Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 10, 2009

Today, We're Famous!

Salam all..
Yeah! Hari ni memang hari famous. I mean, for my family and I lah.. Famous yang macam mana tu? Ada masuk tv ke? Ke masuk paper? Tak pun, di YouTube? Eceh..
Around 1 o'clock in the afternoon, hari ni, kami sekeluarga sedang khusyuk melayan tv di ruang tamu. Then suddenly.. BANG! Oh.. oh.. Ini mesti kanopi rumah telah menghempap kereta manja kami macam dulu2! Alamak..! Tragedi lama berulang kembali..! Huish.. Sounds dramaticlah sikit, kan.. Hihi..
Kami semua lupakan tv dan macam berjanji pulak untuk serentak bangun menuju ke ruang depan rumah. Laa.. Accident rupanya! Ayah keluar dari gate dan cuba check keadaan si driver atau penumpang lain yang mungkin cedera dalam kereta tu.
"Eik! Takde oranglah.." kata Ayah siap dengan muka cuaknya. Kami yang lain2 pun cuak jugak sebenarnya. Aduh! Siapa pulak yang drive kereta ni. Takkan hantu kot? Atau si Invisible Man mungkin? Ish.. Tak masuk dek akal langsung! Siapa punya kereta ni!!!!!
Part famous yang dimaksudkan tadi ialah.. Semua orang, I repeat.. SEMUA ORANG! Tak kiralah yang bawak kereta, bawak kereta baby, bawak basikal, bawak motor, bawak kaki, eh.. jalan kaki akan memandang ke arah kami berenam yang steady berdiri kat depan rumah. Eleh! Apa pandang2? Siap berhenti sengih2 pulak tu! Ceh.. Sekeh karang..
Ayah check lagi kereta tu. Sah2 tiada driver or even passenger. Alhamdulillah.. At least no one is hurt. Check dan check lagi.. Laa.. Rupanya, si tuan punya kereta tak tukar gear P (parking).. Selambe je tarik hand break and keep the gear at 'N'.. Hadoi! So, kereta yang sebelumnya diparking lebih kurang 250m di pinggir jalan telah laju menuruni jalanraya yang agak curam. (One way dan atas bukit). Yang pelik, pandai pulak kereta tu aim port nak 'BANG'! Fuh.. Nasib baik hanya kena kat 'tembok' peti surat + bilik sampah yang kebetulan berada di tepi gate rumah kami.. Kalau kenalah kereta comel kami, hmm.. Mintak ganti balik dengan Volkswagen Beetle! Huahua..
Sampai sekarang pun, owner kereta tu tak ambil lagi kereta dia. Ada lagi kat depan tu hah.. Tersadai dengan bangganya.. Hehe.. Jahat! Baru je lepas Abang Polis datang rumah. Goncang gate rumah macam nak roboh. Aha! Ni mest nak mintak autograph.. =p
Then, Ayah, Abang dan Kakdik keluar.. Uish, berani minah ni buat 'report-tak-rasmi' kat Abang Polis tu. Lupa terus kat Ayah dan Abang di sebelah! Huhu.. Semangat waja je style dia macam tengah baca sajak. Ayah dan Abang dah tak boleh nak cakap apa.. Hihi.. Pot-pet-pot-pet.. Abang Polis tu pun chow sambil tergelak-gelak besar dengan kawan dia yang sorang lagi tu. Cuba tanya dia kenapa..
Kakak - "Kakdik cakap apa kat dia?"
Kakdik - " Cakaplah.. Kereta yang terjungkit kat depan tu bukan kereta kita tapi kereta orang lain. Tiba-tiba je tadi dia (kereta) datang 'turun' ke rumah kita. Lepas tu, letak gear tak betul. Hand break tarik pulak."
Dengan semangat lagi Kakdik berhujah. Kami menahan gelak. Uish.. Dia tengah emo tu, bahaya! Hehe..
Masuk ni, hampir 20 orang datang ketuk pintu rumah sebab nak tanya "Kenapa dengan kereta tu?, "Accident ke?".. Ceh.. Kepoh je! (Heh, sorry..) Yelah, bila dah tanya2, terus chow macam tu je.. Ish2.. Famouslah kami sefamily.. Bila Ayah siram bunga tadi, macam biasalah.. Berderet kereta berhenti sebab nak tengok. Err.. Bukan tengok style Ayah siram pokok! Tapi tengok kereta tulah! Haha.. Ish2.. Bila pandang kereta tu, mesti diorang tengok rumah kami. Tadi, bila saya ambil gambar kereta ni, kereta yang lalu lalang siap hon2 lagi! Ceh! Yang berhenti tu, jangan cakaplah.. Ugh..!
Susah jugak jadi famous ni! Hehehe.. Oh yeah! Mungkin kejap lagi, Karim Singh Wolia (tv35) akan datang rumah buat interview. Bukan Karam Singh Walia (tv3) ye, adik2.. Err.. Saya nak siap2 dulu! Hehe.. Bye!



This is the car that accidentally makes us (my family) famous today.. Huhu.. ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...