Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 15, 2008

Can I Rewind the Time?


Can I rewind the time? Hehe.. Obviously not!

But, I wish I could..

Reasons why?

Nak jadi a baby semula!

Hehe.. Kalau dapat jadi a baby balik, I'm the most happiest human-being in this world! Woohoo.. Tapi, berangan jelah.. Jika diingat-ingat balik, masa jadi babylah yang paling syok dalam hikayat hidup kita. Baby takkan kena marah, rotan walau ada buat salah yang terbesar pun. Makan? Kena suap! Woohoo! Then, lepas makan tu tak payah pening2 lalat nak fikir pasal pinggan. Dah besar2 ni, lepas makan basuh jelah pinggan dengan cawan sendirian berhad! Ugh.. Tidur pulak ada orang yang tolong dodoikan. Syoknya! Mandi? Hmm.. Tak payah cakaplah.. Mandi air panas yang suam-suam and just nice je rasanya bila kena kat kulit ni ha.. Nak pendekkan cerita, being a baby is the best thing in the world. Segala-galanya orang lain yang buatkan untuk diri kita. And the 'orang lain' tu ialah our parentslah, kan.. Nak nangis? Nangis je kuat2.. Nak ketawa? Ketawa je guling2.. Nak 'buang angin'? Hmm.. Boleh saje walau bau 'angin' tu boleh buat 10 orang disekeliling kita koma tak bangun2.. Hee.. Nak2! But, can I rewind the time?

Nak jadi budak kindergarden semula!

Bila dah jejak kaki kat sekolah rendah and then proceed to the secondary school, huu.. Lagi pening! Bukan pening2 lalat lagi dah tapi pening langau! Macam-macam nak kena belajar. Classmates yang macam-macam rupa, perangai.. Cikgu2 pulak yang memanjang kasi homework! Tu belum plus and multiply dengan tests, exams.. Lagi migrain! Jadi pulak prefect, class monitor or librarian. Lagi banyak kerja! Tambah bila dah masuk alam teenagers waktu kat form 3 to form 5.. Friends and non-friends tend to be someone yang ala-ala kuih 'seri muka' (ala.. kuih yang warna hijau kat bahagian atas and putih kat bawah tu.. Sedap!) They all ada multi-personalities. Ada tu baik kat luaran tapi kat dalam, Tuhan je yang tahu. Then, bagi yang nampak macam mafia kelas satu tu, kadang-kadang mereka itulah yang berhati jujur and lurus. Hmm.. Macam2! Dan itu semualah yang kita kena hadapi. Subjek dari kat sekolah rendah sampai ke sekolah menengah is totally different. Lebih susah dan lebih susah! Huhu.. Chemistry, Biology, Physics, Literature.. Mathematics pun dah upgrade jadi Additional Mathematics! Ugh.. Migrain tahap kronik.. Sebab tulah, I feel like I wanna rewind the time. Pergi belajar balik kat kindergarden/tadika. Double syok tuh! Belajar A B C to Z.. Kira-kira sampai angka 10.. Main masak2, plasticine, colour2.. Siap boleh take a short nap lagi.. Tidur kejap sementara nak tunggu parents datang jemput.. Best, kan? Homework? Jarang2 ada.. Assignment? Langsung tarak! Huhu.. Nak3! Jadi budak kindergarden balik.. Huhu.. But, can I rewind the time?

Nak jadi budak sekolah balik!

Pulak dah.. Masa belajar dulu, tak nak pun rajin2 pergi sekolah. Ni bila dah tamat sekolah, nak pergi belajar kat sana balik. Ee.. Tak faham2.. Hati ni memang susah nak faham.. Bila tak pakai school uniform tiap pagi, rasa semacam je. Bila keluar ambil adik2 dari sekolah, rasa macam tua je.. Yelah, dah tak jejak lagi kat atas tanah sekolah! Buku2 pun langsung tak sentuh. Otak pun dah karat. Bila adik tanya, "Apa beza zaman Neolitik dengan zaman Paleolitik, kak?" dan "Macam mana nak kira soalan matematik ni?".. Hmm.. Memanglah ternganga! Lupa habis! Huhu.. Kesian, kan? Dah habis sekolah, kena fikir pasal nak further study kat ceruk mana pulak.. Part-time job? Nak duit, pergilah kerja! Haha.. Mana ada duit poket from Ayah lagi.. Cari sendirian berhadlah.. Aww.. Boleh tak putar masa ni?
The answer is always a 'NO'!
Buatlah macam mana pun.. Pergi buat plastic surgery biar jadi budak kecik macam baby sekali pun takkan mampu membuatkan kita kembali pada masa lampau. Yeah.. Time goes by.. Time waits for no one.. Sebab itulah, we've got to live our lives to the fullest. Hihi.. Tu orang yang cakap. For me, each minute that I've gone through is precious. And of course, everybody has got their thin and thick period (masa susah dan senang) but hey, it's part and parcel of life. Ada challenges and obstacles yang perlu kita tempuh. Allah s.w.t itu Maha Adil. He will help those who helps themselves, kan? Kalau hari-hari kita happy, excited takde rasa sedih, offended dan kena tipu, macam mana kita nak learn to be tough!
A message for me, myself and I actually! Hehe.. For you guys too.. So, enjoy doing your things! =p

1 comment:

  1. The boy (in the blue shirt) is my lil' brother.. Hehe.. Thanks for the pose, bro! Huhu.. =P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...