Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 14, 2009

An Advance B'day Wish


A true story..

Dulu2.. There was a little girl yang memegang 'title' KAKAK. Pergilah mana2 pun, semua orang panggil dia kakak. Itu tak kisahlah.. Tapi, nak pegang title ni, ugh.. It wasn't that easy. Lebih2 lagi masa tu, she was only 10 years old. Macam2 nak kena handle. And one of the things that she had to handle is her little brother whom was younger than her. Si kakak akan panggil adik lelaki dia, 'Abang'.

Masa time sekolah dulu, si kakak was a prefect kat satu sekolah rendah tu. Si abang (adik si kakak tadi) kebetulan belajar kat sebuah tadika yang bersebelahan dengan sekolah si kakak. Every morning, before going to school, Ibu akan pesan pada si kakak, "Kakak, tengok2 kan abang tu nanti." Si kakak angguk saje. Bila dalam kereta on the way nak ke sekolah, Ayah akan pesan pada si kakak, "Kakak, please look after your brother, okay." Si kakak angguk lagi. Pendek kata, hari2 si kakak akan dengar ayat2 ni dari si Ibu dan Ayah. Takpe, si kakak ikutkan saje..
Then, pada satu hari..
Pengawas: A, Cikgu Salmah tadika tu panggil youlah!
A: Ek..? Yeke? Dia nak apa?
Pengawas: Entahlah.. Pergilah tengok!
Si kakak terus berlari ke arah satu-satunya pagar besi separa karat yang memisahkan kawasan sekolah rendah si kakak dan tadika si abang. Sedang si kakak tercungap-cungap dek berlari tadi, seorang wanita yang berkebaya ketat menghampiri. Terserlah tahi lalat yang tak kurang besar saiznya kat tepi bibir berlipstick merah pekat tu.
A: Ye, cikgu. Cikgu ada panggil saya ke?
Cikgu: Ha'ah.. Saya yang panggil kamu. Kamu ni, kakak Azril kan?
A: Ye, saya. Kenapa dengan dia cikgu? (Dah separuh cemas dah ni!)
Cikgu: (Sempat pulak membetulkan kain tudung yang kononnya tersenget sikit tu! Ceh..) Haa.. Adik kamu.. Adik kamu.. Si Azril..
A: (Dalam hati: Eh2.. Cikgu ni.. Gunting tahi lalat cap Phua Chu Kang tu karang baru tahu!) Kenapa dengan adik saya tu cikgu? Dia terjatuh ke?
Cikgu: Tak2.. Dia tak jatuh. Ada tu ha.. Kat dalam toilet. Dia buat 'cake'!
A: Laa.. (Dah agak dah..) Habis tu cikgu panggil saya ni sebab nak suruh 'settle'kan adik saya ke?
Cikgu: (Tahi lalat cap Phua Chua Kang si cikgu dah terangkat-angkat dek kerana sengihan ala2 kerang busuk cikgu tadi!) Ye.. Macam tulah kiranya. Tangan cikgu hari ni entah kenapa. Rasa sengal2 pulak. Boleh kamu tolong?
A: (Heh.. Bukan tangan cikgu je yang sengal2!)
Nak tak nak, si kakak dengan pantas menyelak kain uniform sekolah dan berlari-lari melintas sempadan pagar di antara tadika si abang dan sekolah rendah si kakak. Dalam toilet, kesian pulak si kakak tengok si abang yang letih mencangkung dengan muka sembab + lembab dek air mata.
Kakak: Jangan nangis2. Pandang tembok tu. Kenapa tak basuh sendiri? Ini bukan rumah tau. Kalau kat rumah, bolehlah kakak yang tolong cucikan. Ni tak.. Memang expert sungguh kasi orang buat kerja overtime!
(Bebel dan bebel.. Tengah2 'cuci' tu pulak sabun buku LUX tu takde! Ish3..!)
Abang: Tak payah sabunlah, kak. Balik rumah baru sabun!
Kakak: (Ceh..!)
And since that day, nama si kakak akan dipanggil oleh cikgu tadika tadi bila si abang selesai memproses 'cake'! Tak payah pakai walkie-talkie ke apa2 ke.. Cikgu tu cuma jerit nama je dari pagar sebelah. Apadaa punya cikgu tadika.. Suara mengalahkan corong speaker! Si abang ni pun satu jugak. Macam tau2 je. Bila masa si kakak tengah REHAT kat kantin ke apa ke, haa.. time tulah dia suka benar buat 'cake' dia! Ceh..
Tapi, ini semua cerita beberapa tahun yang lepas. Dah lebih dari sepuluh tahun dah cerita ni. Ibu dengan Ayah pun tak tahu lagi pasal hal si kakak dengan si abang yang satu ni. Hehe.. Bila fikir2 balik, time flies! Cepat sangat! And now, budak kecik yang dulu2 tak pandai 'cuci' punggung sendiri, yang belajar kat tadika, yang suka buli si kakak dah pun besar panjang! Tak payah si kakak nak jaga dia 24 hours macam masa kat sekolah dulu. Hey, bro.. You're already 16 by next week daa.. ;p
Oleh itu, I dedicate this post to this dude, Azril. A lil' bro to si kakak tadi. A son to Ibu and Ayah. A big bro to Kakdik and Adik Azrul. A percussionist that has a big appetite! Hehe.. Sorry, bang! That has turned up to be a grown-up dude.. Happy 16th Birthday, Abang and may Allah swt bless you.
P/s.. B'day present takde. Teh ais mamak favourite, okay? Extra papadom! Hehe.. ;p

4 comments:

  1. wargh!! kakak!! kakak best!! nak jadi adik kakak leh? heheh

    ReplyDelete
  2. Adik.. Nak jadi adik kakak ye? Hoho.. Boleh saje.. Jangan lupa spare sabun LUX eh! Hahaha.. ;p

    ReplyDelete
  3. dolu2 si akak dok 'cuci' si abang...lanih si abang dok 'cuci' si dedek pulak...cano tuh?? haha...hepy beday in advance ye abg..

    ReplyDelete
  4. Ummi Dedek - Hehehe.. Ha'ah, kan.. Ya tak iya jugak. Tulah namanya karma! Huhu.. Kakak cuci Abang cuci Dedek! Tapi, dah tak pakai sabun LUX daah.. ;p

    Abang said thanks for the b'day wish! ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...