Related Posts with Thumbnails

Friday, September 25, 2009

Macam Biasa-lah..


Pukul 3.00 pagi semalam kutengok bola sorang2.
Kata je nak join sama menumpang.
Tapi Ayah dan Abang dah lama 'tumbang'.
Hailoh.. Nak tak nak terpaksalah 'membujang'.
Remote Astro kupegang.
Kaki dah siap disilang.
Bila tengok barisan player ManU di atas padang.
Mataku mencari-cari seseorang.
Aik! Mana pulak si Vidicku menghilang?
Langsung tak nampak bayang.
Aisey.. Rupanya dia tak turun 'gelanggang'.
Rest & relax kot sebab penat lawan ManC hari tu pun masih tak hilang.
Hmm.. Biarlah dia nak rehat2kan tulang.
Sekali lagi Piala Carling menjelang.
Huhu.. Bestnya bila kembali mengenang.
Season lepas, Carling Cup itu ManU yang bawa pulang.
Ribena yang tadi kubancuh hampir nak kontang.
Mata pun dah kuyu tak larat disengkang.
Apa ni! Belum ada goal pun yang nak dibilang.
Macam biasalah si Nani tu ingat nak main sorang.
Mentang2lah bebudak ManU yang lain tu separa 'matang'.
Kedekut je nak passing bola kat orang.
Eee.. Cekik karang!
Defenders pun sama je lebih kurang.
Melopong-lopong defending space besar je jurang.
Di pintu goal, si Kucshzak yang jadi 'penghalang'.
Hadoi.. Rasa kurang confidence kat mamat ni datang.
Fabio diarah keluar padang.
Bila sekeping kad merah dilayang.
Muka dia down gila, berhati walang.
Ecece.. Walang2 konon! Terjiwang-bawang!
Haha..
Apa2 pun, thanks kepada si Welbeck yang menyumbang.
Satu goal kemenangan dibawa pulang.
Hailah.. Malam tu si Wolves memang malang.
Maybe sebab jersey oren yang dipakai itu kurang shocking dan terang?
Huhuhuhu..
Yay.. ManU menang!
*p/s- Dah macam puisi cap katak kuang pulak! Kekekek.. Jom sambung makan nasi himpit dengan kuah kacang! Huhuhu.. Bye! :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...