Related Posts with Thumbnails

Monday, August 17, 2009

Fra..gile!

Haish.. Baru sihat dari demam. Hidung dah separuh kering. Batuk pulak tak kering2 lagi. Ya Allah.. Jauhkanlah diri ini dari penyakit yang bukan2 tu. Alhamdulillah.. So far, free from it but at the same time kena ambik pre-cautions sebelum terkena.Tapi, demam macam mana pun, ice-cream dengan teh ais asyik 'terlekat' je kat dalam kepala ni. Hehe.. Takpe, tu kira supplement-lah tu. :p
Baru balik dari kampung.. Fuh.. Heaven! Lepaskan rindu 'membara' sebab dapat makan CENDOL famous 'achi' tu 2 mangkuk! Extra kacang merah! Slurp.. Hehehe.. On the way, keadaan jalan raya tak berapa 'clear' and automatically tak 'membenarkan' pedal minyak ditekan kaki 'sesuka-suki-hati'. Alamak! Jam dah tunjuk ke angka 8. Lagi 30 minit game dah nak start. Ish, habislah orang lain dan kebas seat tuan punya blog kat Old Trafford sana tu! Ish..! :'(
Abang yang duduk bertapa kat rumah menghantar 'report' melalui sms beberapa puluh minit kemudian.
'Kak, cepat jerit. Rooney score.'
Ceh! Dalam kereta suruh jerit. Ingat ni rumah ke? Huhu.. Tapi, jerit jugaklah! Hehehe.. Terima kasih Rooney! Then, handphone zaman dahulu kala milik tuan punya blog berbunyi lagi. Abang..
'Kak, cepat nangis. Vidic takde. Kak, cepat muntah. 'Mangk_k ayun' buat tatu kat tangan dia.'
(*Untuk sesiapa yang tak tahu.. Menurut kamus tuan punya blog, 'mangk_k ayun' = Berbatov sebab dia sangat malas atas padang. Hehe.. No offence ye.. Ehem..)
Ugh.. Seriously, rasa tak thrill 'tengok' bola dalam keadaan macam tu. Tak sempat nak lompat nak jerit2 segala. Ish.. Ibu berdehem. Ibu kata TV tak lari. Jangan nak mengada-ngada. Macam dia pulak yang nak main bola. Ayah dan budak tu 'keras' terus.. Hmm..
Sampai pintu gate rumah, 2nd half-time baru nak mula. Finally, barulah nampak batang hidung Rooney dengan 'mangk_k ayun' yang baru buat kick-start. Alamak.. Tengok goalie Foster. Aisey.. Alamak lagi bila tengok si O'Shea. Alamak lagi lagi bila tengok barisan defenders yang obviously macam 'fragile' sikit. Player2 Birmingham konon action dengan jersey 'FBC' diorang. Ceh.. Boleh tahan jugak diorang ni. Defend habis-habisan. Goalie 'hijau' pun banyak save ball. Aisey.. Takkan satu goal je kot, budak2 MERAH?
Minit demi minit, level 'pening-langau' dalam kepala semakin menaik. Budak2 MERAH passing bola macam nak tak nak. Tak precise langsung. Melopong je space kat depan goal. Aduh.. Nak harap kat Brown dengan O'Shea, macam payah sikit. Fragile! Evra yang susah-payah naik turun padang, tolong. Tulah.. Susah betul kalau Vidic takde. Tevez + Ronaldo pun. Owen pulak.. Haish.. Ikut mood jugak mamat tu. Valencia, tak tahulah buat apa je kat atas padang tu. Muka dahlah seakan-akan Nani, cara main pun lebih kurang jugak. Nak kena clorok agaknya budak2 ni!
All I can say now is.. This season, I can't really afford to think that 'we' are going to be as 'bold' as we were during these past few years. Ish.. I know I shouldn't have had this kind of idea but.. Entahlah.. Things tend to be quite fragile nowadays. Macam diorang jugak kot..
P/s - Alaaa... Kalah menang tu adat game. Loyalty as a fan tu yang penting. Glory2 Man United! Huhuhuhuhuhu.. Nak cendol lagi! ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...