Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 24, 2010

Nama Dia Bukan Bulat!

Cik adik ayu bertudung tu adalah kawan baik kepada minah berjersey merah tu. Walaupun gambar ini diambil ketika mereka berdua sedang sibuk menjadi model / duta tak berapa nak rasmi bagi jenama2 beras tempatan di sebuah supermarket ternama di ibu kota, mereka sempat meluangkan masa bergambar perasan bagi memenuhi permintaan seorang peminat yang datang jauh dari Stadhuys. Haha.. (*Sorry Dekno!) :P

Ya, didakwa yang mereka sudah berkawan sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Zaman kanak2 Ribena. Lap hingus pun tak terror lagi. Kalau kalkulator tu tak silap kira, maybe friendship diorang dah berusia hampir 15 tahun. (Alhamdulillah..) Sepanjang tempoh perkenalan, cuma sekali seingat saya, mereka berdua bergaduh sewaktu masing2 di darjah 3. Sebab? Budak yang berjersey merah tu tak mahu join 'main-kutu' dengan minah bertudung dan rakan2 sekelas yang lain. Haha.. Ada ke patut minah bertudung paksa brutal2 budak jersey merah supaya bayar duit kutu! Budak jersey merah kata, 'Buat apa? Konon je bayar tiap2 minggu tapi duit terkumpul tu sedap je pi kasi orang lain!' Ugh.. Ya, budak berjersey merah kurang pandai dalam bab2 main kutu segala tu semua. Namun hanya bersebabkan itu, dua sekawan ini tidak bertegur sapa selama sebulan. Eh tak! Seminggu je.. :P

Kemana-mana mesti nak berdua. Ke toilet, kantin, padang, library.. Hmm.. Tak berenggang! Kena lantik jadi prefect garang pun kira rezeki sama2. Sampai waktu mereka berdua menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, masih lagi akrab berkawan. Betul, sangat happy tapi itu semua hanya sementara. Budak berjersey merah terpaksa berpindah ke sekolah lain demi mengikuti keluarganya yang turut sama berhijrah. Terputus seketika tali persahabatan itu. Sedih? Haish.. Tipu-lah kalau kata 'TAK' tapi nak buat macamana.. Mereka berdua sekadar bertukar khabar melalui sepucuk surat 2 kali sehari! Haha.. (*Gila old-fashioned method ni sebab time tu tak pakar lagi dalam subjek sms2!) Hehe..

Mubarokah, nama sebenar minah bertudung tu punya-lah exotic lagi classic, namun 'Bulat' juga yang diminta untuk dibuat nickname. Nak kata yang badan dia bulat, takde rupa-lah pulak. Keding semedang! (Yelah Lat, konon ingat cute-lah tu! Haha..) Takpe, as friends, kita ikutkan saje. Bila ditanya apakah hobi di waktu lapang, budak berjersey merah tolong jawabkan, 'ketawa'. Ya, benar. Minah bertudung tu suka benar ketawa. Sampai level berair air mata. Tak tahu apa yang lawak sangat bagi dia. Sebab tu kat dalam tangan dia wajib 24/7, sehelai handkerchief gambar Pikachu untuk dibuat sebagai kain pengelap. Haish.. Lagi satu, dia lemah lembut orangnya. Style berjalan ala2 perempuan melayu tak berapa nak akhir sangat. Hadeh.. Kontra habis dengan rakannya yang berjersey merah tu! Dan oh.. Dia bukan-lah seorang yang kedekut sebab dia selalu belanja kawan dia air sirap 20 sen kat kantin Cik Milah bila mereka ada kokurikulum. Sebagai balasan juga, budak berjersey merah suka benar belanja rakannya itu makan cendol. Bukan nak kata dia pun sama tak kedekut tapi sebab minah bertudung tu tak suka cendol?! Haha.. :P

Namun begitu, perbezaan antara mereka berdua tetap ada. Misalnya, minah bertudung kata dia tak suka makan cendol. Minah berjersey merah kata cendol itu heaven! Haha.. Dan secara terang-terangan juga, minah berjersey merah itu merupakan supporter kepada kelab bola sepak ter-terror di dunia iaitu ManU (Eceh! Haha..) Manakala minah ayu bertudung tu supporter cap 'lalang'. Dia kata dia fan Chelsea. Tapi keychain hp dengan tracksuit dia ada cap Arsenal! Ugh.. Senang cerita, mereka merangkap title part-time rivals when it comes to football matter. Hehe..

Banyak kalau nak di'kepoh'kan lagi sebenarnya. Tapi, untuk mengelakkan semua dari tertidur di depan screen pc, biar-lah sampai di sini sahaja. Dan untuk apa description berjela-jela ni semua?

Sengaja. Haha..

(*Bulat, eventhough I know that you'll be having no time to view my 'lau yah' blog ni due to kesibukan seorang lawyer-wannabe, whatever it is, this post is for you dan juga bersempena dengan our 15th friendship anniversarry. Haha.. Hopefully friendship kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. And the time that we've spent last week was like drinking teh ais manis sebanyak 5 gelas. It's unforgettable, okay! Haha.. A pleasure to have known you, babe.. And of course.. Happy birthday yeah!) :D

From.. Budak berjersey merah tu! Blek! :P

5 comments:

  1. akak..bes fren akak ke tuh? tapi nape amek gamba cam baru gaduh je... hehe! leka aunty bace cite dolu-dolu akak ngan fren akak tuh! best kan moment semua tuh....

    ReplyDelete
  2. Haha.. Ya, Aunty. Tu best friend akak. Kitorang perasan bergambar konon rival sebab dia pakai tracksuit Arsenal tak ngam dengan jersey merah ManU tu! Hahaha.. Ye, betul tu Aunty. Those moments time budak2 dulu memang syok! Hehehe.. Terima kasih! Sayang Aunty! Hahaha.. :D

    ReplyDelete
  3. akak.. yg baju red devil tu akak ke? haha

    ReplyDelete
  4. 15 anniversary? wah.. bole ingat tarikh start berkawan... chayok2

    ReplyDelete
  5. Mr. Errul - Ahaha.. Yeah, adik.. Tu akak kepada akak kepada akak yang lagi satu punya akak. Haha..

    Mr. Asrap - Hoho.. Alhamdulillah.. Selagi tak kena attack dgn Alzheimer, selagi tu can afford to remember my friendship anniversary. Hehehe.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...