Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 6, 2008

Happy 5th Birthday, Adik!



Thursday, 6th November 2008


Happy 5th Birthday


Muhd Azrul Bin Mohd Aidil




This little fella muncul few years back when I was at a level called level budak2 Ribena lagi. Masa tu tahun 2oo3 nak masuk 2004. At that time, kitorang (Abang, Kakdik and I) langsung2 tak tahu yang we were going to have an 'adik'!! Baik punya nyorok, we didn't even realize yang waktu tu Ibu tengah pregnant. Fuh.. Dahlah kitorang punya ke'naughty'an tu kalau dicampur tambah memanglah boleh kasi Ibu dengan Ayah tension tahap kronik! Ntah macam manalah both of them boleh tahan.. Nasib baiklah tak jadi pape kat Ibu..
Masa tu bulan Ramadhan, kami tiga beradik memanglah puasa sungguh2 ni sebab Ibu cakap waktu berbuka nanti ada makanan special! Hihi.. Apalagi, semangat waja nak berpuasa on that particular day semakin berkobar-kobarlah! Cewah..
Ibu ada mengadu yang dia tak berapa sihat hari tu and she told us that during lunch hour nanti, Ayah akan balik rumah kejap to pick her up. Kami tiga beradik were wondering.. "Manalah Ibu dengan Ayah nak pergi ni?!" Tapi, terpujuk jugak sebab they bribed us with one HUGE reason.
IBU: Korang nak adik tak? (with a weird smile)
KITORANG: Nak3! (penuh excited+pelik at the same time)
IBU: Okay.. Nanti Ibu dengan Ayah pergi beli. (Now the weird smile came from Ayah too!)
ME: Boleh main beli2 ke?
IBU: Boleh! Tapi, kena tunggu turn. Kalau hospital call, cakap ada baby untuk dijual, bolehlah beli.
KAKDIK: Adik tak naklah.. (Muka happy nak tak naklah pulak..)
ME: Eee.. Jealous!
ABANG: Ha'ah.. Jealous. Abang nak! Abang nak baby boy.
ME: Kakak pun.
IBU: Kita tak tahu lagi dapat girl atau boy. Tengoklah hospital nak kasi yang mana satu. Mana boleh pilih2.
ABANG: Yes! Okaylah kalau macam tu.
KAKDIK: (Terus terdiam!) Huhu..
Then, Ibu and Ayah pun pergi ke hospital. Kitorang yang kat dalam rumah ni, tunggu jelah.. Nak makan, puasalah pulak.. Tidur? Dah berapa kali bangun, dah berapa kali tidur.. Hihi.. Boring.. Tak tau nak buat apa..
Bila tengok jam, perut kitorang serentak senak! Elemek.. Dah nak waktu berbuka.. Satu hapah pun belum prepare lagi.. Nak makan apa ek? Ibu belum balik pulak. Fikir punya fikir, kitorang bertiga jadi chef tak rasmi kat dapur tu. Resipinya, MAGGI! Hehehe.. Nasib baik tak meletup dapur tu! Alhamdulillah sempat jugak siap that 'special meal' tu sebelum lagi 5 minit nak azan. Dalam sejarah, that was the first time kitorang tiga beradik berbuka sendirian berhad.. (Without Ibu and Ayah..) Huhu.. Sedih! ='(
Setengah jam kemudian, Ayah balik dengan empat bungkus nasi ayam. Whoa.. Yummy! Tapi, hold on.. Mana Ibu? Eik? Ayah sorang je.. Ayah cakap, makan dulu, nanti Ayah cerita. Kitorang pun apalagi.. Attacklah nasi ayam tu memandangkan maggi yang kitorang masak tadi (2 peket je) setakat boleh buat taik gigi je.. Hehe.. Lupa kejap about Ibu! Jahatlah budak2 ni.. Hihi.. Pentingkan ayam dari manusia!
Lepas je makan, Ayah pun buka cerita.. Konon-kononnya Ibu kena stay kat hospital sebab nak tunggu turn beli baby. Oh.. Macam tu rupanya.. Takpelah, kitorang pun dengan naif terperdaya dan mengiakan saje. And he added yang kita maybe will get a baby boy! Punyalah kitorang melompat-lompat happy waktu tu (psst.. including Ayah! Hehe..). After that, sibuk2lah discuss fasal several names for the baby. Ayah cakap, esok kitorang boleh pergi ke hospital and melawat Ibu. Yay3!
Esoknya.. Kitorang buat rombongan pergi ke hospital. Hehe.. Terpaksa curi2 masuk ke dalam ward macam pencuri first class semata-mata nak lari dari the fierce lagi kedekut punya mak cik guard tuh! =p Masuk2 je ke dalam ward, tengok2 Ibu tengah duduk kat atas katil.. Err.. katil pesakit? Eik? Weird!
Masa tu baby tak dapat nak jumpa lagi sebab nurse baru je masukkan baby dalam incubator (ntahpapelah mende alah tu!) Hihi.. (Dulu kecik2 tak tau pun, sekarang dah besar taulah..) Ibu looked pale and finally she explained to kitorang yang that baby rupanya bukanlah dibeli but.. Err.. She actually delivered that baby yesterday! Terkezut2!
Hehe.. Tak sangka yang all this while kitorang kena tipu! Huhu.. Ibu was actually a pregger sampai sempat masak, kemas, layan kitorang sampai tak cukup tangan! Ya Allah.. Nasib baiklah, takde pape yang jadi.. Eventhough the baby lahir tak cukup bulan sebab Ibu kena operate (Ceasarian) due to her high blood pressure. both of them were in a good condition. Alhamdulillah..
Tak sangka, from three to four! Dari hanya Kakak, Abang dan Adik Lin, now we are Kakak, Abang, Adik Lin (kena tukar jadi Kakdik dah!) and Adik.. 2 girls and 2 boys.. Huhu.. And until today, 6th November 2008, dah 5 tahun that baby yang Ibu cakap dia 'beli' membesar. Dah pandai.. Mintak itu ini.. Ben 10 lah.. Barney lah.. Transformers lah.. Ee.. Pening but entertaining at the same time as he's the only 'budak kicik' in the family! Hehe..
Again.. Happy 5th Birthday to Adik from the rest of us here.. Semoga Allah memberkati dan sentiasa memberikan yang the best for him to be a good son, brother, grandson and friend to the people around.. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...