Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 22, 2009

The Best Malam Raya Ever!

Salam + a BIG smile to all.. :)
Malam raya yang paling best time kat kampung hari tu. Tangan ni asyik dok menyumbat segala macam jenis kuih raya yang Mak Lang buat. Tu belum masuk bab rendang daging, rendang ayam, ketupat dengan lemang yang HEAVEN! Haduh.. Sampai senak + sendat perut ni. Huhu.. Raya, okay! Kalau tak makan benda2 tu semua, memang takde style beraya yang 'true' namanya! Hehehe..
Tepat pukul 8.30 malam, semua 'tentera Merah' dah standby menghadap tv. Air botol 'Long Chan' pun dah siap dipegang . Macam2 perisa ada. Sarsi, Oren, Ice-cream soda! Fuh.. Manalah tau, kot2 karang tekak kering sebab banyak menjerit time tengok game ManU dengan ManC nanti. Huhu.. Ayah, Abang, Angah Farid dengan Abang Long Fairuz siap complete dengan nasi himpit + kuah kacang! Ish.. Lawan toke je.. ;p
Game start. Huhu.. Excited! Rooney sumbatkan satu goal pada minit kedua. Best! Lepas tu, ManC pulak dapat satu goal. Haa.. Time nilah rasa macam nak ketuk2 je si Foster yang clumsy tu! Ugh.. Lepas tu, Fletcher kasi satu goal. Lepas tu, ManC pun curi satu goal. Lepas tu.. Lepas tu.. Lepas tu.. Haish.. Bila nak stop kalau asyik 'lepas tu' je!

Argh.. Tension! Keadaan semakin tegang. Air botol 'Long Chan' dah lama habis diteguk gara2 geram level kronik. Yang lain2 pun sama jugak. Nasi himpit dengan kuah kacang tadi pun dah lama licin, clean and clear. Aisey.. Masa dah nak dekat habis. Asyik seri je! Aaa!!! Nasib baik si Fletcher 'hadiahkan' lagi satu goal. Yay3! Performance Giggs memang 'macho'. Syok tengok dia main. Tak lupa jugak dengan ex-player ManU yang dulu memang termasuk dalam list favourite tuan punya blog, si Tevez yang rajin dan humble.. Tsk3.. :'(


Takut jugak kalau2 insiden Adebayor 'mengejek' Arsenal fans akan 'diulangi' oleh si Tevez ni. Hehe.. Manalah tau kot dia dah bertukar jadi 'action'. Huhu.. But still, he was so calm and paid everyone a full respect. Given, si goalie ManC pun banyak save ball. Ish.. Terlebih terror pulak mamat tu. Jealous! Hahaha.. Bagus! :D
Hampir 90 minit. ManU dah lead dengan 3 goal. Rasa confirm dah boleh menang. Tiba2 si Ferdinand mangk_k buat hal! Aaah..! Bellamy dah curi masuk satu goal dari si Foster yang memang lalai level kronik malam tu! Tension3! Geram!
Carrick masuk. Owen pun masuk. Confirm ManU dengan ManC seri malam ni. Tawar je hati. Lebih2 lagi bila tengok banyak sangat cubaan goal yang gagal. Aduh..
***
**
*
Berkat malam raya, Owen senyap2 standby kat belakang. Satu goal kemenangan dari mamat tu! Woohoo! Best2! Guess what.. Additional minutes selama 7 minit! Lama, kan? Best! Nasib menyebelahi ManU nampaknya. Berkat malam raya-lah, katakan.. Hehe..


*p/s - Fergie kata, "Jiran, jiran jugak. Kalah, kalah jugak." Hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...