Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 4, 2009

Teringat Pulak..

Salam + a BIG smile to all.. :)
This post is specially dedicated to all cats.. (Haha.. Tiba-tiba je cakap pasal kucing! Rasa pelik pulak!) ;p
To be honest, tuan punya blog ni takut dengan kucing. Don't ask me why. Haha.. Tak tahu tapi dari zaman kanak2 Ribena dulu memang takut dengan kucing. Dah hampir 5,980,666 kali diejek. Semuanya sebab kucing. Alaa.. Tak kisah pun.. :p
Semalam, tiba2 teringat kat satu insiden. Insiden yang agak 'kurang-kasih-sayang' punya version. It all started when..
There's a guy. My cousin lelaki yang boleh dikategorikan sebagai tua bangka. (*Hehe.. Sorry, Ngah! Ek, tak mengaku tua ke?) Satu hari dia baru balik dari kerja. Penat. Tersandar lembik kat sofa di ruang tamu. Kasut kerja dia yang kurang berkilat sebab dia malas nak 'kiwi' disusun kat luar. Itulah satu-satunya kasut kerja favourite dia. Bukan setakat pergi kerja je, pergi kedai mamak pun dia belasah pakai kasut tu. Suka sangat katanya dengan kasut tu. Tapi disebabkan seekor kucing, dia tiba-tiba jadi seorang 'pembuli-kucing-kelas-pertama'. Adalah seekor kucing gemok kepunyaan jiran sebelah. Selalu merayau-rayau kat rumah si cousin ni. Favourite port kucing gemok ni nak buang air, kasut favourite si mamat cousin. Bukan bahagian luar ye.. Bahagian DALAM kasut. Huh.. Bila dah kering, tau sajalah macam mana aroma dia.. Yerk!
Masuk dua kali kucing gemok sesuka hati buang air kat kasut tu, si cousin ni dah pening2 lalat memikirkan macamana nak kasi pengajaran sikit kat kucing gemok tu.
Satu petang, si cousin tak kerja. Dia plan nak 'ajar' sikit si kucing gemok. Dan macam biasa, tepat pukul 3.30 petang, kucing gemok datang terkedek-kedek masuk ke halaman rumah si cousin. Oh.. Mungkin tangki kencing kucing gemok dah penuh bila masuk time2 macam tu. Takpe.. Si cousin tunggu lagi kucing gemok punya next move di belakang sliding door. Bila kucing gemok dah ada ura-ura nak angkat kaki sebelah untuk 'mengencing'kan kasut favourite dia tu, si cousin cepat2 menangkap kucing gemok terbabit. (*Eceh.. Terbabit! Kekekek..) Kucing gemok konon mengiau-ngiau mintak dilepaskan. Si cousin dah tersenyum lebar sampai ke telinga. First move dia menjadi. Tanpa melengahkan masa lagi, si cousin mengeluarkan sebotol kecil minyak Cap Kapak dari poket seluar dia. Dan apalagi.. Dititis-titiskan pula minyak Cap Kapak itu di punggung kucing gemok. (*Ugh.. Memang Ngah kurang kasih sayang!)
Selesai setengah botol, kucing gemok dilepaskan siap complete dengan 'kata2 penghargaan'..
"Haa.. Kalau berani lagi, meh-lah datang sini lagi. Aku dah standby minyak Cap Kapak botol besar kat dalam rumah!" kata si cousin sambil tergelak besar. (*Eeee.. Ngah memang kurang kasih sayang!)
Dan si kucing gemok.. Muka dia tak dapat nak predict. Macam nak nangis ada, macam nak nyanyi2 pun ada.. (*Kekekeke.. Kucing boleh nyanyi ke?) Kucing gemok berlalu pergi. Cara dia jalan menguatkan volume ketawa si cousin yang masih lagi setia menanti di muka pintu rumah. Mana taknya.. Selangkah dua langkah, kucing gemok akan duduk meleser. Selangkah dua langkah.. duduk.. Selangkah dua langkah.. duduk.. Begitulah si kucing gemok, sampai ke rumah tuannya.
Dan sejak daripada insiden 'hati-ke-hati' tu, kasut favourite si cousin, aman bahagia tanpa gangguan aroma kencing si kucing gemok.. Dan serious, si cousin ni telah saya cop sebagai 'pembuli-kucing-kelas-pertama' hingga ke hari ni. Walaupun dah nak jadi daddy orang, dia masih lagi buli kucing2 setempat yang datang singgah ke rumahnya dengan memusing-musingkan badan kucing yang terpilih sampai pening. (*Ugh.. Ngah ni!)
Moral of the story - Jangan dera kucing.. Eh tak! Jangan letak kasut kat depan rumah! Letak dalam rumah! Hehe.. ;p

3 comments:

  1. mua hahaha...klakar la cousin u nih hah...but dia masih pakai kasut yg kucing tu kencing kat kasut ye?hati2 nanti kucing tu melepas hajat besar tu kt dlm kasut tu,bai bai le kasut tu

    ReplyDelete
  2. agaknya doraemon marah tak kalau angah buat cenggitu? lol;p

    ReplyDelete
  3. Brad - Hehe.. Kes dahsyat tu! Nak buat macam mana.. He loves that kasut like orang gila! Hehe.. ;p

    Chiko - Kekekekek.. I think Doraemon should have known about this by now sebab dia ada machine untuk sensor kes penderaan kucing sedunia! Haha.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...