Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 8, 2009

Nak Belajar Sumo-lah!

Keadaan baru reda sikit. Tak macam beberapa minit yang lepas. Seriously, jantung macam nak tercabut. Nasib baik ada senjata yang memang dah siap sedia kat tangan. Memang musuh tu susah nak ditumpaskan. Entah apa mandram yang dia pakai pun tak tahulah. Kebal sangat! Ish.. Geram je! Habis sumbang segala ilmu taekwondo yang pernah Sir ajar dulu2 bila face to face dengan musuh tu tadi. Argh.. Tak kira! Yang penting senjata yang konon ultimate ni dah ada dalam genggaman tangan. Kasi boost up sikit confidence level kat dalam diri sikit. Eheh.. Yelah, bukannya ada sesiapa pun yang nak tolong. Semuanya kena buat sendirian berhad. Tapi, kan.. Musuh tu macam tau2 je timing yang tepat bila nak buat battle dengan tuan punya blog tadi. Satu tempat di mana takde sesiapa-sesiapa-sesiapa dan sesiapa pun yang boleh tolong jadi knight in shining armour. Kat mana? Bilik air!
Ahahahaha.. Jangan pandang orang takde mata, wahai musuh. Apa? Ingat bila sorang2, tuan punya blog tak berani nak bukak langkah? Ingat senang2 je ke nak mengalah? Dengan seekor
lipas?! Ces! Moron sungguh lipas tu! Tak suka3!
Mula2 tu, bila tengah syok bersyampu, telinga ni cepat je dapat menangkap bunyi langkah sumbang si musuh yang keluar entah dari celah mana. Argh! Mana nak lari? Kalau ikutkan hati dah lama dah pecut bila nampak kelibat si mangk_k tu. Tapi.. Ehem2.. Member tengah kat dalam bilik air okay! Aisey!
Hmm.. Dah tak kira dah. Apa nak jadi, jadilah. Lagipun, dah takde sesiapa pun yang boleh tolong time tu. Nak tak nak, kenalah handle secara solo. Ish.. Buih syampu yang termasuk mata memang dah tak ambil peduli. Musuh kecik yang berkeliaran kat atas lantai ni yang kena diutamakan dulu dari mata sebelah yang memang dah pedih tahap kronik.
Senjata utama yang menjadi penyelamat keadaan. Terima kasih kepada pencipta Ridsect Cockcroah! Berkesan dengan hanya sekali semburan! Hehehe.. Kasi promote sikit. Especially for those yang 'takut' dengan lipas2 yang ada kat dunia ni. Jangan lupa dapatkan and buat spare kat mana2 je anda pergi ye. Ecece.. Even in your bathroom pun kena standby satu! Huhu..
As a result, selepas memanjat singki bilik air yang nasib baik tak senget sebelah sebab menampung berat badan 'seseorang', dan selepas hampir setengah jam berpeluh seorang diri 'bertarung-nyawa' dengan si musuh lipas yang kejap2 suka terbang dan merayap-rayap tu.. Finally, the one with the weapon, Ridsect won the battle. Hahaha.. Tapi, kan.. Tuhan je tahu macam mana. Rasa macam nak terkeluar je jantung! Trauma! Kekekekek.. ;p
P/s - Betul jugak cakap Ibu, Ayah, Abang and Kakdik dulu.. "Kakak ni buat nama je belajar taekwondo tapi bila jumpa lipas, hancur!"
Ceh..! Takpe.. Mungkin lipas2 cap local dah tak heran dengan penangan taekwondo. Nanti belajar sumo-lah.. Sumo, okay sikit kot.. Kasi pijak sekali terus penyek! Wahahahaha.. ;D

2 comments:

  1. belajar sumo nk kena gemuk2 kan badan, rela ke??

    ReplyDelete
  2. Ha'ah, kan.. Ya tak iya jugak.. Hmm.. Takpe, nanti try pakai sarung badan sumo yang plastik punya.. Hehehehe.. ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...