Related Posts with Thumbnails

Thursday, August 6, 2009

Overnight.. Again!

Haish.. Malam ni stay up lagi. Mata dah masuk level kuyu + layu. Entah kali ke berapa menguap dah ni, kerja tak siap2 lagi. Aisey..
Tadi turun bawah, Kakdik dengan Abang tengah syok layan cerita hantu kat tv. Masing2 tutup muka dengan bantal. Ces.. Style wajib kalau tengok cerita hantu. Hehe.. Kakak diorang pun 2x5 macam tu jugak. Huhu.. Ingatkan nak tengok sekejap je, but ended up join sama tengok cerita tu sampai habis. Hmm.. Curi tulang betul!
Naik atas. Muka seram hantu *mangk_k tu dah terbayang-bayang. Ah, habis! Mulalah tu nak fikir yang bukan2. Penakut! Haha.. Hari dah lewat malam. Sorang2 dalam bilik menghadap kertas2 yang berlambak di atas meja and then.. Plup! Gelap! Jantung macam nak terkeluar. Ces! Lampu bilik rosak. Hmm.. Terbakarlah tu. Haduh.. Cuak level kronik. Sekali lagi, muka hantu gila tadi terbayang lagi. Allah.. Menyesal betul join tengok cerita tu tadi. Kalau tak takkan jadi penakut first class macam ni! Ish..
Konon berangan nak cari torchlight, tapi terasa macam jauh pulak nak melangkah ke laci tu. Dahlah gelap, buatnya ter-raba 'yang' lain pulak karang! Huish! Haha.. Sebenarnya takut, tak nak mengaku. Teringat pulak handphone klasik yang terselit kat dalam poket ni untuk dapatkan source of light. Haa.. Tak fikir apa lagi dah.. Terus je jerit nama Ayah mintak tolong betulkan lampu yang *gila kronik ni sambil berlari ke bawah! Ish.. Sengaja je kasi tuan punya blog berpeluh.. Memang pembuli betul lampu tu! Tak suka! Tak suka! Ini semua sebab cerita hantu tu jugak! Ek..? :'O
Moral of the story..
  • Jangan curi tulang waktu buat kerja.
  • Jangan tengok cerita hantu.
  • Jangan beli lampu yang suka2 hati nak buat scene blackout tiba2.
  • Dan sila make sure yang handphone anda ada lampu sebab torchlight suka menyorok bila time2 blackout! Haha..
    P/s : Season baru dah nak start.. Tuan punya blog misses watching this dude (Nemanja Vidic) 'dancing' on the field! Yay..

(^-^)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...