Related Posts with Thumbnails

Thursday, February 5, 2009

Siapa Yang Buat?

Salam all..
Hari ni dirasakan sangat sangat sangat panjang! Rasa mengantuk je. Menguap? Huh, sepanjang masa. Pantang setiap 2 saat sure mata ni automatic akan tertutup! Ceh.. Dahlah hujan, sejuk. Tambah2 pulak dengan suhu air-cond kat hall yang sampai tahap boleh bekukan kulit. Darah kat otak pun macam tak jalan. Hadoi! Teruk gila pagi ni.

Tak kurang jugak si ah moi2 yang sudah surrender dengan keadaan sekeliling. Selambe-mambe berdengkur siap meleleh air liur. Ceh! 10 kali disiku pun belum tentu boleh sedar.

As for me, mulut ni tak berhenti mengunyah gula2. Entah berapa biji gula2 Iced Lemon Tea tu ditelan. Huish.. Kalau takde benda alah tu, dah lama dah join ah moi2 tu dengan Kelab Berdengkur diorang!

Few minutes later, semua orang macam kena pukau. Ek? Ada yang dah tutup hidung masing2. Orang2 kat barisan depan dah mengomel-ngomel. Kenapa ni? Saya dan ah moi kecik itu, kebetulan duduk di barisan paling belakang serentak memandang antara satu sama lain. Angkat bahu. Ek?

  • Siapa kentuuuuuuut???!!!
  • Busuk wor!
  • Cepat mengaku, siapa yang buat!
  • Haiyoh..
  • Berapa tahun tak kentuuuut ni?

Then everyone started to laugh. Ceh! Ingatkan apa.. Tapi memang betul! Bau 'gas-beracun' tu gila busuk.. Ceh! Siapalah yang melepas and simply buat2 tak tahu.. Sula karang baru tahu!!

Psst.. Tapi semua orang tak boleh accuse 2 budak yang duduk kat barisan paling belakang sekali tu sebab obviously bau kent_t tu tadi datang dari barisan paling hadapan sekali! Haha.. Dan siapa yang paling hadapan dan sibuk tersenyum-senyum macam kerang busuk tu? Cheit! Nak kena sula ni.. =p

#Nasib baik duduk kat belakang! Huhu.. Tak boleh nak accuse, okay!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...