah ye! Huhu..

2 of 2 'Selamats' - SELAMAT DATANG 2009!

Hope it's still not too late for me to wish you guys a Happy New Year.. Aha! Finally, 2009 (Ox Year) has come to us.. Huhu.. Time flies, huh? Cepat sangat rasanya.. For me, myself and I.. There are plenty of things that I've been through along the year of 2008.. Macam2.. Nak cerita pun tak cukup seminggu kalau hikayat itu dibentang kat sini. All I can say is, I've had experienced a year which full of laughters, tears, smiles, anger, tense, disappointments, crushes, etc.. Ugh.. It's all mixed in 1.. Tu belum dicampur tolak bahagi darab dengan perkara seperti teh ais, pick guitar, camera, ManU, blog, new & old friends, studies, family.. Banyak kalau nak di'list' down pun.. And oh.. Lupa pulak satu perkara! Papadom! Hehe..

Sepanjang saya berblog di sini, I've never post a pic of myself.. Why? Hmm.. Entahlah.. Seriously, I feel like buang karen je rasanya upload muka budak yang kadang2 terkurang dan terlebih inhaling the oxygen ni.. Hihi.. Therefore, as for my 1st ever post in this brand new year of 2009, I'm FORCED to post one pic. A friend of mine telah 'mengugut' saya to do this tempoh hari.. Kata dia (Nama dirahsiakan! 'Inche' ni merangkap kepada kawan lama saya yang kini menetap di Melaka.. Hihi..) kalau saya tak meng'upload' one or two pics of myself di sini, dia akan memaksa supaya saya menyahut cabaran2 ini: (Betul! Saya tak tipu ni.. ;D)

1 - Cabaran makan 10 keping roti canai dan 5 keping capati dalam masa 4:44 minit.

(Saya respon: Okay je! Set the table! I'll do that in 3:33 minutes, okay?)

2 - Cabaran mengorat anak buah lelaki kepada mak tiri angkat belah ayah saudara kandung kepada si Johnny Depp versi Africa 'mari'..

(Saya respon: Aha! Tengoklah dulu.. Maybe dalam tahun depan saya akan sms mamat ni tanya dia macam mana.. Hihi..)

3 - Dan akhir sekali, paling GILA sekali dan berjaya buat saya mengalah.. Cabaran gunting rambut style Berbatov!

(Saya respon: Hailo.. Hailo.. Kenapa mesti Berbatov? Kalau suruh gunting style Tevez pun saya sanggup! Ni tak.. Berbatov pulak.. Ceh.. Macam tau2 je saya tak minat langsung2 dengan si pak cik tu!)

As a result.. Saya kalah dengan task2 di atas yang tak termasuk langsung dalam kategori benda logik except for the last onelah.. Hihi.. That old friend of mine menang sebab saya tak sanggup sahut challenge yang last tu! Ceh.. Takpe2, saya akan balas dendam kow2 nanti ye, 'Inche'.. (Nama dirahsiakan as required by tuan punya badan.. Ceh..)

My resolutions for this year.. Like usual.. Semoga Allah s.w.t panjangkan umur, sihatkan selalu, happykan selalu people around me especially my parents, siblings, relatives, friends and even mamak teh ais tu pun! Hihi.. I hope there'll be many Blogxygen visitors, heh.. Excel in studies and life.. Semoga apa yang dihajati termakbul.. Amin!

Last but not least.. To all my blogger buddies who's now reading this post, Happy New Year saya ucapkan and mucho2 gracias for spending a lil' of your time here in this 'chikai' blog of mine. Every stat, visit and comment by you guys, I appreciate them so so so much! And oh.. ManU supporter teramat-amat-punya-amat dialu-alukan di sini.. Cecewah! InsyaAllah.. Semoga Tuhan merahmati kehidupan kita semua..

P/s.. Apasal saya rasa macam tengah buat speech jiwang bawang ala 2 jejak kasih ni? Huhu.. Maklum saja.. Dah lama tak minum teh ais! Sebab tu jadi macam ni.. Hihi.. ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...