Related Posts with Thumbnails

Friday, September 25, 2009

She is Suganti..

Saudari yang konon cute (Ecece..) dalam frame colour pink ni nama dia Kwang Suganti. Mula2 kenal dia memang terasa yang nama dia ni pelik. Lepas dia introduce herself, barulah tahu yang dia ni berdarah kacukan Cina + India. Patutlah suka kuah dal dengan kuih 'wade'! Haha.. Anyway, entry kali ni, tuan punya blog dedicate khas untuk dia. She's leaving to India today. Perhaps, when she reads this post, she would've been there already. Haish.. Sedih gila. Tangki air kat mata ni pun dah macam bocor. Sob3.. :'(

Kitorang dah kenal lama. Since secondary school lagi. Sama2 jadi pengawas, sama2 naik pangkat, sama2 ronda kawasan sekolah, sama2 makan kat kantin, sama2 pergi toilet walaupun tak masuk 'bilik' yang sama, sama2 masuk pertandingan poetry, pidato dan macam2-lah. Eee.. Pendek kata, serba-serbi nak buat sama2. Pernah sekali tu, kitorang ponteng kelas tambahan tengahari sebab nak tengok first preview Harry Potter! Haha.. Kelakar je time tu. Siap buat marathon kejar bas lagi! Huhu.. Budak sorang ni, kalau bab makan-memakan memang dia champion. Kasi jelah pape, confirm dia kasi clean & clear punya. Dia tak banyak cakap sebab kawan dia yang sebelah tu yang cakap banyak! Hehe.. She's a helpful friend to me. Kami sama2 study, perah otak dengan rambut sekali untuk subjek gila susah macam Add Maths dengan Chemistry. Kitorang ni kurang expert sikit kalau masuk chapter make-up2 aka segala benda yang perlu ditepekkan ke muka. Kalau hari2 datang sekolah pun masing2 muka pucat sebab kes malas nak pakai bedak! Tapi, ada satu hari tu kitorang ada 'prom night' kat sekolah for seniors. Cikgu suruh kitorang pakai lawa2. Cheit! Suganti dan kawan dia yang sorang ni dah pening kepala.
Kawan Suganti - Ala.. Lecehnya! Pakai jeans je tak boleh ke?
Suganti - Mana boleh. Cikgu tak kasi. Nanti tak dapat masuk hall. Haa.. Kan, kita dah bayar untuk bufet tu semua!
Kawan Suganti - Hmm.. Dah agak amoi ni mesti cakap pasal makan dulu!
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. Rupa-rupanya kitorang berdua 'berkongsi' nenek yang sama! Haa.. Scary je, kan? Entah macamana ada satu hari tu, kami berbual-bual pasal kampung masing2 dan dapat tahu yang kampung kami sama. Bukan kampung je yang sama, rumah pun sama! Ish.. Tak boleh jadi ni! Our late grandmother yang berketurunan baba & nyonya di Melaka adalah SAMA! Huhu.. Tapi, kitorang tak pernah jumpa sebab mungkin time tu kitorang kecik lagi kot. Bila dah besar, dah sekolah, haa.. Barulah tahu! Huhu.. Ini kira kes 'cousin' yang bau-bau durian-lah ni! Hehehe.. From just friends, we're being closer to a relationship called as FAMILY! :)

And today.. She's leaving to India. Nak jadi dentist, katanya. Oh ya, lupa nak action.. Kebetulan gigi kitorang sama! Haha.. Taring-vampire gorgeous punya version! Hahaha.. 5 years dia kat sana nanti. Haduh.. Lamanya! Boleh mati kering sebab rindu kalau macam ni. Sob3.. But, what to do.. It's for the sake of chasing dreams, ambition and a better future.
And for Suganti.. I wish you a good, happy life, stay healthy, jangan makan banyak sangat 'wade' kat sana, bila study jangan rajin sangat dan jangan malas sangat! Haha.. Kirim salam kat mana2 M'sian students yang cute2! Haha.. And I just want you to know that I appreciate every single thing that we did together. A great honour to have you as my friend, best friend and family. Farewell, buddy! Love ya and will miss ya loads! Sob3.. :'(
Kawan Suganti - Nanti bila dah jadi dentist, ada clinic sendiri and bila I datang buat treatment, jangan lupa kasi discount tau. Alaa.. Free je pun takpe, kan!
Suganti - Cannot! Kena bayar.
Kawan Suganti - Ceh.. Dentist kedekut!
Suganti - (*jelir lidah)
Kawan Suganti - Kalau you tak kasi discount jugak, I bakar clinic you! (*gelak jahat)
Suganti - Oh really? Kalau terbakar, I tahu-lah nak suruh polis cari siapa!
Kawan Suganti - Ceh.. Dentist kedekut! Dan cruel! (*jelir lidah)
I wrote this poem when I was 14. Alaa.. Setakat poem level amatur aka standard kanak2 Ribena. Haha.. Nevertheless, I dedicate it for you, Suganti.. *Saya sedih!
:'(
Kawan.
Kau disana, aku disini.

Kita terpisah, tapi tidak di hati.

Impian kita kuingati.

Walau jasadmu tak dapat kuperhati.
Memori bersama kujadikan teman pengubat rindu.

Dikala aku sepi tanpa gelak tawamu.

Dikala aku sayu tanpa senyumanmu.

Sebungkus kesuraman menjadi tetamu.
Namun, kita pernah berikrar untuk setia berkawan.
Walau jarak tak mampu ditawan.

Sama2 kita mencari kejayaan.

Walau penuh kepayahan.

Agar bangga bila berdampingan.

Kelak, di masa depan.

Macam Biasa-lah..


Pukul 3.00 pagi semalam kutengok bola sorang2.
Kata je nak join sama menumpang.
Tapi Ayah dan Abang dah lama 'tumbang'.
Hailoh.. Nak tak nak terpaksalah 'membujang'.
Remote Astro kupegang.
Kaki dah siap disilang.
Bila tengok barisan player ManU di atas padang.
Mataku mencari-cari seseorang.
Aik! Mana pulak si Vidicku menghilang?
Langsung tak nampak bayang.
Aisey.. Rupanya dia tak turun 'gelanggang'.
Rest & relax kot sebab penat lawan ManC hari tu pun masih tak hilang.
Hmm.. Biarlah dia nak rehat2kan tulang.
Sekali lagi Piala Carling menjelang.
Huhu.. Bestnya bila kembali mengenang.
Season lepas, Carling Cup itu ManU yang bawa pulang.
Ribena yang tadi kubancuh hampir nak kontang.
Mata pun dah kuyu tak larat disengkang.
Apa ni! Belum ada goal pun yang nak dibilang.
Macam biasalah si Nani tu ingat nak main sorang.
Mentang2lah bebudak ManU yang lain tu separa 'matang'.
Kedekut je nak passing bola kat orang.
Eee.. Cekik karang!
Defenders pun sama je lebih kurang.
Melopong-lopong defending space besar je jurang.
Di pintu goal, si Kucshzak yang jadi 'penghalang'.
Hadoi.. Rasa kurang confidence kat mamat ni datang.
Fabio diarah keluar padang.
Bila sekeping kad merah dilayang.
Muka dia down gila, berhati walang.
Ecece.. Walang2 konon! Terjiwang-bawang!
Haha..
Apa2 pun, thanks kepada si Welbeck yang menyumbang.
Satu goal kemenangan dibawa pulang.
Hailah.. Malam tu si Wolves memang malang.
Maybe sebab jersey oren yang dipakai itu kurang shocking dan terang?
Huhuhuhu..
Yay.. ManU menang!
*p/s- Dah macam puisi cap katak kuang pulak! Kekekek.. Jom sambung makan nasi himpit dengan kuah kacang! Huhuhu.. Bye! :p

Tuesday, September 22, 2009

The Best Malam Raya Ever!

Salam + a BIG smile to all.. :)
Malam raya yang paling best time kat kampung hari tu. Tangan ni asyik dok menyumbat segala macam jenis kuih raya yang Mak Lang buat. Tu belum masuk bab rendang daging, rendang ayam, ketupat dengan lemang yang HEAVEN! Haduh.. Sampai senak + sendat perut ni. Huhu.. Raya, okay! Kalau tak makan benda2 tu semua, memang takde style beraya yang 'true' namanya! Hehehe..
Tepat pukul 8.30 malam, semua 'tentera Merah' dah standby menghadap tv. Air botol 'Long Chan' pun dah siap dipegang . Macam2 perisa ada. Sarsi, Oren, Ice-cream soda! Fuh.. Manalah tau, kot2 karang tekak kering sebab banyak menjerit time tengok game ManU dengan ManC nanti. Huhu.. Ayah, Abang, Angah Farid dengan Abang Long Fairuz siap complete dengan nasi himpit + kuah kacang! Ish.. Lawan toke je.. ;p
Game start. Huhu.. Excited! Rooney sumbatkan satu goal pada minit kedua. Best! Lepas tu, ManC pulak dapat satu goal. Haa.. Time nilah rasa macam nak ketuk2 je si Foster yang clumsy tu! Ugh.. Lepas tu, Fletcher kasi satu goal. Lepas tu, ManC pun curi satu goal. Lepas tu.. Lepas tu.. Lepas tu.. Haish.. Bila nak stop kalau asyik 'lepas tu' je!

Argh.. Tension! Keadaan semakin tegang. Air botol 'Long Chan' dah lama habis diteguk gara2 geram level kronik. Yang lain2 pun sama jugak. Nasi himpit dengan kuah kacang tadi pun dah lama licin, clean and clear. Aisey.. Masa dah nak dekat habis. Asyik seri je! Aaa!!! Nasib baik si Fletcher 'hadiahkan' lagi satu goal. Yay3! Performance Giggs memang 'macho'. Syok tengok dia main. Tak lupa jugak dengan ex-player ManU yang dulu memang termasuk dalam list favourite tuan punya blog, si Tevez yang rajin dan humble.. Tsk3.. :'(


Takut jugak kalau2 insiden Adebayor 'mengejek' Arsenal fans akan 'diulangi' oleh si Tevez ni. Hehe.. Manalah tau kot dia dah bertukar jadi 'action'. Huhu.. But still, he was so calm and paid everyone a full respect. Given, si goalie ManC pun banyak save ball. Ish.. Terlebih terror pulak mamat tu. Jealous! Hahaha.. Bagus! :D
Hampir 90 minit. ManU dah lead dengan 3 goal. Rasa confirm dah boleh menang. Tiba2 si Ferdinand mangk_k buat hal! Aaah..! Bellamy dah curi masuk satu goal dari si Foster yang memang lalai level kronik malam tu! Tension3! Geram!
Carrick masuk. Owen pun masuk. Confirm ManU dengan ManC seri malam ni. Tawar je hati. Lebih2 lagi bila tengok banyak sangat cubaan goal yang gagal. Aduh..
***
**
*
Berkat malam raya, Owen senyap2 standby kat belakang. Satu goal kemenangan dari mamat tu! Woohoo! Best2! Guess what.. Additional minutes selama 7 minit! Lama, kan? Best! Nasib menyebelahi ManU nampaknya. Berkat malam raya-lah, katakan.. Hehe..


*p/s - Fergie kata, "Jiran, jiran jugak. Kalah, kalah jugak." Hehehe..

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya


*Sorry, 'card' kecik! Huhu.. Click kat 'card' untuk enlarge.. :)

Thursday, September 17, 2009

Dah Dengkur Baru Nak Goal!

Piala UEFA dah start. Manchester United had a battle with Besiktas. Hmm.. Kurang tau sikit about this team. Tak pernah dengar pun! Hehe.. Asyik main defend je kerja diorang. Haduh! Jenuh jugaklah nak menunggu goal sebijik.
Punyalah baik tahan biji mata ni kasi jangan tertutup sebab nak tengok Vidic 'menari-nari'. Aisey.. Tapi, akhirnya terlelap jugak! Ceh! Bila dah terlelap (*mungkin dah siap dengkur sekali kot) tiba2 terdengar abang dengan ayah terjerit-jerit separa histeria. Argh.. Ni mesti tak lain tak bukan. Dah GOAL-lah tu! Ceh.. Dari tadi masa tengah berjaga, takde pulak tersumbat satu goal! Pape pun, thanks to Scholes! Hehe.. And oh, Valencia. Mamat ni memang nak kena clorox sikit kaki dia tu. Berbatov pun sama jugak! Hahaha.. Sempat je! :p
P/s - Err.. Team 'biru' yang lawan Porto semalam jugak tu, amacam? Hehehe.. :P

Sunday, September 13, 2009

1-3


Yay! We've won the battle! Woohoo.. Pening gila tengok game Tottenham Spurs VS ManU tadi. Referee yang tak pernah tengok pun muka dia sebelum ni (entah apa je nama mamat tu) sikit2 nak tiup wisel. Ceh.. Banyak sangat masalah! Serious, pening tengok game tadi.
Level pening langau kat kepala ni bertambah naik bila si Defoe dari Spurs menendang masuk satu goal yang agak cun jugak selepas 1 minit game bermula! Aduh.. Peluh pun belum sempat nak keluar, mamat tu dah sumbat satu goal! Ceh.. Tapi, tak dapat dinafikan yang style mamat tu bila masukkan goal tu memang macho habis. Adeh.. Sedikit sebanyak, tuan punya blog dan 'ahli2' sekutu ManU yang sama2 duduk menghadap tv kat rumah ni dah tak boleh nak nak cakap apa. Dalam hati masing2 pujuk diri sendiri. "Alaa.. Baru seminit game, ada banyak lagi masa. Sabar!"
Macam biasalah, memang dah menjadi habit tuan punya blog untuk meng'clorox'kan sikit si mamat Berbatov tu kat Blogxygen ni. Hahaha.. Mamat tu buat muka selambe-mambe dengan langkah yang extra lemah-gemalai mengalahkan orang perempuan bila 'menyeret' bola yang sebijik tu kat atas padang. Mamat ni kalau main tak jatuh, tak tergolek, memang tak sah! Ish.. Plus, spectators yang support Spurs pun asyik nak 'boo' dia. Hehehe.. Biasalah tu.. Mamat tu, kan ex-player Spurs. By the way, terima kasih setengah untuk diorang sebab buat macam tu. Ehehehehehe..
Free kick which was full of trick! Ahaha.. Macam tengok movie-lah pulak. Sesuka hati riang cap ria si Giggs dengan Rooney berkomplot 'mengaburi' semua dengan tendangan 'magic' tu! Huhu.. Best moment of the game!
And then, the 2nd goal came from Anderson. Hehe.. Thanks to him for that reason.
Si Scholes dapat kad merah. Free-of-charge! Adeh.. Evra siap buat scene 'hantuk-dahi' dengan satu mamat Spurs tu. Vidic pun lebih kurang sama jugak. Angin satu badan dengan Crouch, si galah panjang cap Tottenham Spurs tu. Dia pun dapat free kad kuning jugak. Aisey.. But still, Vidic cool je! Macam chopstick patah je bila tengok si Crouch jatuh. Aduh.. Bahaya jugak mamat tu. Banyak buat 'goal-targets'. Tapi, nasib baik si Foster dah clorox-kan dulu sarung tangan goalie dia tu sebelum game. Banyak pulak save ball dengan agak precise kali ni. Hahahaha.. Bagus2.. Macam ni boleh belanja cendol! Kekekeke.. :)
p/s - Tadi tuan punya blog kena marah sebab tengok bola bising sangat. Hehehehehe.. Sepuluh kali kena marah pun, bising tetap bising jugak! Huhu.. Tak thrill langsung kalau tengok bola senyap2 macam tengah tengok opera ya! Hahaha.. ;p

Tuesday, September 8, 2009

Nak Belajar Sumo-lah!

Keadaan baru reda sikit. Tak macam beberapa minit yang lepas. Seriously, jantung macam nak tercabut. Nasib baik ada senjata yang memang dah siap sedia kat tangan. Memang musuh tu susah nak ditumpaskan. Entah apa mandram yang dia pakai pun tak tahulah. Kebal sangat! Ish.. Geram je! Habis sumbang segala ilmu taekwondo yang pernah Sir ajar dulu2 bila face to face dengan musuh tu tadi. Argh.. Tak kira! Yang penting senjata yang konon ultimate ni dah ada dalam genggaman tangan. Kasi boost up sikit confidence level kat dalam diri sikit. Eheh.. Yelah, bukannya ada sesiapa pun yang nak tolong. Semuanya kena buat sendirian berhad. Tapi, kan.. Musuh tu macam tau2 je timing yang tepat bila nak buat battle dengan tuan punya blog tadi. Satu tempat di mana takde sesiapa-sesiapa-sesiapa dan sesiapa pun yang boleh tolong jadi knight in shining armour. Kat mana? Bilik air!
Ahahahaha.. Jangan pandang orang takde mata, wahai musuh. Apa? Ingat bila sorang2, tuan punya blog tak berani nak bukak langkah? Ingat senang2 je ke nak mengalah? Dengan seekor
lipas?! Ces! Moron sungguh lipas tu! Tak suka3!
Mula2 tu, bila tengah syok bersyampu, telinga ni cepat je dapat menangkap bunyi langkah sumbang si musuh yang keluar entah dari celah mana. Argh! Mana nak lari? Kalau ikutkan hati dah lama dah pecut bila nampak kelibat si mangk_k tu. Tapi.. Ehem2.. Member tengah kat dalam bilik air okay! Aisey!
Hmm.. Dah tak kira dah. Apa nak jadi, jadilah. Lagipun, dah takde sesiapa pun yang boleh tolong time tu. Nak tak nak, kenalah handle secara solo. Ish.. Buih syampu yang termasuk mata memang dah tak ambil peduli. Musuh kecik yang berkeliaran kat atas lantai ni yang kena diutamakan dulu dari mata sebelah yang memang dah pedih tahap kronik.
Senjata utama yang menjadi penyelamat keadaan. Terima kasih kepada pencipta Ridsect Cockcroah! Berkesan dengan hanya sekali semburan! Hehehe.. Kasi promote sikit. Especially for those yang 'takut' dengan lipas2 yang ada kat dunia ni. Jangan lupa dapatkan and buat spare kat mana2 je anda pergi ye. Ecece.. Even in your bathroom pun kena standby satu! Huhu..
As a result, selepas memanjat singki bilik air yang nasib baik tak senget sebelah sebab menampung berat badan 'seseorang', dan selepas hampir setengah jam berpeluh seorang diri 'bertarung-nyawa' dengan si musuh lipas yang kejap2 suka terbang dan merayap-rayap tu.. Finally, the one with the weapon, Ridsect won the battle. Hahaha.. Tapi, kan.. Tuhan je tahu macam mana. Rasa macam nak terkeluar je jantung! Trauma! Kekekekek.. ;p
P/s - Betul jugak cakap Ibu, Ayah, Abang and Kakdik dulu.. "Kakak ni buat nama je belajar taekwondo tapi bila jumpa lipas, hancur!"
Ceh..! Takpe.. Mungkin lipas2 cap local dah tak heran dengan penangan taekwondo. Nanti belajar sumo-lah.. Sumo, okay sikit kot.. Kasi pijak sekali terus penyek! Wahahahaha.. ;D

Sunday, September 6, 2009

Aaa...?


(Ignore the itik. Niat ia cuma nak menyibuk kat sini kejap je. Huhu..)
Kiambang hanyut ke muara
Perahu pulang ke penambang
Lambat-laun kan bersua
Biarpun digulung gelombang..
Berpijak pada bumi nyata
Bak meniti jambatan bara
Jalan yang mana harus dilalui
Jalan lurus mereka halangi..
Salam + a BIG smile to all.. :)
Ececece.. What's up with the kiambang2, penambang2 kat atas ni? Huhu.. Please don't get me wrong. Tuan punya blog isn't trying to be in jiwang-bawang mode again. Eheh..
Oh well.. To be short, tuan punya blog had a 'ting-tong' week, I mean.. This week doesn't really make me feel as 'normal' as I always am. Asyik merepek-repek je. Ish! Ntahpape.. Oho.. Rupa2-nya it's an 'alarm'.. Ehem2.. Monthly alarm, biasalah.. Ish2! ;/
Sometimes when I'm facing my laptop and logging in to my Blogxygen, reviewing everything, I just feel like deleting this mere blog of mine. Again, I feel this way. Last time pun ada timbul rasa nak delete blog ni jugak and I dont know why otak ni tiba2 je fikir pasal tu. Oho.. Maybe it's because I was so lazy during these past few months/weeks to update it? Or the limited time around is forcing me to do so? Or.. Entahlah..
And then I realize.. Through blogging, I could really express all my hearts out, especially when I'm emo-ing which I do all the time. Hehe.. Bila dah 'muntah'kan all the words which are clogged in my head here, I'll feel better. Lapang sikit. Teringat dulu bila mula2 berblogging. My hands were shaking when I typed. Ntahpape je but and then slowly, I found that.. "Hey, blogging best." Sebab? Kita boleh membebel-bebel non-stop dan takde siapa pun nak marah. Kecuali non-ManU fans-lah.. Hahaha..
Sendiri tulis, sendiri baca
Sebab ini semua
Hanya kata
Luahan rasa
Segala benda
Luka
Suka
Apa yang ada
2 bahasa
Dirojak sama
Takpe
Asalkan clear
Boleh faham bila baca
Blog 'chikai' ntahpape
Biasa
Buat tempat membebel saje
Tapi jangan lupa
Kalau ManU menang, jom jerit sama2
Hahaha..
P/s - Rindu tahap kronik pada teh ais. Betul! :'(

Thursday, September 3, 2009

What's Wrong With Today?

I feel like there's something wrong about myself today. Can't figure out the reasons why. It seems like the 'sappy' mood has conquered the brain. Ceh! I hate those days when I'm feeling down. And today is one of those days. :'(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...