Related Posts with Thumbnails

Sunday, January 18, 2009

1 Goal = Sakit Tekak!

Manchester United VS Bolton
Result.. 1 - 0
Argh! The game was pretty 'crazy'. Geram je.. Nasib baik goal! Ceh.. The winning goal was contributed by a combination between Tevez and Berbatov. (Sorry.. But, he's still a *mangk_k ayun to me! Heh..) Last minute goal and it was like Phewww! Relief gila! Huhu..
Di depan tv, dah puas ku memekik, memekak.
Mula2 takde mood langsung nak gelak.
Hampir2 si remote tu dicampak-campak.
Bila tengok bola perangai macam separuh memberontak.
Tak tinggal sesi melompat, menghentak.
Bukan reti nak duduk diam buat style "Ah, lantak!"
Memang tak ingat dunia itulah trademark.
Ibu geleng kepala melihat si anak.
Nak buat macam mana dah ini gayanya rentak.
Menonton game si MERAH yang memang gempak!
Geram je bila tengok si Berbatov yang malas berdiri terpacak.
Masih ke hulu-hilir bola disepak.
Sempat bertanya di dalam hati jugak.
Apasal si sepet yang rajin, Park.
Kali ni tak main pulak?
Nasib baik ada Van Der Sar dan Vidic yang tak kurang kacak.
Kalau diorang takde rasa nak melalak-lalak.
Kepada merekalah harapan ditunggak.
Nak harap si Berbatov, ceh.. berlagak!
"Sorry, Berbatov.. Saya memang tak suka kat awak!"
Semakin hatiku berasa cuak.
Semakin api cemasku marak.
Melihat bola bergolek laju diarak.
Oleh si Tevez yang masih belum sain kontrak!
Berbatov menanduk nasib kepala tak retak.
Eleh.. Kalau retak pun okay jugak!
GOAL! Time nilah ku sakit tekak!
Mungkin sebab banyak sangat memekak.
Di ruang tamu tempat melepak.
Pak Teh, si penyokong Liverpool dah buat2 pekak.
Barangkali melayan hati yang bengkak.
Tadi sibuk dia mengagak-agak.
"Ha.. Ni Pak Teh rasa, diorang ni masak!"
Ceh.. Sekarang siapa yang kena asak?
Hati gembira dah boleh tergelak.
Sikit pun tak kisah walau ku sakit tekak..
Apalagi.. jomlah pergi mamak!

To my ManU buddies.. Weehaa! Glory.. Glory.. Manchester United!
(Psst.. Girls, ehem.. like me.. tak patut tengok bola style macam lelaki tengok bola. Betul ke? Ee.. Bukan sama je ke? Nak share macamana style you guys tengok bola pulak, okay? ; )

2 comments:

  1. yey!
    puspa tk tgk. hehe. smlm satu hr tkde uma. balik.mlm dh. pnat.lepak bilik. and.dpt msg.puspaaaa. man u menang. bukak blog.dpt dr kamu. and. yeyy!. man u rocks babe! ;).hihi

    ReplyDelete
  2. Ms. Puspa.. Hehe.. Yay3! Best, kan? Huhu.. ManU memang rocklah.. No doubt on that.. Hehe.. *hi-5! =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...