Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 30, 2008

Hikayat Teh Ais Lagi..

Salam all..
Another post about a yummy liquid that I missed so MUCH! Err.. Boleh je cuba teka apa nama minuman tu.. Kalau betul, saya belanja satu gelas TEH AIS, okay? Haha..
Sorry if you guys feel that I'm too obsessed about it.. Hehe.. You may skip reading this post if you want to.. ;D
Hikayat Teh Ais Lagi.. *(kisah benar.. Hihi..)
Lewat petang tadi, di ruang tamu..
Abang: Bosannya.. Takde cerita bestlah! (Remote Astro dicampak)
Kakdik: Best apa cerita ni! (Bobby)
Abang: Ceh! Jiwang-bawang hindustan! (Lidah dijelir)
Kakdik smash jeliran lidah Abang dengan jelingan padu 7 megawatt.
Kakak: Bisinglah! Duduk diam2 boleh tak? (Sebenarnya si kakak pun sama melayan cerita Hindustan tu! Hihi..)
Adik: Jomlah kita main SNAP. (Adik yang tiba-tiba datang menyampuk. Kad mainan SNAP tersusun kat tangan)
Abang: Boring..
Adik fed-up lalu masuk ke dalam bilik..
Time iklan..
Kakak: Apa kaitan teh ais dengan sebuah kereta Perodua MyVi?
Abang dan Kakdik buat muka pelik. Terkejut kot sebab si Kakak tiba-tiba bertanya soalan spesis luar alam! Hehe..
Kakdik: Huh?!
Abang: Akak okay ke ni?
Kakak: Siapa tak dapat jawab kena angkat baju kat belakang nanti. (Tersengih jahat.. Hehe..)
Abang: Hmm.. Apa soalan tadi?
Kakdik bangun terus dari gesture 'landing'nya.. Turut sama fokus mendengar.. Si kakak tersenyum lagi di dalam hati. 'Yes! Taktik menjadi!'
Kakak: Apa kaitan teh ais dengan sebuah kereta Perodua MyVi?
Abang: Err.. Err..
Kakdik: (Senyap. Mata sibuk memandang kipas. Macamlah jawapan ada tertulis kat situ!)
Kakak: Hmm.. Takdelah tu! Senyap je.. Nak tau apa jawapan dia? (Nada suspen..)
Abang: Huh, apa dia?
Kakdik: (Masih lagi blur..)
Kakak: Cerita dia macam ni.. Ada 2 orang mamat yang kerjanya buat kereta kat Perodua. Diorang ni specialise dalam pembuatan kereta MyVi sahaja. Selalu kerja extra time sebab nak dapat extra money. Kebetulan, air favourite diorang ialah teh ais. Kalau sehari tak minum, macam takde semangat nak buat kerja. Ish, memang tak semangat sungguhlah! Lembik jadinya badan diorang tu.
Tiba-tiba si kakak berhenti bercerita. Bobby yang telah bersambung dilupakan. Abang dan Kakdik berkerut-kerut dahi memikir hikayat tadi.
Abang: Habis tu, apa kaitan teh ais dengan sebuah Perodua MyVi? (Muka dah separuh fed-up..)
Kakak: Yelah.. Logik apa! Kalau takde teh ais, mamat 2 orang tu tak boleh buat kerja diorang. Dan automatically, sebiji kereta Perodua MyVi takkan siap tanpa teh ais dalam perut 2 mamat tadi! (Sengaja si Kakak memutar belitkan cerita..)
Abang dan Kakdik dah termenung. Kelakar je muka diorang masa tu.. Huhu.. Nasiblah kena buli..
Kakak: Hah.. Apa tunggu lagi? Hari dah nak hujan.. Pergilah angkat baju!
Abang dan Kakdik meng'hadiah'kan si kakak dengan pakej jelingan maut + jeliran lidah yang kalau boleh nak kasi keluar terus! Hahaha.. Sementara budak berdua tu fokus mengangkat kain jemuran, si kakak pulak fokus berjiwang bawang bersama Bobby.. Hihihi.. =D
P/s.. Hikayat teh ais tadi sengaja direka supaya saya dapat mengelak dari tugasan mengangkat baju petang tadi! Dan oh.. Lupa nak beritahu.. Baju yang diangkat tadi, akan DILIPAT secara solo oleh si pemberi teka-teki teh ais tadi! Huh! Kini mereka pula yang berjiwang bawang bersama Bobby.. Ceh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...