Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 27, 2009

Betul.. Tak Tipu Punya!

Tak tahu macam mana nak mula
Satu alkisah yang agak 'gila'
Tak mampu ku berhenti dari terus memikirkannya
Mungkin nanti korang tak percaya
Tapi, ini bukan rekaan semata-mata..

26 Jan 2008 adalah harinya
Semua bercuti menyambut Tahun Baru Cina
Hati gembira tak terkata
Kami sekeluarga dapat berkumpul bersama
Pak Long, Mak Long, Pak Lang semuanya ada
Sepupu sepapat, sedara-mara tak ketinggalan juga
Bukan selalu dapat bersua
Bukan main happy bergelak tawa..

Cadangan berkelah dipersetujui sebulat suara
Nak berkonvoi beberapa biji kereta
Budak-budak menjerit-jerit tanda suka
Yang tua ikutkan saja
Nak buat macam mana
Dah cuti namanya
Tapi, tentang lokasinya bagaimana?
Nak ke Perak, oh agak jauh perjalanannya
Acu kata "Ala, kita pergi yang dekat-dekat saja."
"Sungai Chongkak, bolehlah ya?"
Yang lain tersenyum gembira tanda mengia..

Anak-anak sibuk berbual melayan cerita
Ish.. Membebel-bebel entah apa-apa
Sekali-sekala berjumpa sesama sedara
Hmm.. Macam nilah jadinya
Si Ibu dan Ayah pun join sama
Ingatkan KL saja yang selalu 'jam' cap gila
Laa.. Kat kawasan kampung pun lebih kurang sama
Hadoi, punggung pun dah hampir kematu di dalam kereta
Ibu kata "Ha.. Jangan nak mula."
"Ini semua siapa punya idea?"
"Jangan nak komplen2 segala."
"Duduk diam2 buat taik mata."
Huhu.. Yang lain dah tak boleh nak kata apa..

Habis sesi meredah sesaknya si jalan raya
Sibuk pula nak mencari tempat parking kereta
Hoho.. Matahari dah terpacak di atas kepala
Biasalah, sampai2 pun dah tengahari buta
Fuh.. Ramainya manusia
Ada ke lagi tempat nak 'bertapa'
Cari punya cari, sekali ada
Selesai menghidang, semua bersila
Perut yang lapar memang menyeksa
Meleleh-leleh air liur menahan rasa
Hah, time makan semua tak ingat dunia
Tak pandang dah kiri kanan semua..
Sudah kenyang baru sedar sungai di depan mata
Huish.. Tak sabar2 nak bermandi-manda
Air deras sejuk tak terkata
Huh, itu semua tak payah diambil kira
Yang penting, jom kita bergembira
Tak sempat nak toleh jam mengira masa
Masing2 fokus menikmati keindahan ciptaanNya
Sungguh, waktu itu memang gembira
Kalau boleh nak berhentikan masa
Cheit.. Semua itu anganan saja
Bukankah masa selalu mencemburui kita?

Part yang gila kini tiba
Sekali lagi ku ingin berkata
Ini betul2 dan bukan rekaan semata-mata
Sedang kami bermandi-manda
Tiba2 kedengaran teriakan seorang jejaka
Sambil melambai-lambai tangannya tinggi ke udara
Dalam hati, ingatkan mamat ni tak betul ke apa..
"Tepi! Tepi! Ada *b_bi! Tepi!"

Hah!!!!????
Gila???
Ya!!!!
Memang benar kata si jejaka
Dari jauh kelihatan bangkai *b_bi yang sudah kelabu warnanya
Dibawa dek arus air yang laju tiba-tiba
Kacau! Ini semua memang gila
Kami semua bertempiaran lari mengelakkannya
Cuba bayangkan kalau terkena?
Uish, tak ke naya!
Memang tak terlintas langsung di minda
Si bangkai *b_bi yang muncul entah dari mana
Mengganggu-gugat keceriaan semua manusia
Lebih-lebih lagi buat kami sekeluarga
Bau? Uish, tak payah nak kata
Mana ada bangkai yang wangi baunya..

Ya Allah.. Sungguh kami tak percaya
Perkara ini memang luar biasa
Terjadi buat kali pertama
Ya, ia amat gila!
Sungai yang tadi penuh dengan gelak tawa
Kini suram tiada perenangnya
Ada yang sudah berkemas nak balik agaknya
Dan kami keras tanpa kata
Nak mandi kembali dah tiada selera..
Argh! Hati masih lagi tertanya-tanya
Entah siapa punya kerja ini semua
Bikin havoc, nasib baik tak masuk berita
Hadoi.. Tak tahu nak komen apa
Cuma yang pasti satu perkara
Hari itu takkan dapat dilupa
Segar bugar di dalam kepala
Satu kenangan di luar jangka
Kisah suka duka bercampur gila
Yang kami hadapi di Tahun Baru Cina..

2 comments:

  1. uih...panjangnyeh gurindam die..
    maken menjadi jadi nih...huhu~

    itu hari kami ade berdekatan kawasan sg congkak juge...photocamp kt agrotek..:)

    silap2 mase tgh jemm tuh kite dok selang dua kete jer..hehe...

    ReplyDelete
  2. Panjang gurindam ada sebabnya
    Saje je nak tempias rasa tak percaya
    Kenalah cerita dari mula2
    Hehe.. Sebab tu panjang berjela-jela

    Laa.. Yeke? Kitorang sempat dropped by makan durian jugak kat tepi jalan yg jammed gila tu! Huhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...