Related Posts with Thumbnails

Friday, September 25, 2009

She is Suganti..

Saudari yang konon cute (Ecece..) dalam frame colour pink ni nama dia Kwang Suganti. Mula2 kenal dia memang terasa yang nama dia ni pelik. Lepas dia introduce herself, barulah tahu yang dia ni berdarah kacukan Cina + India. Patutlah suka kuah dal dengan kuih 'wade'! Haha.. Anyway, entry kali ni, tuan punya blog dedicate khas untuk dia. She's leaving to India today. Perhaps, when she reads this post, she would've been there already. Haish.. Sedih gila. Tangki air kat mata ni pun dah macam bocor. Sob3.. :'(

Kitorang dah kenal lama. Since secondary school lagi. Sama2 jadi pengawas, sama2 naik pangkat, sama2 ronda kawasan sekolah, sama2 makan kat kantin, sama2 pergi toilet walaupun tak masuk 'bilik' yang sama, sama2 masuk pertandingan poetry, pidato dan macam2-lah. Eee.. Pendek kata, serba-serbi nak buat sama2. Pernah sekali tu, kitorang ponteng kelas tambahan tengahari sebab nak tengok first preview Harry Potter! Haha.. Kelakar je time tu. Siap buat marathon kejar bas lagi! Huhu.. Budak sorang ni, kalau bab makan-memakan memang dia champion. Kasi jelah pape, confirm dia kasi clean & clear punya. Dia tak banyak cakap sebab kawan dia yang sebelah tu yang cakap banyak! Hehe.. She's a helpful friend to me. Kami sama2 study, perah otak dengan rambut sekali untuk subjek gila susah macam Add Maths dengan Chemistry. Kitorang ni kurang expert sikit kalau masuk chapter make-up2 aka segala benda yang perlu ditepekkan ke muka. Kalau hari2 datang sekolah pun masing2 muka pucat sebab kes malas nak pakai bedak! Tapi, ada satu hari tu kitorang ada 'prom night' kat sekolah for seniors. Cikgu suruh kitorang pakai lawa2. Cheit! Suganti dan kawan dia yang sorang ni dah pening kepala.
Kawan Suganti - Ala.. Lecehnya! Pakai jeans je tak boleh ke?
Suganti - Mana boleh. Cikgu tak kasi. Nanti tak dapat masuk hall. Haa.. Kan, kita dah bayar untuk bufet tu semua!
Kawan Suganti - Hmm.. Dah agak amoi ni mesti cakap pasal makan dulu!
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.. Rupa-rupanya kitorang berdua 'berkongsi' nenek yang sama! Haa.. Scary je, kan? Entah macamana ada satu hari tu, kami berbual-bual pasal kampung masing2 dan dapat tahu yang kampung kami sama. Bukan kampung je yang sama, rumah pun sama! Ish.. Tak boleh jadi ni! Our late grandmother yang berketurunan baba & nyonya di Melaka adalah SAMA! Huhu.. Tapi, kitorang tak pernah jumpa sebab mungkin time tu kitorang kecik lagi kot. Bila dah besar, dah sekolah, haa.. Barulah tahu! Huhu.. Ini kira kes 'cousin' yang bau-bau durian-lah ni! Hehehe.. From just friends, we're being closer to a relationship called as FAMILY! :)

And today.. She's leaving to India. Nak jadi dentist, katanya. Oh ya, lupa nak action.. Kebetulan gigi kitorang sama! Haha.. Taring-vampire gorgeous punya version! Hahaha.. 5 years dia kat sana nanti. Haduh.. Lamanya! Boleh mati kering sebab rindu kalau macam ni. Sob3.. But, what to do.. It's for the sake of chasing dreams, ambition and a better future.
And for Suganti.. I wish you a good, happy life, stay healthy, jangan makan banyak sangat 'wade' kat sana, bila study jangan rajin sangat dan jangan malas sangat! Haha.. Kirim salam kat mana2 M'sian students yang cute2! Haha.. And I just want you to know that I appreciate every single thing that we did together. A great honour to have you as my friend, best friend and family. Farewell, buddy! Love ya and will miss ya loads! Sob3.. :'(
Kawan Suganti - Nanti bila dah jadi dentist, ada clinic sendiri and bila I datang buat treatment, jangan lupa kasi discount tau. Alaa.. Free je pun takpe, kan!
Suganti - Cannot! Kena bayar.
Kawan Suganti - Ceh.. Dentist kedekut!
Suganti - (*jelir lidah)
Kawan Suganti - Kalau you tak kasi discount jugak, I bakar clinic you! (*gelak jahat)
Suganti - Oh really? Kalau terbakar, I tahu-lah nak suruh polis cari siapa!
Kawan Suganti - Ceh.. Dentist kedekut! Dan cruel! (*jelir lidah)
I wrote this poem when I was 14. Alaa.. Setakat poem level amatur aka standard kanak2 Ribena. Haha.. Nevertheless, I dedicate it for you, Suganti.. *Saya sedih!
:'(
Kawan.
Kau disana, aku disini.

Kita terpisah, tapi tidak di hati.

Impian kita kuingati.

Walau jasadmu tak dapat kuperhati.
Memori bersama kujadikan teman pengubat rindu.

Dikala aku sepi tanpa gelak tawamu.

Dikala aku sayu tanpa senyumanmu.

Sebungkus kesuraman menjadi tetamu.
Namun, kita pernah berikrar untuk setia berkawan.
Walau jarak tak mampu ditawan.

Sama2 kita mencari kejayaan.

Walau penuh kepayahan.

Agar bangga bila berdampingan.

Kelak, di masa depan.

4 comments:

  1. kwang,congrat u dare to chase your dream even at india,to become a dentist,when you come back here in malaysia,dont forget to open a dentist clinic!
    i gotta check my teeth...smile
    from bradley smkv 2006

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. syiok nya. sy baru sja junpa ni dr. dia skrg d utc kk. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...