Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 15, 2009

All In One

Salam + a BIG smile to all.. :)
Fuh.. Dah lama rasanya Blogxygen ni terbiar. Hampir2 nak masuk level 'berkulat' dah pun sebab tuan punya malas nak update! Huhu.. Nak buat macam mana, modem broadband kena masuk 'wad'.. Plus, weekends pun tak selalu ada kat rumah sebab asyik pergi open house je. Alhamdulillah.. Rezeki bulan raya.. :)
Actually, I've got nothing to ramble about here. Otak tengah kusut masai sikit. Hari ni saje macam2 benda berlaku. Haduh.. Kepala pusing level 'ting-tong' bila memikirkan. Dahlah this week ManU tak turun padang sebab takde game. Boring..
Entah kenapa hari ni terasa macam nak tengok movies sangat. Biasalah kalau hari Rabu, price tiket turun sikit jadi RM7. Haha.. At least boleh belasah tengok sampai 2 movies dalam masa 5 jam. Tapi disebabkan tren yang gila LAMBAT + jenuh nak menunggu sambil berdiri tu, tuan punya blog hanya dapat tengok satu movie je! Huh.. Almost 2 and a half hours berdiri sampai nak tercabut skru2 dan segala apa paku kat kaki dengan lutut ni haa.. "Tren ke Seremban akan tiba dalam masa 15 minit. Blablabla.." Suara awek tu bergema sekejap2 konon nak inform semua orang tentang waktu ketibaan tren. Huh! Habuk pun tarak! Sudahnya, nak dekat 2 jam setengah tercongok kat belakang barisan kuning! Tak pernah tak ramai pulak orang kat situ. Haduh.. Suka tak suka, harung jelah..
Bila dah dapat beli tiket movie (Papadom), kaki pun melangkah laju ke McD yang tak jauh pun dari kaunter tiket. Macam biasa, Double Cheese Burger (without pickles) yang dipesan. Dari lidah ke trakea mengalir pula ke perut, terasa coke yang sejuk. Fuh, lega.. Tu belum tambah dengan Sundae Cone yang RM1.05 sen tu. Heaven! Tapikan, memang dari dulu2 lagi, 5 sen pun diorang nak bedal! Eleh.. Hahaha.. :P
Hmm.. Tiba2 teringat pulak kat Suganti kat India sana tu. Ish, kalau minah tu ada, mesti tuan punya blog tak payah 'solo2' macam ni. Boring sungguh makan, jalan2, tengok movie sorang2! Sigh.. How I miss her a LOT!
Habis movie, turun bawah. Konon plan nak bertapa dengan Harry Potter kat MPH. Tengah syok2 berdating habis dengan 'Harry Potter & The Deathly Hallows' tu, tetiba satu apek pakai baju merah datang tertunduk-tunduk. "Err.. Cik.. Cik.." Mata masih lekat kat buku tadi tanpa menoleh kiri + kanan. Apek tu cuba panggil lagi. "Cik.. Cik.." Sedikit kuat dari tadi. "Ya?" Oh.. Sorry. Earphone yang tersumbat kat dalam lubang telinga terus ditarik keluar. Aisey.. Sure apek tu bengang! Hehe.. "Cik.. Err.. Sini tak boleh baca duduk." Cermin mata yang dipakai, diadjust sedikit. Apek tu menyeringai. "Tapi, saya bersila." Apek senyum lagi. "Bersila pun tak boleh, cik. Kita rugi. Kena berdiri." Ek..? Dalam hati, apa bezanya? Sama je, kan? Cangkung je kat situ karang baru tahu. Apek menyeringai tak sudah. Aisey, malas nak argue dengan apek tu lagi. "Oh, sorry yeah. Nanti saya baca berdiri." Terpaksalah reply balik senyuman dahsyat apek tu. "Thank you ar.." Hmm.. Nak tak nak, terpaksalah dating dengan Harry Potter sambil berdiri. Adeh.. Lenguh dari berdiri sebab tunggu tren kat KL Sentral tadi pun belum habis lagi.. Haish..
Kaki dah cukup lenguh bin lenguh lagi. Selera untuk terus 'berdating' dengan Harry Potter dah terbantut. Akhirnya, ke kedai YAMAHA tingkat atas yang dituju. Fulamak.. Macam biasalah kalau masuk kat kedai tu, mata mesti terbeliak je tengok guitar2 yang tersangkut. Haduh.. Coolio! Awek kaunter kedai tersenyum. Senyuman standard cap 'Welcome ke kedai kami..' dilemparkan. Takde customer pun time tu selain dari tuan punya blog ni. Dan macam biasa.. "Hi Miss.." Senyum. "Hi." Senyum balik. "What can I do for you?" Ramah je awek kaunter tu. "Err.. I nak cari guitar." Tak cakap pun tahu yang awek kaunter tu kira separa terkejut bila mendengar ayat tadi. Haha.. "Boleh. But what kind of guitar, miss?" Apa? Crazy ke nak beli guitar cap YAMAHA yang harga beribu-ribu lemon tu!? "I mean, guitar.. punya pick." Confirm awek tu bengang. Huhu.. Beli 5 pick guitar yang harga RM2 satu pun jadilah dari tak beli apa2, kan.. Nasiblah kalau masuk kedai tu. Tak dapat beli guitar YAMAHA yang berkilat-kilat level kronik tu, dapat pick guitar dari kedainya pun okay jugak! Haha.. :P
Bila balik, jalan jammed level giga. Stuck in the middle of the road for almost 2 hours. Haduh.. Wrong day to hang out, I guess.. Dahlah kena berdiri lama kat station, apek MPH tu suruh berdiri pulak kalau nak 'dating' dengan buku Harry Potter tu, hang out sorang2, makan sorang2, tengok movie sorang2, window shopping sorang2, semua sorang2.. Haila.. Rindunya kat minah Suganti tu! Huhu.. Nasib baik movie Papadom tadi best. Heh.. :/
*Tak sabar nak tengok game ManU. Rindu jugak kat Vidic dengan Evra. And oh.. Lupa nak membebel lagi pasal roti Doublecheese Burger masa lunch tadi, keras! Ek..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...