Related Posts with Thumbnails

Monday, December 29, 2008

"ADUH!" Day..

Entah kenapa hari ni..
Rasa macam kena buli..
Satu-satu benda terjadi..
Kedebuk! Selamba je jatuh dari katil pagi tadi..
Tak pernah2 jadi begini..
Apalagi..
Layan jelah 'aduh' sendiri..
Yang tergolek bak nangka sebiji..
Pinggang yang sakit kupicit-picit dengan jari..
Tambah2 bila cuba nak berdiri..
"Aduh!" jerit lagi separuh mati..
Nak tak nak, menapak saja berhati-hati..
Menuju pula ke bilik mandi..
Terus kupusing kepala pili..
Air shower berlumba keluar mencucuri..
Macam biasa muka dulu yang kucuci..
Hehe.. Tak mainlah pakai Fair & Lovely!
Colgate dan Oral-B dikombinasi..
Bermulanya proses memberus gigi..
Fokus menyental sana sini..
"Aduh!" jeritku lagi..
Bukan pinggang yang sakit kali ni..
Denyut2 terasa di gusi!
Tangan yang memberus terus terhenti..
Bila darah sibuk membanjiri..
Kesakitan bertambah lagi..
Mata pedih bagai terisi..
Dengan Sunsilk Straight & Silky..
"Aduh" kujerit entah yang keberapa kali..
Melayan geram di dalam hati..
Selesai sudah berbaju-T..
Kusembur sedikit minyak wangi..
Bila rasa diri dah ready..
Ke tingkat bawah itulah destinasi..
Tangga demi tangga kuturun daki..
"Aduh!" jeritku lagi dan lagi..
Sempat pulak tersadung kaki..
Tapi, kira nasib baik menyebelahi..
Setakat tersungkur okaylah lagi..
Dari patah riuk tulangku ini..
Seisi rumah kini memerhati..
Menganga-nganga, terkejut barangkali..
Melihat diriku yang sedang berdiri..
Warna mata bak merah ManU punya jersi..
Terbongkok sedikit bagai menari..
Tu belum lagi masuk part gusi..
Siap selit tisu ditepi!
"Aduh!" jeritku lagi, lagi dan lagi..
Memanglah hari ni 'kow2' diriku dibuli..
Masih lagi tertanya-tanya di dalam hati..
Apakah sebabku jadi begini?
Adakah sebab game ManU vs Middlesbrough pada malam ni?
Atau terbayang teh ais yang kurindui?
Err.. Apasal mengada-ngada ni?
Bersajak, berpantun siap berpuisi..
"Aduh!" apa nak jadi..?

2 comments:

  1. Ececeh.. Seganlah pulak.. Puisi expert datang menyinggah.. Hahaha.. =D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...