Related Posts with Thumbnails

Saturday, May 30, 2009

Hmm.. Whatever!

Tadi..
Hari ni Ibu kata dia malas nak masak untuk makan malam. Penat katanya. "Okay!" Semua pun apa lagi.. Standby! Destinasi perut ke mamak favourite macam biasa.. Okay, hati si kakak dah melonjak suka. Mata dah terbayang-bayang gelas teh ais yang memang tak pernah tak rindu! Huhu..
Bertolak agak awal dari rumah. Alaa.. Kakdik kata tak payahlah rushing2, kak. Tak lari pun mamak tu. Jomlah kita ronda2 dulu. Ceh! Si 'mak-nenek', Kakdik dah bagi suggestion. Satu kereta tak bersuara apa. Berfikir kononnya. Ayah yang pegang stering pun diam sama. Ibu kat sebelah pun sama jugak. Akhirnya, si Abang kata.. "Okay jugak.. Jom kita pergi ______, Abang nak cari jersey ManU. Takkan Abang nak pakai t-shirt Pagoda je bila pergi stadium bulan 7 ni."
Si kakak yang tadinya agak bengang sebab plan awal nak minum 2 + 1 gelas teh ais sudah di-postpone dengan satu cadangan yang agak munasabah. Dalam kepala.. 'Ha'ah.. Ya tak iya jugak. Jersey ManU nak jugak kena standby. Takut2 esok bila nak dekat bulan July, orang kedai jual mahal!' Lepas menimbang-tara segala benda, kira satu kereta dah sebulat suara nak pergi ronda2 sebelum pergi serang roti canai dengan teh ais. Hmm.. ;p
Jalan punya jalan.. Terjumpa satu kedai _____. Banyak jual accessory team2 football yang famous. Abang, Kakdik dan lain2 dah masuk kedai sebelah. Takpe.. Belek punya belek, cepat saja mata ni ternampak kelibat si Vidic yang di'potrait'kan di dalam sebuah keychain yang bersaiz tak besar dan tak kecik. Hmm.. Dalam hati siap kira2.. 'Ini kalau tak beli benda ni, memanglah jenayah. Kalau tak beli nanti Vidic marah!' Hehe.. Apalagi.. Terus je sambar benda tu dan pergi ke kaunter. Kat situ, ada sorang mamat yang tercongok kat situ. And guess what..? Mamat tu siap pakai jersey colour 'Biru' pekat. Ceh.. Ceh.. Ceh.. :(
Budak MERAH : Ini berapa ye? (*senyum separuh je. Blueek!)
Budak BIRU : Oh.. Ini RM5.50 je. (*gelak)
Dengan penuh terhegeh-hegeh mamat tu mengira duit. Benda yang nak dibayar satu je. Tapi cara kira macam beribu-ribu 'lemon'! Ceh..
Budak BIRU : Minat ManU ek? (*senyum konon!)
Budak MERAH : Ha'ah.. (*siap angguk kepala sekali. Bangga!)
Budak BIRU : Hari tu kalah, kan? (*senyum dia dah makin lebar.)
Budak MERAH : Ha'ah.. (*senyum balik. Oh.. Nak cari pasal ye..!)
Budak BIRU : 2-0 tuh! (*gelak pulak!)
Budak MERAH : Tau.. (*ada jugak yang makan nasi guna straw karang! Tapi, cool down.. chill..)
Budak BIRU : Awal2 lagi dah agak mesti kalah. (*gelak lagi. Kuat.)
Budak MERAH : (*serius sarkastik mamat ni! Tak sedar diri sendiri pakai jersey colour BIRU!) Memanglah.. Team lain ada baaanyaaak masa nak main 'agak2' kat rumah sebab awal2 lagi dah kalah.
Budak BIRU : (*diam.)
Budak MERAH : 'Terima kasih' banyak.. (*senyum style 'Red Devils', ambil baki duit dan blah!)
Mamat BIRU : (*diam lagi. Eh tak.. Bengang kot!)
Dan.. 2 gelas teh ais kini kat depan mata. Senyum tak pudar lagi. Abang dengan Kakdik sibuk tanya kenapa. Bila bagitau cerita, diorang pun sama jugak. Senyum meleret sampai ke telinga! :D
*Moral of the story.. Mamat BIRU (dan warna2 lawan yg lain) konon nak jadi part-time supporter untuk Barca. Eh, hello! Kut ye pun, janganlah kasi nampak obvious sangat. Pakai jersey team lain, ada hati nak support team lain! Cheit..! Dan oh.. Apasal display banyak sangat jersey Barca kat depan kedai? Siapa yang nak datang Malaysia bulan 7 ni? Barca ke ManU? Tak tau market langsung! Hmm.. Whatever!

6 comments:

  1. kenala dia kau-kau ckit...brani dia wt camtu,sedia senyum-ketawa lg...MU best la wei

    ReplyDelete
  2. Bro Brad - Haha.. Budak BIRU tu sengaja je nak cari pasal.. Haha.. Yeah, ManU BEST! Huhu.. :D

    ReplyDelete
  3. wahhh...ini betul2 marah nih kak! sabar...sabar ye kak. gi ciom kanak2 kat bawah tuh, sure sejok hati sket! even aunti x tgk bola, 'kaki keras + kayu'... tapi aunti minat takraw! haha..ade kene mengene x dgn MU?

    **jgn marrraaaa haaa...

    ReplyDelete
  4. Ummi Dedek - Kekekekek.. Tulah, leceh kalau tengok bola ni. Emo memanjang! Hihihi.. Lebih baik beralih angin kepada takraw! Huhu.. :p

    ReplyDelete
  5. haha i LOVE you! your entries are so funny. next time you meet that kind of person, belasah je.. if i were you, nasib lah.. confirm gaduh besar punya!

    ReplyDelete
  6. Nes - Hahaha.. Love you too! I felt like 'belasah-ing' him but then.. ManU fans should be rational at all times, huh? Huhu.. Never mind.. Next time, I'll ask you to escort me invisibly to go through this 'war'.. Hehehehe.. :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...