Related Posts with Thumbnails

Friday, January 22, 2010

Nah.. Hambik!

(Saat ini.. Jantung sedang berdegup kencang hampir 'terkeluar'. Tercungap-cungap macam baru lepas lari pusing satu Old Trafford. Peluh pun belum kering lagi. Ini semua sebab..)
Pukul 2.15 pagi. Rasanya dah berdengkur sampai ke Manchester kot. Plan nak visit Vidic kejap dalam mimpi. Walaupun lampu bilik tidur ni sengaja dibiarkan hidup atas 'sebab2' yang tertentu, maka kejadian gila tadi masih lagi fresh dalam ingatan. Eceh!
Sungguh-lah bernasib baik kalau nak dikirakan pun. Sebab selalunya takde-lah nak berani macam ni. Haish.. Agaknya macam tu-lah kalau orang tengah darurat. Bila dah takde sesiapa yang nak tolong dan akan tolong kita bila di dalam kesusahan, terpaksa-lah kita sendiri yang pandai2 'jaga' diri sendiri. Tapi, kenapa 'dia' suka sangat datang buat kacau? Dah tu, pandai pulak pilih time! Time orang tengah sedap berdengkur dan hampir2 nak berdating dengan Vidic kat kedai mamak around Manchester sana tu! Ces..
Walaupun terasa geli-geliman dan peluh kat dahi ni pun masih belum sempat nak dilap, kira macam bangga pulak kat diri sendiri bila terlihat si 'musuh' kecundang. Padan muka dia sadin tersadai kat celah tisu tu. Dalam tong sampah, to be specific. Haa.. Tulah! Siapa suruh kacau orang tengah berdengkur. Siap terbang2 sana sini. Hinggap2 kat muka pulak tu! Ee.. GELI! Haa.. Hambik!
*P/s - Kepada keluarga, sepupu-sepapat spesis si 'mangsa' atau nama sebenarnya, Mr/Mrs LIPAS TERBANG2 GILA MORON yang telah mati dek kerana libasan maut majalah dari tuan punya blog tu, sila tuntut 'jenazah' di kawasan tempat pelupusan sampah sekitar suka hati korang-lah..
*Okay, nak sambung dengkur balik. Mesti Vidic dah tolong order-kan teh ais kat sana! Hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...